Thursday, March 11, 2010

Pilihlah Jalanmu


Untuk adikku Aimi Syahirah,

Hari ini Tuhan telah membuktikan janji-Nya, bahawa orang yang gigih berusaha akan dinilai usahanya dan diberi ganjaran yang setimpal dengan apa yang telah diusahakan. Semoga kejayaan ini, akan menjadi titik mula pembakar semangatmu untuk berusaha dengan lebih gigih lagi di masa hadapan. Kerana ada banyak lagi tanggungjawab yang belum kita lunaskan. Kita bertiga, yang teratas, sandaran harapan ayah dan mak. Pilihlah mana-mana jalan yang terbaik untuk dirimu, untuk kamu melunasi tanggungjawabmu sebagai pemikul amanah keluarga, juga pekerja kepada agama. Berharaplah hanya kepada-Nya.

...dan kita akan sama-sama merindui Naim, semestinya!

Solat hajat bersama guru-guru di Medan Tarbiyah, setiap pagi Khamis.
Hati meronda rindu untuk kembali ke 5 tahun yang termahal itu!

Wednesday, March 10, 2010

Secebis Nota


Maafkan bila ku tak sempurna.
Jika itu yang dicari, sesungguhnya aku tidak memilikinya.


Wahai Yang Maha Pengasih,
Kurniakanlah kekuatan dalam hati dan jiwa kami
Sesungguhnya
Hanya pada-Mu lah kami tempat kami bergantung harap

Friday, March 5, 2010

Pesan Si Kecil

Persembahan dari Gajah. Missing him so badly (T__T)
(Sila abaikan sebarang rakaman yang tidak wajar dalam video ini)






Sungguh
Kematian itu adalah dekat dan pasti
Sedang kehidupan yang sedang sibuk kita cari
Tidak lebih dari sebuah tipu daya semata

"Ya Allah, letakkanlah dunia ini hanya di telapak tanganku,
dan bukan di hatiku"

Wednesday, March 3, 2010

Guru Wajib ke Pedalaman

KUALA LUMPUR : Guru akan diwajibkan bertugas di pedalaman dan luar bandar antara tiga hingga lima tahun dalam tempoh perkhidmatan sebagai salah satu langkah mengatasi kekurangan tenaga pengajar di kawasan itu, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Perdana Menteri berkata, Kementerian Pelajaran juga akan mewajibkan guru baru mengajar di pedalaman, sekali gus mengelakkan sistem pendidikan negara berada dalam kepincangan berikutan keengganan guru bertugas di kawasan berkenaan.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, sebagai penggalak, mereka akan diberikan ganjaran yang diharap dapat mengatasi masalah kekurangan guru di luar bandar dan pedalaman yang sedang dialami sektor pendidikan ketika ini.

"Ketika ini elaun maksimum RM1,500 diterima oleh guru yang mengajar di kawasan pedalaman. Kementerian akan memikirkan bentuk imbuhan baru untuk mereka.

"Contohnya, dalam tempoh 30 tahun berkhidmat, guru perlu pergi ke pedalaman dan begitu juga guru baru. Kerajaan akan memikirkan dorongan dalam bentuk baru untuk menggalakkan guru ke pedalaman," katanya ketika ditemuramah dalam program temubual Agenda Awani, rancangan terbitan Astro, di sini malam tadi.

Muhyiddin juga berkata, sudah tiba masanya guru mengubah corak pemikiran dengan menganggap mereka adalah golongan yang bertanggungjawab menggalas tugas mendidik anak bangsa.

"Mengubah minda guru untuk menggalakkan mereka berkhidmat di kawasan yang jauh dari bandar adalah satu cabaran dan kekangan kepada kementerian ketika ini," katanya.



Jadi, ke mana saya nak posting? Masuk Felda di Johor atau Pahang? Atau haruskah eden poie Pilah balik? Ko ambo nok kelik Guo Muse atau Merapoh? Kalau dapat Sabah Sarawak pun, aku sik tolak insyaAllah. Terpulanglah pada takdir. Allah knows, where is the best for me. Ikhlaskan niat, moga Allah selalu bersamaku dan membantu aku untuk berbakti kepada mereka yang memerlukan, ameen.

Tuesday, March 2, 2010

Dedikasi Untuk Ayah

Selamat Hari Lahir ke 49 Ayah!
Semoga ayah dipanjangkan usia,
diberi kesihatan yang baik untuk beramal dan berbakti,
dan dipayungi keberkatan Ilahi sepanjang masa.

Doa kami, akan sentiasa bersama ayah.

You're always be our superhero!

Sayang ayah!

Lots of love from your naughty children :
Kak, Azri, Kak Chik, Ateh, Adik, Ning & Man