Thursday, December 27, 2012

Amanah 2013

1. Kimia Tingkatan 5, 2 kelas = 8 waktu seminggu
2. Sains Tingkatan 2, 1 kelas = 5 waktu seminggu
3. Bahasa Inggeris Tingkatan 1, 2 kelas = 10 waktu seminggu
4. ICT Tingkatan 2, 2 kelas = 4 waktu seminggu --> Jumlah 27 waktu seminggu
5. S/U SPM
6. Warden asrama
7. AJK Makmal ICT dan Pendidikan Bestari
8. AJK Jawatankuasa Dokumentasi Sekolah
9. S/U Jawatankuasa Memperkasa Sains Tulen Agama
10. AJK MBMMBI
11. AJK Jawatankuasa Penasihat Majlis Perwakilan Pelajar
12. AJK Kontinjen Olahraga Daerah
13. Penasihat Kadet Remaja Sekolah
14. Penasihat Olahraga
15. Penasihat Persatuan Sains & Matematik

Saturday, December 8, 2012

Pain...

is creeping in again. 
Ya Allah tak tertanggung rasanya!
Gugurkanlah dosa-dosaku atas setiap kesakitan ini...

Friday, December 7, 2012

Memoir Espana

Tiba-tiba saja semalam saya terkenangkan sesuatu.

Terkenang zaman 'kegemilangan' enam anak dara berkelana selama sepuluh hari ke bumi Andalus. Antara perjalanan paling puas yang pernah saya rasa dalam beberapa siri penjelajahan negara Eropah, dengan kadar sebagai pelajar.

Teringat kisah Cordoba dan 'Pakcik Babeto' yang tak mungkin akan kami lupa sepanjang hayat! I came far from Great Britain! Jangan main-main!

Teringat kisah makan maggi dengan air paip sebab backpackers inn tidak menyediakan air panas, kami pula sangat lapar setelah menempuh perjalanan jauh dan lebih malang lagi, di Cordoba amat 'sesak nafas' hendak mencari makanan halal! La camida vegeteriana?

Teringat kisah penemuan nasi di sebuah restoran Morocco yang kecil di celahan bangunan tua di Albaicin. Oh, perasaan gembiranya tak boleh diluahkan dengan kata-kata!

Teringat kisah Benidorm dan Alicante serta perjalanan 14 jam dari Cordoba ke Barcelona. Benidorm? Benidorm? Pemandu bas lalu menggeleng, Alicante!

Teringat kisah tak mandi dan makcik peminta sedekah bergigi 'emas' di Barcelona. Your teeth are even more expensive than money in our wallets!

Semuanya masih segar dalam memori. Sesungguhnya berkelana memang banyak mencelikkan mata, hati dan minda.

Sepuluh hari di Espana, saya sangat menghargai satu hari yang kami habiskan di La Alhambra, istana lama yang indah lagi unik. Pertama kali memandangnya dari kejauhan, dan melihat sendiri betapa gahnya ia berdiri, terasa seakan air mata mahu menitis ke pipi. Dapat kami bayangkan betapa sayunya saat ketika pemilik istana indah ini, yang seaqidah dengan kita, akhirnya terpaksa tunduk mengalah kepada lawannya yang lebih berkuasa.

Dari detik itu, berkecailah mahkota Islam dari takhta Andalusia.

Dan Allah jualah sebaik-baik perencana yang mentakdirkan segalanya.

Kami berpecah dua kumpulan. Kami bertiga, saya, Naili dan Yeng (kalau tak silap) berjalan kaki seawal pagi dari Terrapin menuruni bukit, melalui pinggiran tembok besar Alhambra (short cut cari sendiri, jalan belakang) untuk membeli tiket. Kami tiba seawal jam 8 pagi. Dan orang ramai sudah pun beratur panjang. Alhamdulillah rezeki Allah, kami menemui sekumpulan rakyat Malaysia yang telah beratur di barisan yang agak ke hadapan, lantas meminta jasa baik mereka untuk tolong belikan tiket. Jika tidak mungkin tiket untuk masuk ke Alhambra hari itu akan kehabisan dan kami langsung tidak akan punya peluang lagi untuk masuk ke dalamnya kerana akan bergerak ke Barcelona pula pada keesokan harinya.

Alhambra dari Mirador San Nicholas, Albaicin. Berlatarbelakangkan pergunungan Sierra Nevada. Waktu senja.

Kami bertuah kerana James pemilik Terrapin Station, tempat kami menginap selama 3 malam di Granada merupakan seorang warganegara US, maka kami amat seronok bersembang mengorek cerita mengenai Granada daripada beliau, berbanding di tempat lain - semuanya warganegara Spain yang kebanyakannya tidak menggunakan Bahasa Inggeris untuk berkomunikasi - maka jadilah kami ayam itik!

Syukur alhamdulillah kerana sebelum memulakan kelana enam hari, kami telah siap sedia menulis 'kamus mini' - beberapa istilah atau perkataan penting untuk digunakan semasa perjalanan seperti - di mana tempat ini? Di mana stesen bas? Di sini ada makanan untuk vegeteriankah? Ada diskaun tak? Boleh tolong saya?

Palace of Charles V yang terletak di hadapan Alhambra, saya kira merupakan imitation kepada Alhambra yang dibina oleh orang-orang Kristian. Malangnya, senibina mereka tetap tidak mampu menyamai keunggulan senibina Islam. 

Palace of Charles V

Alcazaba Fortress pula merupakan kubu perang. Kami masuk hampir ke setiap pelusuk kubu, termasuk mendaki menara tempat mengintai kemaraan musuh sewaktu peperangan.

Alcazaba Fortress

Fokus saya bukanlah pada tempat-tempat ini, sebaliknya pada Nasrid Palace, yang saya kira ianya adalah sebuah keajaiban senibina Islam terulung. Lihat sahaja ukirannya. Apa yang disedihkan, kealpaan pada benda-benda halus seumpama ini jugalah yang dikatakan telah melekakan umat Islam dari tanggungjawab dakwah mereka, lantas menghancurkan mereka sendiri juga di akhirnya.


Wa La Ghalib Illallah...dan tiada penguasa selain Allah



Court of Lions


Alhambra kami tinggalkan dengan seribu satu kenangan. Entah bila boleh bertandang lagi. Mungkin juga itu hanyalah kunjungan yang pertama dan terakhir dalam hidup kami. Hm...

Selepas ke Alhambra, kami berjalan kaki di sekitar bandar Granada, mengambil kesempatan menghabiskan Euros yang bersisa dengan memborong key chains, fridge magnets, t-shirts, malah shawl Pashmina juga turut dijual dengan harga yang sangat murah!

Hm...rindu deru angin Espana.

Be Expressive!

When you have a young teacher with kid's soul, then this kind of thing will happen, everytime.

...wherever you are! Don't hide anything that hurt you inside, cause it'll hurt you more!