Another new year is coming, with another colourful pages of stories in my life's journal, and also in everyone's life.
No new resolution on 1 January 2010, just trying my best to make each of my day better than the previous, seeking for His blessings and guidance.
By the way I'm still looking forward for 2010, as I expect too many things and changes will come to my life this year. Turning 23 this June - the bigger the number is, then I am actually walking closer towards the end of my life.
Life still goes on. Just sitting and following the flow can't help me much. I have to plan something, at least.
I wish to be the one who will wear congregation dress this July, receiving a scroll of success after 3 years of efforts (not-so-hardworking period, to be honest!). May Allah make our way in this last critical 6 months ease and smooth, so that these three stooges will be on stage in this coming summer congregation, insyaAllah. Everyone please keep praying for us.
And will fly home just after graduation insyaAllah. English land is really nice and I've learned too many things throughout my stay here, and I do love Newcastle as much as I love my hometown, but my heart and my life is not here. I left everything back home - so I must fly back!
And another episode will begin here. From old Bedson to IPDA in Jitra, which is totally entirely different - people, environment, system, ways of thinking, lifestyle, materials to be studied etc etc. I hope I can quickly adapt with this typical teacher-in-training life and the important thing is not wasting my time to make a long list of comparison between life in UK and here. I have to learn to not complain too much in the future. I am the one who chose to be here - not any others - so just be patient. I'll be there for less than a year, and I'm pretty sure time will fly so fast. May Allah help me with His guidance in my final journey before becoming a teacher.
Hehehe...what to do with a ring? I can't lie myself that I do not even think about this matter, especially when I see my friends - one by one - get married. Well, I just simply believe in what Allah has written for me - what, when and who is the best for me - so once again, I have to be patient. Kalau dah jodoh tak ke mana. Avoid peer pressure! :D
Hurm...Allah is the best planner than whoever, and His plans, of course the best fate for me.
Tahun 2009 menyaksikan beberapa orang temanku mengambil keputusan untuk mengakhiri zaman bujang mereka, pada usia yang masih boleh dikira muda iaitu 22 tahun. Satu demi satu undangan ke walimah masing-masing melayang secara maya ke akaun Facebookku. Rasa terkilan yang teramat sangat semestinya kerana terlepas peluang untuk meraikan teman-teman di hari bersejarah mereka.
Tahun 2010, aku jangka akan lebih ramai lagi teman-teman naik pelamin, memandangkan kebanyakannya telah atau hampir menamatkan pengajian masing-masing. Erks...
Buat teman-teman yang dikasihi, kalungan tahniah untuk kalian, selautan doa ku layangkan dari kejauhan. Aku meraikan hari bahagia kalian dalam doa tulus dengan penuh kesyukuran.
Semoga alam baru ini akan menjadikan hidup kalian lebih bermakna di samping insan tersayang, semoga rumah tangga yang dibina mendapat restu dan barakah dari-Nya, semoga kalian menjadi penyejuk mata pasangan masing-masing, semoga dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah, semoga menjadi pasangan yang bercinta hingga ke syurga.
Walimah Farhana 27 November 2009
Classmate aku dari tahun empat sampai tahun enam di SK Dato' Hashim 1. Ana pecah rekod batch kami, the first one who ties the knot. Alhamdulillah aku sempat menyaksikan detik dia bergelar isteri (aku attend majlis pernikahannya pada Aidilfitri lepas) jadi taklah rasa terkilan yang amat sangat.
Walimah Maryam Jameela 27 November 2008
Classmate aku masa form four. Kak Ila juga merupakan pemecah rekod pertama untuk batch Naimians SPM 2004. Ramai lagi akan menyusul jejak Kak Ila selepas ini, hehe.
Walimah Maisarah 5 Disember 2009
Aku tak pernah sekelas dengan Arah sewaktu zaman sekolah menengah, tapi kenal baiklah juga sebab kami sama-sama golongan penghuni asrama Naim yang tegar. Arah pendiam masa sekolah dulu, tak sangka dia antara yang paling awal kahwin antara kami.
Walimah Adilah 19 Disember 2009
Adilah classmate aku dari form one sampai form four. Lama tu. Agak rapat jugalah dengannya, walaupun Dilah selalu kena buli sebab bukan budak asrama, hehe. Ini pun lagi sorang yang dah buat aku terperanjat ternganga bila tahu dia akan kahwin. 19 Disember ni tarikh keramat apa agaknya ya, ada tiga majlis sekaligus.
Walimah Yuzirah 19 Disember 2009
Yuzirah schoolmate di Naim sampai form three sebelum dia bertukar ke MRSM Kuala Berang. Walaupun tak rapat dengannya, tapi dek kerana aura tautan ukhuwah Naim yang kuat, maka sampai juga undangan majlisnya kepada kami teman-teman lama.
Walimah Azlina 19 Disember 2009
Mc Naa merupakan pemain congga yang unggul untuk kumpulan nasyid Soutun-Naim di zaman sekolah dulu. Tak pernah sekelas dengannya, tapi still kenal baik sebab Mc Naa pun merupakan penghuni asrama tegar macam aku.
Er...peer pressure la juga kan bila tengok teman-teman dah berumah tangga?!
Jam 5 pagi tadi aku terjaga bila telefon berlagu menandakan ada mesej masuk.
Dari Abiy adikku.
Kak, ore blh 5A je....huhuhu...
Begitu bunyi mesejnya, diikuti tiga smiley menangis.
Aku dapat mentafsir nada sedih dan kecewa pada mesejnya. Jarang adikku yang satu ini berdukacita. Tetapi pada hari ini dia tidak seperti selalu.
Aku lantas menelefon rumah. Kata mak, sejak balik dari sekolah tadi, dia menangis dan berkurung di dalam bilik.
5A untuk Bahasa Melayu, Matematik, Geografi, Kemahiran Hidup dan Pendidikan Islam. B untuk Sejarah, Bahasa Inggeris dan Sains. C untuk Bahasa Arab, subjek yang paling menjadi musuh ketatnya. Pada aku ini bukanlah dikategorikan sebagai gagal, kerana dia sudah banyak menunjukkan peningkatan berbanding sebelum ini.
Aku lantas membalas mesejnya.
Abiy, jgn sedih2. Dapat 5 pun dah ok, alhamdulillah, hok penting improve. Abiy baru nak masuk form 4, banyak masa n peluang lagi nak belajar betul2 dan baiki prestasi. Kak tahu Abiy dh buat hok terbaik. Tak semestinya xdapat 9A, sampai bila2 gagal. Mana tahu masa depan Abiy mungkin lebih baik dari kak sendiri. Hok penting jgn putus asa n kena usaha lg kuat, Allah x akan hampakan kita kalau kita betul2 bersungguh...
Mana mungkin aku dapat bergembira di saat dia berduka. Aku hanya mampu menitipkan doa semoga Allah memberikannya semangat untuk dia terus berusaha, kerana perjalanannya masih terlalu jauh.
Abiy, my endless support is always for you! Jangan mengalah, kerana gagal sekali bukan bermakna gagal selamanya!
Hari ini hari terakhir kami berada di tanah Recep Tayyip Erdogan. Selepas bersiap seadanya, kami keluar bersarapan sebentar sebelum kembali ke hotel untuk mengambil beg masing-masing serta melunaskan bayaran penginapan. Tidak lupa bergambar dengan pasangan suami isteri tuan punya hotel yang sungguh baik itu.
Kami menaiki bas menuju ke Otogar (Bus Station) yang sama yang kami tiba sebelum ini. Bas ke Istanbul adalah pada jam 11 pagi. Akhirnya Bursa kami tinggalkan dengan seribu kenangan. Ada rezeki, dapatlah bertandang lagi. Tetapi peluang yang pertama ini, akan menjadi momen manis yang akan dikenang seumur hidup.
Hujan renyai menyambut ketibaan kami di sebuah stesen bas kecil di Istanbul. Kami kemudiannya menaiki teksi pula untuk ke lapangan terbang. Jalan raya agak sesak. Bimbang juga takut-takut terlambat sampai, tapi alhamdulillah, Allah mudahkan segalanya. Kami tiba di Sabiha-Gokcen Airport dalam jangka waktu yang masih awal, bersolat dan kemudian check in. Sempat minum petang dan mengalas perut sebelum berlepas.
Sungguhpun kembara di bumi Uthmaniyyah ini hanyalah lima hari, namun setiap hari yang kami tempuhi dirasakan sungguh bermakna. Terlalu banyak perkara baru yang dipelajari - bukan sahaja mendalami sejarah Turki Uthmaniyyah - tetapi juga belajar erti bersabar dan berukhuwwah.
Tanpa kesabaran, mungkin kelana kami dalam rombongan yang ramai ini (12 orang) akan jadi kucar-kacir. Alhamdulillah, semuanya mampu bertolak ansur walaupun setiap orang lain ragamnya, dan mungkin kerana itulah perjalanan kami yang ramai ini terasa begitu menyeronokkan, dan bukan menyesakkan kepala seperti yang diadu mereka-mereka yang pernah mengembara beramai-ramai sebelum ini.
Aku pernah membaca tulisan Ustaz Hasrizal dalam Saifulislam.com mengenai perihal ini.
Dari riwayat ibn Abi al-Dunya, bagaimana pada suatu ketika Umar mendengar seorang lelaki memuji-muji seorang lelaki lain.
Umar bertanya kepadanya, “Engkau pernah bermusafir dengannya?”
“Tidak pernah,” jawab lelaki itu.
“Engkau pernah bergaul rapat dengannya?” tanya Umar lagi.
“Tidak pernah,” jawab lelaki itu lagi.
“Demi Allah yang tiada Tuhan melainkan Dia, sesungguhnya kamu tidak kenal akan lelaki itu!”
Selamat pulang, alhamdulillah.
Bumi Turki selamat kami tinggalkan pada jam 6.30 petang. Selamat tinggal bumi Khalifah, keagungan masa silammu, keramahan pekerti pendudukmu dan keindahan daerahmu akan terus terpahat dalam sanubari kami selama-lamanya.
Hari kelima. Pagi ini kami bangun awal dengan riang ria sebaik terdengar suara azan dari Ulucamii. Sejuknya tak terkata. Dari luar jendela dapat dilihat hamparan putih salju di sana sini. Usai menunaikan solat Subuh kami semua berdiskusi tentang rancangan hari ini. Nampaknya agenda hari ini akan terbahagi dua. Majoriti dari kami mahu mencuba nasib untuk ke ski resort di puncak Uludag, manakala sebahagian lagi memilih untuk merayap di sekitar Bursa sahaja.
Kami keluar bersarapan di sebuah kedai makan kecil berdekatan hotel. Hidangannya, Turkish bread dicicah sup yang beraneka jenis. Aku memilih sup salami, cuba untuk menguji kebolehan tekak sendiri. Mungkin kerana sup itu dihidang panas, ditambah dengan perut yang lapar, maka habis juga sup salami itu sepertiga mangkuk. Untuk makan selebihnya, aku dah mula rasa kembang pipi.
Sup salami dan roti Turki
Misi mendaki Uludag perlu diteruskan. Menaiki kereta kabel ke Uludag! Bunyinya sungguh menyeronokkan. Kami pergi ke tempat membeli tiket kereta kabel seperti yang ditunjukkan oleh tuan punya hotel tempat kami menginap. Malang juga, kereta kabel pun tidak beroperasi hari itu, kerana cuaca kurang mengizinkan. Kami akhirnya mencari teksi.
Sekarang adalah masa yang genting. Kami perlu naik ke Uludag dan turun kembali, dan pemandu teksi tersebut mestilah menunggu kami di sepanjang keberadaan kami di atas sana. Oleh itu, rundingan untuk mendapatkan harga termurah mestilah dilakukan bersama beberapa orang pemandu teksi yang sudah pun mengerumuni kami di stesen teksi berkenaan. Bagaimana?
Orang Bursa kebanyakannya tidak dapat memahami dan tidak mampu berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris, namun kesabaran mereka untuk cuba memahami apa yang kami sampaikan amatlah boleh dipuji. Orang Bursa juga lebih mesra dan suka menolong. Makanya, terjadilah adegan interaksi yang mengagumkan antara manusia dari dua tanah dan benua yang berbeza.
Faham ke?
Rajah di atas adalah cara kami menyampaikan kehendak kami kepada pemandu-pemandu teksi itu, iaitu bertolak pada jam 10 pagi dari Bursa, tiba di Uludag jam 11 pagi, tunggu kami bergambar di atas gunung sana, kemudian bertolak balik dari Uludag jam 2 petang. Bayaran akan kami lunaskan selepas kembali semula ke Bursa pada jam 3 petang.
Dua pemandu yang akan membawa kami ke Uludag bersetuju dibayar sebanyak 240 Lira untuk dua buah teksi yang akan membawa lapan orang dari kami. Perjalanan dimulakan. Salju memutih di kiri dan kanan jalan. Suhu semakin sejuk apabila teksi mendaki semakin tinggi. Jalan begitu curam, berselekoh dan sangat licin. Cuaknya tak terkata. Alhamdulillah kerana pemandu teksi tersebut sangat cekap dan begitu berhati-hati memandu di jalan yang sebegitu keadaannya.
Selekoh curam yang licin
Selepas sejam meredah bahaya, akhirnya kami selamat tiba di puncak Uludag. Alhamdulillah. Rasa gerun hilang, berganti dengan seronok dan teruja. Salji di sana sini!
Yahuuuuuu!!
Hasrat awal kami hanyalah mahu bergambar sahaja di puncak Uludag yang berais ini, tapi bila melihat pelancong lain bergelimpangan jatuh di sana sini mencuba ski - nampak macam menarik saja - apa salahnya kami turut serta alang-alang sudah sampai ke mari. Tempat ski di Uludag ini pula nampaknya tidaklah begitu besar dan berbahaya untuk peserta-peserta amatur seperti kami, tambahan pula sewa pakaian dan peralatan ski hanyalah 15 Lira! Rugilah tak cuba kalau semurah ini harganya!
Mari berski!
Bermulalah peringkat pertama iaitu mencuba sut serta kasut ski, macam robot saja semuanya. Pakcik kedai akan pakaikan kasut ski khas untuk setiap orang, berat macam tong gas kasutnya!! Nak angkat kaki keluar dari kedai pun susah. Nak usung set ski tu satu hal pula walaupun taklah seberat mana. Macamanalah orang-orang yang tabah hati nak berkelana di kutub utara semua tu, tak terfikir rasanya keadaan mereka.
Dah lengkap segala alat dan kostum, masa untuk tunjuk bakat pula. Kami yang tak tahu-menahu berkeras dengan pakcik penjaga untuk cuba menaiki kabel bergerak yang akan membawa kami ke tempat yang lebih tinggi, dan berski turun ke bawah. Puas pakcik itu menyuruh kami mencuba terlebih dahulu berski di bahagian bawah, tapi kami tak faham-faham nampaknya. Akhirnya, buat kena gelak dek pakcik tu saja sebab kabel bergerak tak sampai 10 meter pun, dah jatuh tergolek-golek semuanya.
Akhirnya berskilah kami di bahagian bawah. Masing-masing dengan pelbagai keanehan tersendiri. Ada yang jadi Sin Chan, ada yang jadi Tarzan, ada yang menjerit-jerit "Excuse me!Excuse me!" semasa ski menjunam turun ke bawah, ada yang terguling-guling, ada pula yang steady je, hehe. Aku? Tak payah cakaplah. Terkial-kial nak lekatkan kasut ke papan ski dah satu hal, lepas tu sekali turun dah tak larat nak naik balik. Akhirnya terbaring beramai-ramai atas padang salju yang sejuk tu.
Pakcik teksi yang setia menunggu kami ketawa terbahak-bahak dari jauh melihat aksi anak-anak Malaysia yang jatuh bangun mencuba bakat berski. Berbaloilah juga membayar 15 Lira, untuk percubaan yang entah bila pula boleh dibuat selepas ini.
Teka siapa paling hebat ski?
Perut dah lapar. Rasanya hampir dua jam juga kami bermain di puncak Uludag ini. Akhirnya kami bertolak pulang ke Bursa semula selepas memulangkan kembali peralatan ski. Uludag kami tinggalkan dengan perasaan puas.
Tiba di Bursa, kami makan tengahari, bersolat dan terus merayau-rayau di pekan Bursa yang masih dilitupi salju. Menjengah-jengah Yildrim Bazaar, tapi nampaknya tak sehebat Grand Bazaar di Istanbul. Tapi tetap ada hasil 'tangkapan'nya. CD Kumpulan Nasyid Raihan pun ada dijual di sini.
Kami merayau hingga ke malam. Misi mencari makanan pelik diteruskan lagi. Kami singgah makan malam di sebuah kedai makan berdekatan hotel sebelum pulang. Geng ronda Bursa yang diketuai oleh Kak Madihah, telah melawat Ulucamii dan bazar sepeninggalan kami ke Uludag, dan telah dijemput oleh seorang makcik Turki yang baik hati untuk ke rumahnya. Sekali lagi berlaku komunikasi unik seperti ayam bercakap dengan itik! Kami berkongsi cerita dan tawa.
Malam ini, mula berkemas kerana esok kami akan bertolak pulang ke Istanbul untuk penerbangan pulang ke London Luton jam 6.30 petang.