Saturday, December 27, 2008

Turkey Episode 1 : From St James to Sultanahmet

A winter break journal, discovering Turkey.

Ahad, 20 Disember 2008, 11.45 pm :

National Express Stagecoach bergerak dengan kelajuan sederhana meninggalkan St James Boulevard, meredah gelap malam musim dingin menghala ke arah selatan. Perjalanan ke Milton Keaynes dijangka mengambil masa enam jam, sebelum meneruskan perjalanan ke Luton Airport.



Bas tengah malam

Bas berhenti di hentian Milton Keaynes lebih kurang jam 5.45 pagi. Entah dekat hulu mana la letaknya si Milton Keaynes ni, sejuknya hanya Tuhan yang tahu. Hentian basnya pula kecil saja, dan tiada terminal berbumbung yang sempurna. Menggigil-gigil kami 12 orang, menunggu bas dengan penuh rasa mengantuk. Bas 777 pula terlewat sedikit, tapi sekurang-kurangnya perjalanan 45 minit ke Luton Airport boleh diisi dengan menyambung lena.

Warung kopi Luton

Tiba di Luton Airport, hari masih terang-terang tanah, dan selepas solat Subuh, kami bersarapan ringan dan melepak di Costa Coffee sementara menanti waktu berlepas jam 12.55 tengah hari. Ergh, bosannya!

Penantian berkahir jua. Easyjet akhirnya berlepas meninggalkan Luton Airport tepat jam 1 petang. Mata sudah berat penangan semangkuk pasta tuna dan dua ketul donat maple glazed Krispy Kreme di waiting lounge tadi. Lenalah aku sepanjang perjalanan hinggalah terjaga bila mendengar pengumuman "We're now approaching Istanbul Sabiha-Gokcen Airport..." Lama betul aku tidur. Huhu. Takpe, gain energy untuk perjalanan malam ini yang entah macam mana lagi keadaannya.

Jam 6.30 petang waktu Turki kami selamat tiba di Sabiha-Gokcen Airport. Selepas melepasi pemeriksaan imigresen (part cop pasport ni paling aku suka, hehe) kami mengambil bas untuk ke Taksim. Perjalanan lebih kurang sejam dengan bayaran 10 Lira. Terpegun menyaksikan keindahan Bosphorus di waktu malam sewaktu bas melalui Mehmet al-Fatih Bridge.

Sampai di Taksim lebih kurang jam 8.30 malam, semua orang merengek untuk berhenti makan sebelum menuju ke destinasi. Kami memutuskan untuk makan malam di sekitar Taksim sahaja, kerana melihat deretan restoran yang indah-indah semuanya, semacam memanggil-manggil untuk dimasuki.


Pekena makanan Turki. Err..lagi sedap nasi lemak kot?!


Tavuk Doner

Habis 10 Lira, kenyang jugalah mencuba sepinggan Tavuk Doner, yang berupa kebab ayam yang dihidangkan dengan 2 sudu pilau rice dan roti serta salad. Harap-harap 'food-hunting' esok akan lebih berjaya lagi.

Berangkat dari Taksim. Mulanya hendak cari bas sahaja ke Sultanahmet, tetapi keadaan malam yang hujan, ditambah pula dengan kesukaran hendak mencari bas dan kesukaran berkomunikasi, kami akhirnya memutuskan untuk naik metro (commuter-like) ke Kabatas, sebelum mengambil tram dari Kabatas ke Sultanahmet.

Akhirnya tram tiba jua di Stesen Sultanahmet. Rasa penat serta-merta hilang sebaik terpandang Masjid Biru yang tersergam indah dari seberang jalan dengan bermandi cahaya terang. Sekelompok burung terbang bebas, mengelilingi 6 menara masjid tersebut. Subhanallah. Antara perkara menakjubkan yang pernah aku lihat. Semestinya burung-burung itu tidak henti-henti melafaz zikir memuji kebesaran pencipta-Nya.

Sultanahmet Tram Station

Kami berjalan merentasi taman yang terletak berhadapan dengan Masjid Biru, dan bertentangan dengan Masjid Biru tersergam gagah Aya Sofya. Besar dan cantik. Puas berkeliling mencari hostel untuk menginap, akhirnya jam 10 barulah kami berjaya menemui Big Apple Hostel yang terletak tidak jauh dari Masjid Biru.

Hostel yang kecil, tetapi bersih dan sangat cantik. Masing-masing terus terlena sebaik sahaja selesai solat, menyimpan tenaga untuk memulakan kembara 'Discovering Turkey' esok hari.

Istanbul, semestinya indah dan menyentuh hati.

Thursday, December 18, 2008

Leicester : Reunited

Alhamdulillah, by Allah's will, finally four of us (9/301, Kolej Akasia INTEC) reunite again. Sulit benar nak cari masa yang sesuai, yang semua orang berkelapangan untuk berkumpul bersama, sehinggalah akhirnya pada winter break kali ni aku, diiringi Yenn dan Meni, berjaya juga turun ke Leicester melawat Yaya dan Burn.

Tabik spring kepada tuan rumah, walaupun mereka berdua keletihan kerana baru sahaja menempuh perjalanan yang tak kurang panjangnya dari Plymouth, tapi layanan kepada tetamu yang tak diundang ini tetap first class! Seperti yang dijanjikan oleh Yaya dalam setiap kali perbualan telefon dengannya sebelum ini, kami berlima berkenduri ayam goreng Maryland di Holloway House, Oxford Court kurang dua jam selepas tiba di Leicester. Thanks Yaya, kerana telah memenuhi janji-janjimu itu, sedap betul ayam Maryland, hehehe =)

Lunch at Wok & Grill

University of Leicester, alma mater Tipah Jowo & Abu Tempe

After skating. Muka tak penat langsung!

Puas memberi makan burung dan swan di tasik, melompat-lompat macam budak-budak dekat playground, window shopping di High Cross, malam itu kami berlima mencuba bakat terpendam di Leicester-on-ice. Pertama kali skating, sabar ajelah! Skating surface tersangat icy and slippery, tambah lagi dengan ketidakpandaian membrek dengan kaki, kemungkinan untuk terseliuh adalah sangat tinggi! Dapat skating di tepi-tepi pagar pun jadilah, berbaloi jugak laburkan
8 pound malam tu. Tapi, yang penting, tersangat excited dengan percubaan pertama ini, dan tersangat jeles dengan Yaya dan Burn yang kejap je dah terer skating!

Yang penting, aku puas sebab dapat jugak luangkan sedikit masa bersama ex-roomate ku yang dah lama tak ku temui itu, walaupun terkilan sebab tak sempat buat pillow talk (u can blame on me, ya!).

By the way, I definitely love Leicester!
Sangat suka dengan townnya yang comel, dan kampusnya yang cantik!

To Yaya & Burn, thanks for everything and all da best, aku doakan semoga Allah permudahkan jalan untuk kalian berdua. Cepat-cepat makan nasi minyak, aku dah tak sabar nak jadi tukang pegang bunga manggar! =)


Toblerone Cheesecake

You only need :

18 Oreo cookies/Bourbon chocolate biscuits/chocolate cookies
- remove cream, crash into crumbs

2 tbsp butter
- melted

4 packages of 200g (or 800g) soft cheese
- Kraft Philadelphia is recommended

1/4 cup granulated sugar

1 tsp vanilla essence

200g Toblerone chocolate
- melted

3 eggs


And you only have to do :

Preheat oven to 160°C. Mix crushed cookies and butter, press firmly onto bottom of pan.

Pop the crust into oven for about 5 minutes.

Beat well cream cheese, sugar and vanilla essence. Add melted chocolate, mix well.

Add eggs, one by one.

Pour mixture over crust, bake for 1 hour. Refrigerate the cake overnight.

**Original recipe from www.dianasdessert.com, manipulated by my housemate =)

Itu Yang Pertama


Semuanya mesti bermula dengan yang pertama. Apa pun benda dalam dunia ni. Teringat satu quote yang selalu menjadi sebutan di zaman-zaman sekolah dulu ; 'for thousand steps u'll take, everything starts from the first one'. Bunyi macam skema, tapi dari perspektif rasional dan logiknya macam tu lah. You'll never reach your goal if you don't take your first step!


Aku pun tak faham mengapa di tengah-tengah konflik masa dan kekalutan dengan bermacam-macam hal dalam winter break ni, boleh pulak tiba-tiba datang keinginan untuk menulis. Apa hal pulak la aku ni! Mungkin sesuatu yang ditulis itu pun tak berapa penting, tapi yang penting, benefits yang akan diperolehi. Not only for me, but also for everyone. It's more to sharing, senang cerita.

Alkisah tentang sesuatu yang 'pertama' : 14 Disember, hari kedua cuti. Dalam melayan minda yang separuh bosan, tiba-tiba datang semangat waja dan keinginan yang membuak untuk mencuba bakat sebagai iron chef. OK, misi hari ini ialah - buat cheesecake untuk pertama kali dalam hidup! Berlari-lari aku ke Iceland membeli segala bahan yang diperlukan. Memang betul-betul buang tabiat! Mungkin sejak tinggal serumah dengan seorang bakal doktor yang dah boleh dikategorikan sebagai pakar dalam bab membaking ni, dan kerap sangat pulak makan cheesecake semester ni, membuatkan aku rasa rugi pulak kalau tak cuba belajar dan buat sendiri. Sebenarnya rasa lemah semangat juga bila mengenangkan diri sendiri yang nak pakai mixer pun terkial-kial lagi, alahai! Tapi tak mengapa, sebab rasa tak boleh sia-siakan keinginan yang ada. Mesti berani ambil langkah pertama.


Hasil dari langkah pertama!


Lama ber'ketung-ketang' di dapur, dengan bantuan Yenn sebanyak 50%, akhirnya alhamdulillah jadilah the first cheesecake I've ever made in my life. Halangannya tak payah cakaplah, nak cairkan coklat pun sampai rentung, nampak sangatlah kan berapa sen je talent yang ada. Tapi rasa sangat puas sebab at least hasil dari keberanian mengambil langkah yang pertama itu, dapatlah aku tengok hasilnya =)

Kalau reflect balik dalam kehidupan, lebih kurang macam ni lah analoginya. Kalau tak berani ambil langkah pertama, sampai bila-bila pun keadaan akan tetap sama. Risiko, halangan, tribulasi dan benda-benda yang sinonim dengannya sudah tentu akan berkeliaran merata-rata dalam ruang lingkup kehidupan, tapi perlukah awal-awal lagi kita mengisytiharkan kekalahan?

Betullah orang tua-tua selalu cakap, belum cuba belum tahu, kalau tak cuba mana nak tahu!