Sangat lega apabila ada peluang menikmati hujung minggu yang bebas dari aktiviti sekolah.
Memang sangat kebetulan dapat hujung minggu yang tak ada aktiviti, dan tidak juga bertugas warden.
Tapi itu bukan bermakna boleh bersenang-lenang.
Ada banyak kerja menanti sebenarnya.
Kalau salah perancangan, dua hari akan terbazir begitu sahaja.
Samada dengan melingkar depan tv atau tidur berlebihan atau keluar tanpa arah tujuan.
Sangat rugi.
Sebab sudah tentu masa yang berlalu tak akan dapat kembali.
Jadi hujung minggu ini, saya berazam hendak
1. Baca al-Quran lebih dari hari bekerja
2. Mengemas rumah - atas, bawah dan halaman
3. Basuh kereta
4. Basuh, sidai, lipat kain baju
5. Gosok baju untuk seminggu
6. Siapkan handouts untuk mula kelas tambahan tingkatan lima minggu depan
7. Solat dhuha - hari bekerja memang susah nak berdisiplin nak buat
8. Baca buku yang dah lama beli tapi tak khatam lagi.
Kalau tak dibuat garis panduan begini, alamatnya memang semua benda tak akan menjadi.
Semoga saya jadi lebih well-organised tahun ini.
Jom penuhi hujung minggu dengan aktiviti berfaedah!
Hujung minggu anda bagaimana pula?
No comments:
Post a Comment