Selamat Hari Guru
Sunday, May 16, 2010
Sunday, May 9, 2010
Carboot, Steamer & Puding Karamel
Baru-baru ni pergi carboot sale Hexham. Ala-ala girls day out bersama ibu-ibu. Bapa-bapa ditinggalkan mengasuh anak-anak di rumah ye. Let the ibus reward themselves hanging around with us the bujangs, hehe. Cuaca pula alhamdulillah agak supportive untuk tujuan tawaf-dan-borong.
Rupanya carboot Hexham lagi marvellous dari carboot Blaydon yang saya biasa pergi beberapa kali sebelum ni! Sawan juga melihat barang-barang hiasan rumah - kristal dan seramik yang bisa membuatkan poket akan tergugat. Paling naik hantu bila tengok pinggan mangkuk cawan piring. Mana taknya, segala mak nenek Royal ada kat sana. Adoii...sungguh dahsyat penangan nafsu membeli-belah ke atas jiwa seorang perempuan! Haruslah bawa beristighfar dan mengucap banyak-banyak ye! Inilah bahaya bershopping, boleh lupa dunia beb!
Tapi tanpa saya sangka, apa yang saya inginkan tercapai hari tu! Dah beberapa kali lompat eBay-Amazon-eBay-Amazon nak cari electric steamer yang best tapi masih belum jumpa dan saya sangat berharap agar saya jumpa satu yang best sebelum saya balik. Akhirnya, rezeki saya hari ini - sebuah Tefal 3-tier-and-10-liter-capacity electric steamer, 3 pound! Tak kisahlah yang dah ke berapa hand pun, janji masih elok! Harga yang baru 30-40 pound kot, kena fikir dua tiga kali jugalah kan sebelum angkat!
Maka buatlah eksperimen ke atas steamer baru untuk menguji kondisi beliau. Terjadilah puding gula hangus atau nama desanya puding karamel.
And Alhamdulillah, the steamer did a good job! OK saya memang tak berbakat dalam arena membuat kuih, maka macam ada yang kurang pada puding ni, tapi ianya tetap masak dan eatable - kesimpulan - steamer saya berfungsi! ;)
Puding Gula Hangus
Here goes the recipe :
1/2 cawan gula
2 sudu besar air
1 tin condensed milk
7 biji telur
Vanilla essence
Masak gula dengan air sampai perang dan likat. Tuang dalam acuan.
Pukul telur, susu pekat dan vanilla essence sampai telur hancur.
Tuang atas gula yang dah hangus tadi.
Kukus selama 30 minit.

Puding Gula HangusHere goes the recipe :
1/2 cawan gula
2 sudu besar air
1 tin condensed milk
7 biji telur
Vanilla essence
Masak gula dengan air sampai perang dan likat. Tuang dalam acuan.
Pukul telur, susu pekat dan vanilla essence sampai telur hancur.
Tuang atas gula yang dah hangus tadi.
Kukus selama 30 minit.
*Entry ini ditulis selepas saya selesai baca Putusan, Berita Hairan, MalaysiaterKini etc jadi ianya berbunyi seakan berleter kerana kepala saya sedang panas*
Saturday, May 8, 2010
Hairan

Patutkah kita lalai sedang hari terus berlalu
Dan kita terus bermain sedang mati itu tidak bermain
Aku hairan dengan mereka yang dalam kelekaan
Aku hairan, sedang tiada apa yang patut aku hairankan
Patutkah seseorang terus bermain
Sedang dia akan mati dan rumahnya akan runtuh
Kita melihat apa yang kita lakukan selalunya
Tewas pada setiap keseronokan
Kita melihat malam dan siang menyibukkan kita
Dan aku tidak mengetahui apa yang patut aku sibukkan
Dan setiap perkara itu ada tempoh untuk ditunaikan
Dan setiap perkara itu ada dicatitkan
"Ketahuilah, bahawa sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah permainan dan suatu yang melalaikan, perhiasan dan bermegah-megah di antara kamu serta berbangga-bangga tentang banyaknya harta dan anak, seperti hujan yang mengagumkan para petani; kemudian tanaman itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning kemudian menjadi hancur. Dan di akhirat (nanti) ada azab yang keras dan ampunan dari Allah serta keredhaan-Nya. Dan kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu."
[57:20]
Thursday, May 6, 2010
From The Creator of Purple Rose
وَاسْتَعِينُواْ بِالصَّبْرِ وَالصَّلاَةِ وَإِنَّهَا لَكَبِيرَةٌ إِلاَّ عَلَى الْخَاشِعِينَالَّذِينَ يَظُنُّونَ أَنَّهُم مُّلاَقُو رَبِّهِمْ وَأَنَّهُمْ إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
"And seek aid in steadfast patience and prayer, and this, indeed, is a hard thing for all but the humble in spirit, who know with certainty that they shall meet their Sustainer and that unto Him they shall return."
[2:45-46]
Wednesday, April 28, 2010
Suara Hati Ibu
Hari ini 28 April. Ulangtahun kelahiran mak yang ke 47. Pagi tadi saya termenung panjang mengenangkan masa yang begitu cepat berlalu. Sedar tak sedar, usia mak dah menghampiri angka 50, dan saya pun apa kurangnya, tentu saja usia saya turut berkadar terus dengan usia mak.
Pagi ini saya menelefon rumah lagi. Seperti biasa, saya memang 'hantu' menelefon rumah. Dua, tiga hari sekali (atau kadang-kadang setiap hari) memang tak sah kalau telefon rumah tak berdering sebab saya.
Dan mak seperti biasa, tak pernah sekali sepanjang tiga tahun saya di perantauan ini saya mendengar suaranya jemu atau bosan bila mendengar saya bercerita atau bertanya itu dan ini di telefon. Kami berkongsi segala rahsia, tawa dan air mata. Dan mendengar suara mak, adalah penawar mujarab untuk saya di kala tekanan belajar datang tanpa henti.
Tapi pagi tadi, mak meluahkan sesuatu kepada saya.
"Hehe..mak! Orang telefon lagi! " Saya menjerit riang di corong telefon, seakan-akan mak ada di depan saya.
"Tak apa. Telefonlah banyak mana kak nak pun. Nanti bila dah masuk kerja, dah kahwin esok-esok, sibuk, kak nak telefon mak seminggu sekali pun susah agaknya."
Saya terdiam. Perasaan saya tersentuh.
"Kalau orang kena kerja atau belajar jauh lagi, orang akan telefon mak selalu, macam sekarang, macam selalu insyaAllah. Kalau duduk dekat, boleh balik selalu, orang kan perumah..." saya cuba bergurau untuk menutup pilu yang mula menggigit hati.
"Tapi bila sampai masanya nanti, mak tetap kena lepaskan anak-anak. Bila dah kahwin, semua anak-anak perempuan kena utamakan suami."
Mendengarkan ini, sebak saya tidak terbendung lagi.
Mak telah meluahkan suara hatinya. Mak telah menzahirkan perasaannya bahawa dia seolah-olah telah bersedia untuk berdepan dengan suatu keadaan di mana anak-anak tidak akan berada di sisinya lagi sepanjang masa. Mak telah menyuarakan kebimbangan nalurinya akan betapa sunyinya kehidupan di hari tuanya nanti tanpa kami menemani di sisi setiap hari.
Mengingatkan ini, saya jadi takut. Saya amat takut kalau suatu hari nanti, saya tenggelam dalam infiniti kerja dan urusan dunia yang tidak berkesudahan hingga menjarakkan saya dari mak dan ayah, dan mengikis ingatan saya akan tanggungjawab terhadap mereka, sedikit demi sedikit tanpa saya sedari. Nauzubillah. Saya memang tidak akan mampu menanggung azab Allah jika saya mencalarkan hati dan perasaan mak dan ayah.
Mak,
Selamat hari lahir! Ampunkan segala dosa anakmu ini, redha mak adalah pintu kepada redha Allah ke atas kak. Walaupun di hari lahir mak ini, kak tidak bersama mak di rumah untuk belikan kek atau buat apa saja yang menggembirakan mak, tapi doa untuk mak takkan pernah putus, dan semoga Allah mendengar dan mengabulkan doa-doa kak untuk mak.

Ya Allah, bantulah kami yang lemah ini untuk menjadi anak yang baik kepada kedua orang tua kami, yang sentiasa menyantuni dan menjaga hati mereka, yang sentiasa meletakkan mereka di tempat teratas selepasMu dan RasulMu, yang sentiasa mengenang budi dan pengorbanan mereka kepada kami, yang sentiasa mengingati mereka dalam doa sujud kami.
Ya Allah, kau ampunilah segala dosa mak dan ayah. Kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihani kami sewaktu kami masih kecil. Limpahkanlah rahmat dan kasih sayangMu kepada mereka dan kurniakanlah mereka kebahagiaan di dunia, dan kebahagiaan yang lebih lagi di akhiratMu yang kekal abadi.

Subscribe to:
Posts (Atom)