Thursday, June 24, 2010

Sightseeing Tour

To be honest, I've never ride on that kind of red-double-decker-with-no-roof-on-top sightseeing tour bus. It's just nothing to do with it.

Picnic with Kak Hanis, Leazes Park

Kak Hanis & Chiat's visit to the university

Fasyah's visit to Alnwick Castle

To our honourable guests who had travelled all the way alone to visit us here,
may Allah bless and bring you benefits from your journey
may Allah bestow upon this house and all the things inside with His mercy from your visit.

Abu Hurairah r.a. reported that the Messenger of Allah SAW said,

Let whosoever believes in Allah and in the Last Day either speak good or be silent. Let whosoever believes in Allah and in the Last Day honour his neighbour. Let whosoever believes in Allah and in the Last Day honour his guest.
[al-Bukhari & Muslim]

Friday, June 18, 2010

Selalulah Ingat

Selalulah ingat kebaikan yang orang lain lakukan kepada kita;
Selalulah ingat keburukan yang kita lakukan kepada orang lain

Saturday, June 12, 2010

Renjis-renjis Dipilis

Renjis-renjis dipilis
Ditepungilah tawar
Hai beras kunyit ditabur
Disiram si air mawar

Perkahwinan untuk separuh tahun pertama tahun 2010 :

Wedding Nurul Adillah & Mohd Faisal, 10 Jun 2010, Pengkalan Chepa

Wedding of the year - wedding Kak Dillah ex-roomate dan housemate saya di mahligai 81 ini - merupakan wedding yang paling dinanti-nanti tahun ini. Sangat ralat dan terkilan bila tak berkesempatan untuk memeriahkan majlisnya, apakan daya jarak menjadi batu penghalang. Kak Dillah berangkat pulang ke tanah air 10 hari sebelum majlisnya, di saat kami sedang dalam kemuncak pertempuran dalam perjuangan pena. Kepulangan Kak Dillah tentulah amat dirasai, kerana dialah yang paling rajin turun naik tangga bertanya khabar kami seorang demi seorang yang terbongkang dengan buku-buku di musim peperiksaan. Juga tolong masak untuk kami. Juga akan berdiri di muka tangga dengan kata-kata semangat setiap kali kami hendak keluar melangkah ke exam hall. How we miss her so much! Kami semua tumpang gembira apabila melihat senyuman lebar yang tidak lekang di bibir kakanda sulung kami ini di hari bahagianya.
Big congratulations for you Kak Dillah, we love you so much!

Wedding Nur Amnanie & Raja Faeez Shah, 11 Jun 2010, Pengkalan Chepa

Nanie teman sepermainan saya sedari kecil. Sekolah sama dari darjah satu sampai form three. Yang kedua menamatkan zaman bujang dalam batch 6P 1999. Rasa macam baru semalam saya pergi belajar dan bermain di rumah lama Nanie di kuarters guru, selang beberapa tahun berjauhan Nanie dah pun jadi isteri orang!

Wedding Syahida & Awis, Mac 2010, Kubang Kerian

Sya classmate saya sewaktu form three. Bekas ketua pengawas di zaman silam. Dan bakal bergelar mommy dah pun tak lama lagi. Alhamdulillah. Happy for you, Sya!

Selamat pengantin baru
Kekal bahagia hendaknya
Moga dirahmati selalu
Bercinta hingga ke syurga

Monday, June 7, 2010

23 Tahun : Tiada Lain Yang Diharapkan

1987 : Bersama arwah moyang Tok Bok

2010 : Betapa jauh masa lalu telah ditinggalkan

Menginjak ke angka 23, tiada sebarang perasaan istimewa melonjak di dalam jiwa. Masih mampu menghela nafas pun saya kira sudah cukup bertuah, kerana sepanjang umur saya ini, telah berapa ramai mereka yang seusia dengan saya pergi menemui Pencipta.

Alhamdulillah. Dan tentunya sekelumit syukur ini tidak akan pernah cukup dengan infiniti nikmat yang melimpah saban hari.

Tiada lain yang saya harapkan untuk menyambung perjalanan kehidupan ini, hanya mahu berusaha untuk menjadikan hari-hari yang akan datang lebih baik dari hari-hari yang telah saya lalui.

Ya Allah,
lindungilah kami dari termasuk dalam golongan orang yang sia-sia dan orang yang rugi.

Terima kasih kepada semua yang mendoakan saya di hari lahir ini, terutama keluarga yang jauh di mata - kalian sentiasa dekat di hati, 'caj negatif' saya - thanks for your endless advice and support, sahabat-sahabat ukhuwwah fillah yang saya kasihi, dan teristimewa untuk Yeng, Meni, Pini, Kak Madihah, Kak Aina, Nazue, Sheeda, Kak Is & family, Kak Nas & family - thanks for lovely treat that made me smile for every single moment on that day!

Banyak makanan dan obviously banyak makan!
Clockwise from top left : Oreo cheesecake Meni yang baked, mashed potato + chicken stew by Kak Is, chocolate gateau tajaan Iceland, chicken rice sendiri mahu makan maka sendiri masak :D

Sunday, June 6, 2010

Air Quran?!!!

Adik saya Syahirah bercerita tentang Gajah.

Katanya, baru-baru ni Gajah datang penyakit malas sembahyang. Jenuhlah dipujuk, dimarah baru dia bergerak.

"Gajah cepat pergi ambil air sembahyang kalau nak sembahyang dengan Kak Cik!"

"Gajah tak nak sembahyang. Gajah tak boleh sembahyang hari ni!" Selamba dia menjawab. Syahirah sakit perut menahan gelak mendengar jawapan polosnya.

"Kenapa pulak? Tak boleh, tak boleh! Gajah kena sembahyang. Nanti Allah marah. Gajah nak kena marah dengan Allah?" *Taktik buat-buat garang yang berpsikologi itu perlu.*

Gajah menggeleng. "Tapi Gajah nak mengaji je hari ni, Gajah tak nak sembahyang!"

"Nak mengaji pun kena ambil air sembahyang jugak. Cepat, kalau tak Kak Cik bagitahu ayah Gajah tak nak sembahyang!" Gajah 'diugut'.

"Nak mengaji tak payahlah ambil air sembahyang. Ambil air Quran dah la. Kalau nak sembahyang baru ambil air sembahyang! Apalah Kak Cik ni, dah besar pun tak tahu-tahu lagi!"

Dush! Dush! Dush! Ajaran sesat mana pulak ni?! Tolongggg!

Hasil kerja tangan seorang kakak yang nakal kepada adik kecilnya. Seronoknya membuli!