Thursday, September 15, 2011

Soto Ayam Anyone?

Uwaaaaa....sumpah dah lama benar tak masak! I mean masak sendiri start from scratch! Memang amat mengaku sejak balik Malaysia summer tahun lepas liat sungguh nak ke dapur berketang-ketung dengan periuk kuali. Setakat tolong-tolong mak tu adalah sikit-sikit, tapi masak the whole dish memang dah lama tak buat. Sungguh dahsyat dan agak-agak ada ke makcik yang nak buat menantu kalau sebegini gaya? memalukan diri sendiri.

Jadi alkisahnya tiba-tiba saja teringin nak makan soto ayam. Gara-gara makan soto dekat satu open house dan saya makan bertambah dua kali sebab sangat sedap, nak tambah untuk kali ketiga terasa amat malu, maka alternatifnya tak lain tak bukan memang kena buat sendiri! Bukan senang nak datang mood rajin masak soto ni, nak buatnya senang tapi leceh sebab banyak perkara yang kena sediakan.


Jadi mahu simpan resepinya, next time buat boleh guna resepi sama. Lain kali mahu cuba soto tulang, mesti lagi kawww.

Soto Separa Jowo

Nasi Impit

1 cawan beras siap dibasuh untuk 1 plastik saiz sederhana - kot-kot nak cuba buat nasi impit manually
Senang-senang rebus je ketupat nasi Adabi lebih kurang 1 jam setengah hingga 2 jam

Ayam Carik

3 keping dada ayam bertulang
2-3 ulas bawang putih - diketuk
1 inci halia - diketuk

Rebuskan hingga mendidih dan ayam cukup masak. Toskan ayam, carik-carikkan isinya. Tulang ayam tu, baling balik dalam periuk.

Kuah

4-5 ulas bawang putih - diketuk
1 inci halia - hiris nipis
2 keping hirisan nipis lengkuas
1 batang serai - dititik
1 bunjut rempah sup
Kulit kayu manis
Bunga lawang

Panaskan minyak, tumis bawang putih hingga agak garing. Masukkan yang lain-lain dan tumis dengan brutalnya hingga naik bau. Masukkan secawan air dan biarkan mendidih. Tuang kesemuanya ke dalam periuk yang mengandungi air rebusan ayam tadi, masukkan garam secukup rasa dan didihkan sekali lagi.

Begedil

4 biji ubi kentang
3 ulas bawang merah - dimayang halus
2 tangkai daun sup - dicincang halus
1 sudu lada sulah - ditumbuk bersama sedikit garam
Sedikit tepung jagung
1 biji telur - dipukul

Rebus ubi kentang hingga empuk. Tumbuk sedikit supaya lumat dan senang digaul. Gaulkan dengan bawang merah, daun sup dan lada sulah yang telah ditumbuk. Campurkan sedikit tepung jagung. Bentukkan menjadi bulat atau leper atau pentagon atau apa sahaja. Panaskan minyak, salutkan begedil dengan telur dan goreng hingga kuning keemasan. Toskan.

Sambal kicap

Cili api secukupnya - saya gila pedas, maka saya bubuh RM2 cili api
Kicap masin/manis
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1 sudu makan bawang goreng

Kisar halus kesemuanya. Didihkan seketika di atas api.

Bahan sampingan

Suhun/laksa cina - digoreng
Kacang tanah - digoreng - tapi saya tak letak
Daun bawang - dihiris halus
Bawang merah - digoreng garing
Taugeh - pun saya tak letak, lupa

Bon Apetite!

2 comments:

  1. okeh.saya rindu ini.masakkan please?!tidak dilupa nasik hujan panasmu..isk3...rindu..

    ReplyDelete
  2. ena, meh datang kelate sementara akak belum keje ni, akak masakkan utk ena, tapi ena kena masak ikan bilis belacan dengan kek batik utk akak,heheheheeee

    ReplyDelete