Tuesday, December 28, 2010

Tak Ada Tajuk

Kadang-kadang...
rasa tak mahu jadi penjawat awam!

Saturday, December 25, 2010

Balik Kampung!

Baru-baru ini baru dapat peluang balik kampung. Di tengah-tengah musim tengkujuh yang hujannya tidak mengira waktu, maka memanglah seronok sakan. Nenek pula seolah-olah hendak berkhemah saja di dapur, bersemangat menyediakan bermacam-macam benda untuk menjamu cucu-cucunya ini.

Ayam percik makan-tak-toleh-kiri-kanan

Belut masak merah makan-hingga-menjilat-pinggan

Ikan haruan dan puyu goreng garing rasa-nak-makan-sekali-dengan-tulang

Menu baru : Ikan cencaru sumbat sekali-makan-sekilo-ikan-pun-habis

Ikan cencaru sumbat

Bahan :

4 ekor ikan cencaru
4 helai daun limau purut dihiris nipis
2 biji limau nipis

Bahan kisar :

10-12 biji bawang merah
6 biji cili merah
1/2 inci halia
2 batang serai
1 kuntum bunga kantan

Siang ikan cencaru, koyakkan kulit tebalnya. Letakkan di atas aluminium foil yang beralas daun pisang. Ratakan bahan kisar di atasnya, taburkan daun limau purut dan perahan limau nipis. Balut dan bakar sehingga masak. Makan panas-panas, memang tak toleh kiri kanan dah!

Monday, December 13, 2010

Glückwünsche Jungvermählten

Selamat pengantin baru buat sahabat kesayangan, classmate, ex-roomate, bed-time-story-mate saya - Nuraya & classmate sejak zaman dahulu kala - Burn. 5 tahun mengikat cinta, akhirnya Allah mengizinkan apa yang telah tersurat pada takdir-Nya untuk kalian berdua.

Semoga berbahagia hingga ke syurga, dikurniakan zuriat penyambung keturunan yang soleh solehah, yang menjadi mujahid mujahidah pembela agama Allah suatu hari nanti, insyaAllah.



Nota Kaki : Ya, dok dang nok buat oreo cheesecake feveretmu, later neh? ;)