Discovering Turkey episod keempat. Punyalah lama terperap dalam draft folder. Hampir setahun sudah kenangan bersama Turki berlalu pergi, dah berhabuk pun, baru terhegeh-hegeh nak update. My bad.
Hari keempat di bumi Turki, hujan turun membasahi bumi. Agak lebat, namun ia tidak membataskan semangat kami untuk menyambung perjalanan. Kami akan meninggalkan Istanbul hari ini.
Selepas bersarapan, kami terus check-out dari Big Apple Youth Hostel, menaiki tram ke Zeytinburnu, sebelum berjalan ke jeti feri yang terletak kira-kira 15 minit berjalan kaki dari stesen berkenaan. Apapun nasib tidak menyebelahi kami, feri ke Bursa tidak dapat beroperasi pada hari itu berikutan cuaca buruk dan laut bergelora. Mahu tidak mahu, kami terpaksa juga menaiki bas ke Bursa walaupun ianya akan memakan masa yang lebih panjang dari menaiki feri.
Kami berpatah balik ke Zeytinburnu, menaiki tram sekali lagi, kali ini menghala ke stesen bas. Seorang wanita Turki yang baik hati telah mengiringi kami, menunjukkan jalan hingga sampai ke stesen bas. Alhamdulillah, kami bernasib baik kerana sampai di stesen bas kira-kira 10 minit sebelum bas bertolak.
Akhirnya kami tinggalkan kota metropolitan Istanbul. Bas berpramugara (ada pelayan hidangkan kopi dan snek dalam bas OK!) itu bergerak hingga ke Pelabuhan Yenikapi. Oh, gembiranya kerana dapat juga merasa naik feri! Yang mabuk laut, tidur diam-diam dalam bas ye (Aku la tu..isk..isk). Feri akhirnya berlabuh di Pelabuhan Yalova selepas kira-kira sejam perjalanan merentasi Laut Marmara. *Kurang pasti betul ke laut ni, kalau salah betulkan ye*
View Larger Map
Hari sudah beransur malam ketika kami akhirnya tiba ke Bursa, yang terletak di kaki Uludang Mountain. Salju putih terhampar di sana-sini di bandar Bursa. Sudahlah gelap dan sejuk, perut pula semestinya sudah lapar. Tempat menginap juga belum ditemui. Dua, tiga hostel yang ditanya, semuanya mengenakan harga yang kurang berpatutan. Kami akhirnya mengambil keputusan untuk 'berteduh' seketika di Zafer Plaza, sebuah pusat membeli-belah di tengah kota Bursa, memandangkan semua sudah capek kepenatan dan kesejukan. Kami terus menyerbu food court di tingkat atas Zafer Plaza untuk makan malam.
Sambil yang lain ditinggalkan berehat di Zafer Plaza, aku bersama Kak Iffa, Kak Aina dan Yenn keluar meredah salji mencari Tourism Office. Terjengket-jengket kami menapak di atas jalan berais. Kak Iffa terpaksa dipapah kerana tapak kasutnya memang dah out-of-service. Hehe. Alhamdulillah, mujur pejabatnya tidak terlalu jauh, dan masih dibuka. Pekerjanya pula baik hati dan ramah-tamah. Terasa hilang penat bila diberi layanan sebegini. Pekerja tersebut memberikan kami peta Bursa dan menanda tempat penginapan yang dicadangkan. Hanya 200 meter dari situ. Alhamdulillah.
Kami berempat terus berjalan menghala ke hotel berkenaan. Berjalan hingga nampak Ulucamii (Ulu Mosque) dan masuk ke lorong kecil serta melalui pasar basah Bursa. Hotel kecil itu dimiliki oleh pasangan suami isteri yang sungguh budiman. Harga yang dikenakan juga murah. Hati riang bukan kepalang.
Kami bertiga berpatah balik ke Zafer Plaza untuk menjemput teman-teman lain serta mengambil beg. Syok juga meredah salji di waktu malam walaupun kesejukan mencengkam hingga ke tulang.
Tiba di hotel, kami semua terus bersiap-siap untuk masuk tidur. Sebelum tidur, ada bedtime story sejarah bersama Kak Madihah. Mengenai sejarah Bursa, yang suatu ketika dahulu telah berjaya dirampas dari taklukan Byzantine di zaman Osman Gazi. Juga kesinambungan empayar Uthmaniyyah yang diteruskan oleh anaknya Orhan Gazi - yang nama mereka ada terpahat di jejambat bawah tanah di Bursa ini.
Masa untuk tidur. Hari esok dijangka lebih seronok. Selamat malam semua!
Friday, December 18, 2009
Thursday, December 17, 2009
Episod Mencuba
Memanglah aku seorang pencinta makanan yang tegar. Ini ialah episod mencuba resepi baru yang tak pernah dicuba sebelum ini. Kalau nak turut serta cuba-mencuba, dipersilakan =)
Sotong goreng tepung rangup
Cara membuatnya :
Bersihkan sotong dan gaulkan dengan garam secukup rasa.
Gaul rata bahan B kecuali telur.
Pukul telur.
Panaskan minyak untuk menggoreng, pastikan minyak benar-benar panas. Goreng secara deep-fry.
Celup sotong dalam telur, kemudian salut dengan tepung dan goreng hingga keemasan. =))
Salmon sweet sour
Daging bakar air asam
2 ulas bawang merah
7 biji cili padi
2 biji tomato
Garam
Gula
Cara membuatnya :
Campurkan asam jawa dengan air panas, kemudian tapis untuk dapatkan airnya.
Kisar sebiji tomato, belacan dan air asam jawa tadi.
Hiris halus bawang merah, tomato dan cili padi, masukkan ke dalam air asam yang yang dah dikisar. Masukkan garam dan gula hingga sebati rasanya. =))
Makanlah sepuas hati, jangan lupa berhenti sebelum kenyang.
Sotong goreng tepung rangupResepi dicilok dari MyResipi.com dengan sedikit ubahsuai-perasan-pandai. Mudah dan cepat resepi ni, boleh tambah koleksi resepi 'masakan kilat' untuk kegunaan bila dah bekerja nanti. Hoho. Alhamdulillah, yang ini hasilnya tidaklah terlalu mengecewakan. Setakat nak dapat 2 1/2 out of 5 tu, bolehlah kot, hehe...lagi kes masuk bakul angkat sendiri.
Bahan-bahan :
Bahan A
500 g sotong calamari
Garam secukup rasa
Bahan B
1/4 cawan tepung jagung
1/2 cawan tepung gandum
3 sudu besar serbuk kari
Serbuk lada sulah
Serbuk lada hitam
2 biji telur
Bahan-bahan :
Bahan A
500 g sotong calamari
Garam secukup rasa
Bahan B
1/4 cawan tepung jagung
1/2 cawan tepung gandum
3 sudu besar serbuk kari
Serbuk lada sulah
Serbuk lada hitam
2 biji telur
Cara membuatnya :
Bersihkan sotong dan gaulkan dengan garam secukup rasa.
Gaul rata bahan B kecuali telur.
Pukul telur.
Panaskan minyak untuk menggoreng, pastikan minyak benar-benar panas. Goreng secara deep-fry.
Celup sotong dalam telur, kemudian salut dengan tepung dan goreng hingga keemasan. =))
Salmon sweet sourIni hasil air tangan Yeng. Lima puluh bintang aku bagi kepada Yeng di atas kelazatan salmon sweet sour ini. Marvellous! Super-oishi!
Daging bakar air asamIni kes mengidam punya pasal. Semasa pergi beraya rumah Kak Ita hari tu, dia hidangkan kami daging bakar dan air asam yang sampai ke hari ini aku masih teringat-ingat. Lalu cubalah buat sendiri. Daging diperap dengan bawang putih, halia, serai dan lada hitam yang dikisar halus. Jangan lupa cucuk-cucuk daging dengan garpu atau pisau semasa proses marinating, supaya rasa bahan perapan tu menyerap habis ke dalam daging. Lepas tu grill hingga masak.
Bahan-bahan untuk air asam :
Asam jawa (sebesar telur)
1/2 sudu teh belacan
Bahan-bahan untuk air asam :
Asam jawa (sebesar telur)
1/2 sudu teh belacan
7 biji cili padi
2 biji tomato
Garam
Gula
Cara membuatnya :
Campurkan asam jawa dengan air panas, kemudian tapis untuk dapatkan airnya.
Kisar sebiji tomato, belacan dan air asam jawa tadi.
Hiris halus bawang merah, tomato dan cili padi, masukkan ke dalam air asam yang yang dah dikisar. Masukkan garam dan gula hingga sebati rasanya. =))
Makanlah sepuas hati, jangan lupa berhenti sebelum kenyang.
Friday, December 11, 2009
Winter Congregation
Alhamdulillah. Winter congregation was over. It was the day when all of the efforts being paid off.
Congratulations to my beloved Apod, Kak Ida, Kak Tiesha, Kak Fira & NJ on your wonderful success!
Congratulations to my beloved Apod, Kak Ida, Kak Tiesha, Kak Fira & NJ on your wonderful success!
Your success inspire us...
Wednesday, December 9, 2009
Kak Ema's Day! ^_~

6 Disember - Selamat Hari Lahir Kak Ema!
Alhamdulillah, what a wonderful moment!
Dinner at Shahira - celebrating Kak Ema's birthday and Apod's graduation! ^_^
Yang terakhir sebelum pulang ke tanah air. Disember tahun hadapan, mungkin hanya dapat mengucapkan selamat hari lahir buat Kak Ema tersayang melalui Facebook sahaja. (T_T)

Oleh kerana surprise yang dirancang dah kantoi awal-awal lagi, maka kami pun guna contigency plan untuk tetap membuatkan Kak Ema terkejut di hari lahirnya, hehe.Cheesecake dan segala hadiah telah disorok di rumah. Biarkan Kak Ema tertanya-tanya.
Selepas dinner dan Kak Ema telah selamat pulang ke rumah, kami semua telah masuk ke rumah 124 Dilston secara combat. Duduk diam-diam di ruang tamu, padamkan lampu. Hehe.
"Kak Emaaaaaa...nak teh susu!" Hazira dan Nazue memainkan 'peranan' mereka.
Susahnya nak bawa Kak Ema ke ruang tamu. Dia masak air kat dapur dulu, lepas tu basuh periuk pulak, haha.
Setelah sekian lama berusaha, akhirnya...
Krekk... "Surprise!!!!!!!!!!!"
Terharu tak Kak Ema? Hehe =)
Selamat Hari Lahir yang ke-23 Kak Ema! Love u lots!Semoga Kak Ema sentiasa dinaungi rahmat, kasih sayang dan redha Allah dalam setiap detik kehidupan.
Semoga Kak Ema diberikan ganjaran yang besar oleh Allah atas segala bakti dan budi yang tak terhitung oleh kami.
Semoga Kak Ema tergolong dalam golongan orang-orang yang ditetapkan hatinya dan thabat dalam perjuangannya.
Semoga Kak Ema berjaya mencapai cita-citanya untuk menjadi paed suatu hari nanti. =)
Semoga Kak Ema cepat kahwin! ^_^
Insya Allah. Sesiapa membaca entry ini, aminkan doa berkenaan untuk Kak Ema!
Sayang Kak Ema!

Monday, December 7, 2009
Pahala Free, Setiap Hari!
Mengapa manusia dicipta dan apa tujuannya?
Kumpul harta berjuta-juta ke?
Belajar tinggi-tinggi, pecah rekod sana-sini, berebut jadi headline newspaper ke?
Nak kuasa, ada kuasa boleh buat apa saja, dunia ini ana yang punya ke?
Nak berseronok dan bergembira, enjoy life to the fullest babe, taubat nanti tua ke?
Ataupun, tidak ku pinta lahir ke dunia, buatlah apa-apa saja ke?
Allah dah beri jawapannya sejak mula.
"Dan tidaklah aku ciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepadaku." [az-Azriyat:56]

Betul ke semudah itu? --> Ya! Mengapa tidak?
Buatlah apa saja perkara yang baik, baik untuk diri sendiri, lebih-lebih lagi perkara yang membawa manfaat kepada orang lain - belajar, hadiri majlis ilmu, ajar orang lain, tolong orang yang memerlukan pertolongan, hatta mengalihkan ranting kayu di jalanan untuk memudahkan perjalanan orang lain pun dikira ibadah.
Alah, tu kan benda-benda baik yang tipikal!
Tidur, makan untuk dapat tenaga untuk beribadah, mandi untuk kesegaran tubuh badan, tolong tutup suis lampu dalam kelas, kemas rumah, masak untuk kenyangkan orang lain, cuci toilet, susun kasut kat rak, beli barang keperluan rumah, buang sampah, bagi tempat duduk kat orang tua dalam bas - pendek kata, memang senarainya tidak akan pernah habis! Semuanya adalah ibadah!!
Betapa mudah untuk mendapat pahala free, setiap hari - malah di setiap detik kehidupan kita!
Pun begitu, mestilah ada prinsipnya.
Mestilah niat ikhlas kerana Allah, bukan kerana manusia, bukan kerana sesiapa, barulah amal perbuatan kita diterima oleh-Nya.
Mestilah perkara yang dibenarkan oleh syarak. Ingat, niat tidak akan menghalalkan cara!
Mestilah menjaga sunnatullah dan syari'atullah. Berusaha dan bertawakal!
Mestilah bersabar dan bersyukur sentiasa. Jangan putus asa, jangan juga cepat lupa diri!
Mesti juga jaga diri dari melakukan perbuatan yang boleh menghapuskan pahala kita sekelip mata. Jaga hati dan pancaindera!
Mari sama-sama perbetulkan dan ikhlaskan niat. Semoga segala perbuatan baik kita diterima di sisi Allah dan dikurniakan ganjaran yang besar oleh-Nya, serta dapat membantu kita di alam sana, yang ketika itu tidak akan ada lagi yang dapat menolong kita selain rahmat-Nya.

Allah menciptakan manusia, untuk beribadah kepada-Nya.
Oleh itu, adakah kita perlu beribadah selama 24 jam sehari semalam? --> Ya!
Tapi, adakah itu bermakna, 24 jam harus duduk di tikar sembahyang, rukuk, sujud dan meratib sepanjang masa? --> Mestilah tak!
Habis tu, macamana?
Selain ibadah khusus yang wajib dan sunat - sembahyang, puasa, zakat, haji, baca al-Quran, qiamullail dan sebagainya - apa saja perbuatan baik yang kita lakukan, akan dinilai sebagai ibadah di sisi Allah dan insyaAllah diberi ganjaran oleh-Nya!

*Adaptasi dari pengisian Study Circle Rabu, 2-3.30 pm, Newcastle University Mosque
Subscribe to:
Posts (Atom)