Friday, September 10, 2010

Klung-Kleng Puasa

Alhamdulillah tahun ini dapat berpuasa tiga minggu di rumah, dengan dua minggu daripadanya merupakan latihan untuk masa depan - saya bangun bersahur seawal 5 pagi, ke sekolah jam 7 pagi dan pulang jam 2 petang, tolong mak memasak juadah berbuka, berterawih dan tidur seawal mungkin kerana kepenatan. Erghh...baru dua minggu dah pancit, dah beranak-pinak nanti macamanalah agaknya!

Cuba masak ikan keli goreng berlada, slurpp. Ikan keli segar dari kolam. Hadiah dari bakal menantu mak, hehehe.

Ikan keli goreng berlada baik punya

Dah jemu masak daging goreng, singgang daging dan gulai daging, gatal tangan mencuba daging masak tiga rasa. Resepi hentam sajalah labu!

Daging masak tiga rasa

Teringin pula nak makan kuih home-made instead of tunjuk kat bazar Ramadhan. Maka terhasillah onde-onde sebesar penumbuk ini.

Onde-onde Rumah

Lepas tu cuba lagi sotong goreng tepung berempah. Last time buat dekat Newcastle dulu. Adik-adik memang suka benda ni. Tapi macam tak ngam sangat dengan nasi, sesuai diratah begitu sahaja.

Sotong goreng tepung berempah

Friday, September 3, 2010

Diari ROS 4

Alhamdulillah, ROS sudah berakhir semalam.

Terlalu banyak ilmu dan pengalaman baru yang tidak mungkin dapat saya beli di mana-mana, telah saya pelajari sepanjang 9 hari di sini.

Sehari sebelum ROS melabuhkan tirainya, saya dan kawan-kawan menyertai majlis khatam al-Quran dan ceramah Nuzul al-Quran di sekolah, bersama pelajar dan guru-guru lain. Dapat hadiah murtabak raja pula dari Badan Kebajikan Staff, hehe.

ROS berakhir, namun tugasan saya tidak terhenti setakat ini. Banyak lagi yang perlu saya lakukan untuk menyiapkan folio ROS yang tebal lagi mengerikan itu.

Semangat? Setakat ini alhamdulillah semangat saya naik sedikit dari hari pertama saya tiba di sekolah minggu lepas. Saya hanya berdoa semoga Allah terus kukuhkan semangat dan keazaman saya untuk meneruskan langkah ini.

Warga SMKIP, hanya Allah yang dapat membalas budi baik kalian!

Hari terakhir ROS bersama guru praktikum IPG KB