Wednesday, June 19, 2013

Khatam Silibus dan Apresiasi Untuk Sebuah Keluarga

3 Farabi

Alhamdulillah.
Akhirnya berjaya menghabiskan silibus Sains Tingkatan 3.
Bermakna, sekarang sudah masuk fasa penting yang tidak boleh salah strategi!
Lega kerana Allah telah memudahkan segala-galanya.
Dan sesungguhnya tiada tempat untuk saya bergantung harap dan menagih pertolongan
melainkan Dia.
Membuat keputusan hanya dalam beberapa minit sahaja Januari lalu untuk menerima 3 Farabi.
Pertama kali mengharung silibus baru.
Yang natijahnya menjadikan saya seperti terbelit di dalam semak yang penuh akar lilit.
Bukan mudah menggalas tanggungjawab, mengajar semua tingkatan dari 1 hingga 5!
Adakala saya tersungkur tak berdaya.
Adakala saya berendam air mata.
Adakala saya tidak pernah ada masa untuk diri sendiri.
Adakala saya bingung dan hanya terpaku berdiri.
Adakala saya penat dan langsung tidak lena tidur di malam hari.
Adakala saya gembira dan positif menghadapi.
Segalanya, hanya Dia yang mengerti dan Maha Mengetahui.

Pun begitu, sudah tentu saya tidak mampu bertongkat sendiri.
Allah hantarkan kepada saya sebuah keluarga besar yang amat memahami.

Keluarga Jabatan Sains
Duduk : Ahmad, Cikgu Zaidie, Pak Tam, Ah Kee
Berdiri : Kak Ina, Kak T, Kak Yah, Kak Su, me the weirdest of all, Kak Raja, Kak Wai, Kak As, Mai


Apresiasi yang tidak berbelah bahagi kepada

1. Kak Asmawati kerana tidak pernah jemu menunjuk ajar,  menahan rasa melihat saya mundar-mandir di makmal, menjadi sumber rujukan itu dan ini terutama beberapa istilah Biologi yang sudah luput di ingatan, memberi nasihat dan menghulur semangat

2. Mai kerana menjadi partner mengajar PMR terbaik. Panduan, perkongsian pengalaman dan motivasinya sentiasa membantu menongkatkan semangat saya yang mudah rapuh

3. Kak Wai kerana sering menjadi tempat saya berkongsi rasa. Berkongsi tawa dan berkongsi cerita mengenai kelas masing-masing, kemudian tergelak bersama.

4. Mentor saya Cikgu Zaidie, boss yang tidak pernah lekang memberi inspirasi.

5. Ahmad kerana selalu bersedia menolong menjadi guru ganti setiap kali saya kebingungan tidak tahu hendak memulakan pengajaran dari mana, terutamanya tajuk-tajuk melibatkan teori elektrik dan magnetik Fizik yang saya sudah lupa hampir kesemuanya!

6. Kak Yah dan Pak Din, staf makmal yang setia bersama, cekap menyedia segala experimental apparatus setiap kali dipinta, tanpa sebarang cela.

7. Tidak dilupa, external ears saya Ah Kee yang tidak pernah letih mendengar saya mengadu nasib, melayan stupid joke saya di waktu saya stress dan memberi pinjam kekuatan di waktu saya 'muflis'. I don't think your help is affordable for me to pay you!

Terima kasih Allah. Kau peliharalah keluargaku di sini, kasihi dan rahmatilah mereka, sebagaimana aku mohon Engkau mengasihi dan merahmati keluargaku sendiri.

No comments:

Post a Comment