Sunday, November 20, 2011

Men-Doli-Kan Diri

Semua orang telah menghasut diriku ini agar segera menyerbu Doli Kue Teow yang letaknya entah di mana di tengah bandar Taiping itu. Ikutkan hati amat malas hendak buat marathon di tengah bandar lama Taiping yang bersimpang-siur itu semata-mata untuk makan sepinggan kue teow goreng, satunya sebab Doli Kue Teow tidak dapat dikesan oleh Google Map, keduanya ialah saya masih rabun ayam dengan jalan-jalan di bandar Taiping yang amat banyak simpangnya.

Gesaan demi gesaan membuatkan saya menggigihkan diri untuk mencari Doli bersama Adik tempoh hari. Jenuh nak mencarinya, sampai kami berdua sama-sama menggigil kebuluran, hehsss. Tak susah pun sebenarnya nak cari kalau tahu simpang yang betul untuk dimasuki. Doli terletak betul-betul depan Klinik Kesihatan Taiping.


Lalu kami pun terus membuat pesanan. Dua kue teow goreng biasa. Test power dulu sebelum pesan yang pelik-pelik. Menu yang ada di sini memang terhad - kue teow goreng biasa, kue teow goreng special, kue teow sup, mee kari, mee rebus dan nasi ayam.

Pelanggan tak berapa ramai sewaktu kami berkunjung ke sana, masa tu hari Isnin, dah pukul 3 petang. Tapi hendak tunggu dua pinggan kue teow memakan masa juga, dalam 20 minit lebih. Nasib baik kedainya berhawa dingin, kalau tak satu hal pula nak berkipas-kipasan dalam kelaparan.



Taraaaa...inilah kue teownya. Berbaloilah menunggu sekian lama, kerana memang sedap! Kaya dengan lauk-pauk di dalamnya. Saya jamin kalau makan kue teow goreng special mesti lagi banyak lauknya. Adik tanpa berlengah lagi terus membaham kue teownya dan dalam masa beberapa minit saja sudah licin.

Overall, Doli sangat OK dan memuaskan, except for serving time, kalau boleh cepatkan lagi bagus rasanya.

1 comment:

  1. Lor,kenapa tak pesan kotiaw doli. itu kotiaw goreng biasa je. kotiaw doli lagi sedap. by the way, hari tu aku cakap memang dekat depan klinik la kan. aiseh... lepas ni try cendol pulut kacang pula. lagi sedap daripada jitra punya.

    ReplyDelete