Monday, January 14, 2013

Asalkan Tidak Berdosa...

Pagi tadi lambat bersiap.
Maka tak sempat nak bancuh Milo sebelum pergi kerja.
Maka pukul 8 dah menggigil kelaparan.
Berlari ke kantin.
Perlu makan dulu sebelum masuk kelas.
Makan nasi kuah tomyam dan lauk lala masak sweet sour.
Selalunya bila makan di kantin/restoran, saya memang makan pakai sudu garfu.
Tiada yang pelik pun.
Cuma tak suka bila bau makanan tak hilang dari tangan.
Walaupun dah guna handwash.
Cungkil isi lala dan makan dengan lajunya.
Sebab mengejar waktu.
Tak mahu masuk kelas lambat.
Tiba-tiba terdengar

"Tengok Nik makan pakai sudu garfu laju je cungkil lala.
 Aku pakai tangan pun terhegeh-hegeh.
 Kau dah biasa hidup kat sana (England) lama agaknya ye?"

Saya tercengang.
Ini macam statement pun ada ke?
Saya merenung sudu dan garfu di tangan.
Kesian mereka berdua.
Benar makan di England pakai sudu garfu, tapi di restoran sahaja.
Occasionally only.
Tapi malas nak cakap banyak.

"Sama je. Kat sana pun makan pakai tangan."

Sambung makan.

"Takpun kau mesti dah biasa sangat makan
 di hotel-hotel mewah kan?
 Kau nampak macam tak kekok.
 Laju aje kau makan."

Terasa tercekik lala sweet sour di esofagus.
Mengapa mesti ada provokasi?
Sekali lagi, saya merenung sudu dan garfu di tangan.
Kesian mereka berdua.
Tak lebih 10 kali rasanya saya makan di hotel.
Sepanjang hayat hidup.
Itupun atas jemputan kenduri kahwin.
Dan dinner kelas masa di UiTM.
Sekali lagi, malas nak cakap banyak.

Terus makan dengan selamba.
Dalam hati kesal meraja.
Tidak adakah lagi perkara yang besar yang boleh dihitung
Sehingga saya makan dengan sudu garfu pun
Seolah menjadi kesalahan.
Saya tak kacau orang.
Saya hanya menikmati makanan!

Tak apalah
Tidak ada hak untuk sekat orang dari berkata-kata
Pada saya
Asalkan itu tidak berdosa
Tidak ada salahnya

Dalam hidup ini
Tidak semua benda yang kita perlu ambil peduli.

No comments:

Post a Comment