Monday, January 12, 2009

Bila Pensel Berjuang




Final examination comes again. Spectroscopic and crystallographic stuffs are on 14th January, stereo and aromatics on 16th, a well-blended topics of chemistry (photochemistry, polymers and ape bende ntah satu lagi) will be on 19th and finally the Clegg's brain-teaser symmetrical things and inorganic stuffs on 23rd January. Perfect schedule! Huhu. Hopefully this winter won't clog my brain to think well. Huh. Salahkan cuaca pulak!

And definitely, this year's results will be taken into account towards my degree classification. Arrgh!

Sape la tak mahu grad dengan first class honours kan?

Saja menulis, kerana aku dah mulai high-blood pressure menghafal segenap inci nota Photochemistry pemberian ikhlas si kacak Benniston untuk seluruh warga Bedson Stage 2 untuk semester ini. Thank you so much la Encik Benniston, notamu ini berjaya betul mengecutkan serebrumku. Huhu.

Persoalan hari ini, bila pensel berjuang, takkan la dapur tak berasap?

Isu besar tu, walaupun bukan masalah runcing.

Aduhai...di musim-musim study maut ni, alangkah indahnya kalau ada makcik jual nasi lemak telur dan kerang kat hujung Brighton Grove tu, Kedai Haji jadi kafe masakan panas yang aku boleh order tomyam atau kue teow goreng sampai ke tengah malam, ataupun Hutchinson tiba-tiba bertukar menjadi restoran yang paling koman pun ada kari ayam dan sambal tempoyak seperti Bob's Corner Seksyen 18 Shah Alam. Ataupun, tengah khusyuk-khusyuk study, tiba-tiba mak panggil makan dengan hasil air tangannya sudah lengkap terhidang di meja. Ikan bakar air asam, ikan keli goreng berlada, sambal belacan, disulami dessert kampung berupa cendol ataupun rambutan. Slurrpp..meleleh!

Lebih-lebih pulak aku ni. OK. Sila berhenti berharap. Ini bukan Shah Alam, jauh sekali 1798 Taman Bakti. Ini Brighton Grove, tempat di mana aku harus berdiri di atas kaki sendiri, berpijak di dunia realiti.



Kami satu rumah pening dah nak fikir menu nak masak apa. Lauk musim exam - ayam bakar macam-macam pesen, kari ayam segera Pakistan (vindaloo), mushroom omelette, sardin, sayur goreng - dah berkali-kali dah diulang sejak mula masuk study week lagi. Hari exam, confirm bakar piza je sebab nak cepat dan senang. Lama-lama naik muak la jugak. Malas-malas makan megi. Lepas tu mulut tak berhenti mengunyah junk food yang pelbagai.
Betul-betul tak sihat.

Itulah kehidupan. Manusia memang tak pernah bersyukur. Selama 2 tahun (2005-2007) menjadi sebahagian dari warga Kota Anggerik, mulut aku tak pernah berhenti membebel, kononnya bosan asyik rotate kedai makan yang sama. Sekarang, dah kena masak sendiri setiap hari, rasa nak pulak pergi rotate kedai makan yang bosan tu. Wahai diri, sila insaf.

Main pointnya, Allah Maha Pemurah, dan kena belajar jadi hamba yang bersyukur. Setiap desus nafas halus ini pun adalah dari kemurahan-Nya, apatah lagi yang lain-lain. Alangkah hina dan keji diriku ini, kerana sebanyak-banyak nikmat yang Allah kurniakan, berapa kerat sahaja yang disyukuri. Sebaliknya tambah lagi dengan selalu meletakkan urusan dunia melebihi urusan Allah, dan terus-terusan bermaksiat kepada-Nya.

Ya Allah...ampunkanlah segala dosa dan kesilapanku..


Mari bersyukur untuk hari ini. Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah.

Saturday, January 10, 2009

Beel ke Sekolah

Hmm...cepat sungguh waktu berlalu. Terasa baru semalam Beel masih seorang bayi yang tak puas dibuat main, tapi rupanya Ahad lepas Beel sudah pun memulakan langkah pertamanya ke tadika untuk sesi tahun ini. Tuhan saja yang tahu perasaan aku, perasaan sangat-sangat ingin pulang untuk menghantarnya ke sekolah!

Beel 1 tahun (2005)

Beel 2 tahun (2006)

Beel 3 tahun (2007)

Beel 4 tahun (2008)

Minggu pertama dia ke sekolah, aku sudah terguling-guling ketawa setiap kali menelefon mak.
Cerita mak :

Hari pertama :
Beel demam. Tapi tetap nak pergi sekolah. Hari ni biasa saja, mungkin tengah cari mood nak sesuaikan diri.

"Mak, tadi Gajah makan nasi ayam di sekolah, Gajah makan habis.."

Dia menggelarkan dirinya 'Gajah' kerana dia akan membahasakan dirinya mengikut jenis haiwan which he pretends to be. Minggu ni jadi gajah, maka namanya pun Gajah la.

"Mak, kenapa Gajah takde kawan pun di sekolah?"

Hari pertama, mungkin budak-budak lain pun tengah cari mood macam dia jugak. Tak menyempat lagi nak berkawan.

Yang paling tak tahan, boleh pulak dia tanya, "Mak, kenapa sekolah Kak Cik, Kak Teh, sekolah Ning, sekolah ayah semua kena pakai kasut? Kenapa sekolah Gajah tak payah pakai?"

Jawab mak. "Sekolah Gajah sekolah budak kecik. Nanti cikgu nak ajar ambik air sembahyang semua, senang. Kalau pakai kasut takut basah. Pastu nanti takut tertukar kasut dengan orang lain."

Hehe...nasib baik...explanation mak diterima bulat-bulat olehnya.

Hari kedua :
Mulanya Beel tak mahu ke sekolah. Mungkin dia masih rasa tak sihat.

Pujuk mak, "Meh la kita pergi sekolah. Gajah temankan mak bayar yuran kat cikgu hari ni."

"Lepas tu?" Si kecil ini ligat bertanya.

"Lepas tu, kita masuk kelas, tengok-tengok kelas dulu."

"Tak payah nak tipula. Kalau masuk kelas takkan nak tengok saja, mesti la kena duduk pastu belajar!"

Amboi-amboi..mulut dia! Mak tepuk dahi.

OK. Sebelum pergi sekolah, kena breakfast dulu. Tapi pagi ni tiba-tiba dia menolak.

"Kan cikgu dah bagi makan kat sekolah, cikgu bagi karipap, nasi ayam, tak payah dah la makan kat rumah, mak."

Terus dia ambil beg, pakai songkok dan siap sedia di muka pintu. Sabar ajelah!


Hari ketiga :
Masih demam. Maka, minggu pertama lagi dah ponteng. Hehehe...

Hari keempat :
Kata mak, hari ni dia bawak beg Spongebob yang aku belikan untuknya tak lama dulu.
Dikendongnya sekali buku log panjang nota Geografi Tingkatan 3 milik Syahirah, dan buku mewarna miliknya. Dengan standard muka seposen, berjalan masuk kelas. Tergelak-gelak guru kelasnya melihat dia membawa buku yang hampir sama besar dengan tuan, persis seorang cikgu lagaknya.

Bila mak tanya, "Kenapa bawak buku Kak Cik pergi sekolah? Nanti cikgu bagi la buku untuk Gajah."

Selamba dia menjawab, "Pergi sekolah, kena la bawak buku. Mana boleh tak bawak. Nanti senang kalau cikgu suruh menulis!"

Bukan mak saja, tok pun dikenakannya. Cerita tok :

"Tok, Gajah dah pergi sekolah. Tok tu, dah tua pun tak pergi sekolah, asyik mengaji saja!"

Apekah?!

Hari kelima :
Hari ni belajar mewarna lagi macam semalam. Semalam dapat 3 bintang. Tapi hari ni dapat 2 bintang saja.

Kali, ayah pula di'wakenabeb'kannya.

"Kenapa hari ni Gajah dapat 2 bintang je?"

"Cukup la tu ayah. Semalam kan dah dapat 3 bintang. Buat apa banyak-banyak!"

Hahaha. Beel...Beel. Tak apalah Beel, semoga terus semangat untuk belajar. Hidup Beel baru saja hendak bermula.

Semoga dirimu menjadi permata ayah bonda, insan soleh yang mampu berbakti kepada umat, suatu hari nanti, insyaAllah.



Unlimited Love


Untuk dua insan yang berada di tangga teratas dalam hidupku...
Yang saban waktu menjadi kerinduanku...
Yang setiap masa namanya ku lafaz di dalam doa sujudku...
Ayah, mak..
I miss and love u both so much!





Terima Kasih Ibu Ayah - Hijjaz