Thursday, December 27, 2012

Amanah 2013

1. Kimia Tingkatan 5, 2 kelas = 8 waktu seminggu
2. Sains Tingkatan 2, 1 kelas = 5 waktu seminggu
3. Bahasa Inggeris Tingkatan 1, 2 kelas = 10 waktu seminggu
4. ICT Tingkatan 2, 2 kelas = 4 waktu seminggu --> Jumlah 27 waktu seminggu
5. S/U SPM
6. Warden asrama
7. AJK Makmal ICT dan Pendidikan Bestari
8. AJK Jawatankuasa Dokumentasi Sekolah
9. S/U Jawatankuasa Memperkasa Sains Tulen Agama
10. AJK MBMMBI
11. AJK Jawatankuasa Penasihat Majlis Perwakilan Pelajar
12. AJK Kontinjen Olahraga Daerah
13. Penasihat Kadet Remaja Sekolah
14. Penasihat Olahraga
15. Penasihat Persatuan Sains & Matematik

Saturday, December 8, 2012

Pain...

is creeping in again. 
Ya Allah tak tertanggung rasanya!
Gugurkanlah dosa-dosaku atas setiap kesakitan ini...

Friday, December 7, 2012

Memoir Espana

Tiba-tiba saja semalam saya terkenangkan sesuatu.

Terkenang zaman 'kegemilangan' enam anak dara berkelana selama sepuluh hari ke bumi Andalus. Antara perjalanan paling puas yang pernah saya rasa dalam beberapa siri penjelajahan negara Eropah, dengan kadar sebagai pelajar.

Teringat kisah Cordoba dan 'Pakcik Babeto' yang tak mungkin akan kami lupa sepanjang hayat! I came far from Great Britain! Jangan main-main!

Teringat kisah makan maggi dengan air paip sebab backpackers inn tidak menyediakan air panas, kami pula sangat lapar setelah menempuh perjalanan jauh dan lebih malang lagi, di Cordoba amat 'sesak nafas' hendak mencari makanan halal! La camida vegeteriana?

Teringat kisah penemuan nasi di sebuah restoran Morocco yang kecil di celahan bangunan tua di Albaicin. Oh, perasaan gembiranya tak boleh diluahkan dengan kata-kata!

Teringat kisah Benidorm dan Alicante serta perjalanan 14 jam dari Cordoba ke Barcelona. Benidorm? Benidorm? Pemandu bas lalu menggeleng, Alicante!

Teringat kisah tak mandi dan makcik peminta sedekah bergigi 'emas' di Barcelona. Your teeth are even more expensive than money in our wallets!

Semuanya masih segar dalam memori. Sesungguhnya berkelana memang banyak mencelikkan mata, hati dan minda.

Sepuluh hari di Espana, saya sangat menghargai satu hari yang kami habiskan di La Alhambra, istana lama yang indah lagi unik. Pertama kali memandangnya dari kejauhan, dan melihat sendiri betapa gahnya ia berdiri, terasa seakan air mata mahu menitis ke pipi. Dapat kami bayangkan betapa sayunya saat ketika pemilik istana indah ini, yang seaqidah dengan kita, akhirnya terpaksa tunduk mengalah kepada lawannya yang lebih berkuasa.

Dari detik itu, berkecailah mahkota Islam dari takhta Andalusia.

Dan Allah jualah sebaik-baik perencana yang mentakdirkan segalanya.

Kami berpecah dua kumpulan. Kami bertiga, saya, Naili dan Yeng (kalau tak silap) berjalan kaki seawal pagi dari Terrapin menuruni bukit, melalui pinggiran tembok besar Alhambra (short cut cari sendiri, jalan belakang) untuk membeli tiket. Kami tiba seawal jam 8 pagi. Dan orang ramai sudah pun beratur panjang. Alhamdulillah rezeki Allah, kami menemui sekumpulan rakyat Malaysia yang telah beratur di barisan yang agak ke hadapan, lantas meminta jasa baik mereka untuk tolong belikan tiket. Jika tidak mungkin tiket untuk masuk ke Alhambra hari itu akan kehabisan dan kami langsung tidak akan punya peluang lagi untuk masuk ke dalamnya kerana akan bergerak ke Barcelona pula pada keesokan harinya.

Alhambra dari Mirador San Nicholas, Albaicin. Berlatarbelakangkan pergunungan Sierra Nevada. Waktu senja.

Kami bertuah kerana James pemilik Terrapin Station, tempat kami menginap selama 3 malam di Granada merupakan seorang warganegara US, maka kami amat seronok bersembang mengorek cerita mengenai Granada daripada beliau, berbanding di tempat lain - semuanya warganegara Spain yang kebanyakannya tidak menggunakan Bahasa Inggeris untuk berkomunikasi - maka jadilah kami ayam itik!

Syukur alhamdulillah kerana sebelum memulakan kelana enam hari, kami telah siap sedia menulis 'kamus mini' - beberapa istilah atau perkataan penting untuk digunakan semasa perjalanan seperti - di mana tempat ini? Di mana stesen bas? Di sini ada makanan untuk vegeteriankah? Ada diskaun tak? Boleh tolong saya?

Palace of Charles V yang terletak di hadapan Alhambra, saya kira merupakan imitation kepada Alhambra yang dibina oleh orang-orang Kristian. Malangnya, senibina mereka tetap tidak mampu menyamai keunggulan senibina Islam. 

Palace of Charles V

Alcazaba Fortress pula merupakan kubu perang. Kami masuk hampir ke setiap pelusuk kubu, termasuk mendaki menara tempat mengintai kemaraan musuh sewaktu peperangan.

Alcazaba Fortress

Fokus saya bukanlah pada tempat-tempat ini, sebaliknya pada Nasrid Palace, yang saya kira ianya adalah sebuah keajaiban senibina Islam terulung. Lihat sahaja ukirannya. Apa yang disedihkan, kealpaan pada benda-benda halus seumpama ini jugalah yang dikatakan telah melekakan umat Islam dari tanggungjawab dakwah mereka, lantas menghancurkan mereka sendiri juga di akhirnya.


Wa La Ghalib Illallah...dan tiada penguasa selain Allah



Court of Lions


Alhambra kami tinggalkan dengan seribu satu kenangan. Entah bila boleh bertandang lagi. Mungkin juga itu hanyalah kunjungan yang pertama dan terakhir dalam hidup kami. Hm...

Selepas ke Alhambra, kami berjalan kaki di sekitar bandar Granada, mengambil kesempatan menghabiskan Euros yang bersisa dengan memborong key chains, fridge magnets, t-shirts, malah shawl Pashmina juga turut dijual dengan harga yang sangat murah!

Hm...rindu deru angin Espana.

Be Expressive!

When you have a young teacher with kid's soul, then this kind of thing will happen, everytime.

...wherever you are! Don't hide anything that hurt you inside, cause it'll hurt you more!

Thursday, November 29, 2012

3 Stooges Reunited

Us met up at Pantai Bukit Keluang after spending our day at Meni's place.

Friendship will surely last forever, if hearts bonded only for the sake of Allah.
The three of us are now working far away from another 
(Yeng in Melaka, Meni in Pahang and me myself in Perak) 
and it's a great pleasure when Allah gave us chance to meet together, 
especially after Yeng tied her knot last March.
And honestly, it's so hard to find friends like them.
Friends who are trustworthy, and can accept you, whoever you are.

Tuesday, November 27, 2012

It's Over and Sayonara...

Alhamdulillah.
Semua sudah berakhir.
Sejujurnya, saya benar-benar lega setelah berjaya menyelesaikan amanah ini.
Bersama 8 putera dan 18 puteri 5 Haytham,
Berkimia dari awal hingga ke akhirnya.
Saya memohon keampunan Allah sekiranya ada khilaf saya sepanjang bersama mereka.
Apapun saya sudah berusaha membantu mereka apa yang terdaya.
Tidak terhitung lagi masa dan tenaga yang dikorbankan untuk mereka.
Saya hanya mengharap redha Allah dalam setiap detik waktu saya bersama mereka,
dan mengharap barakah Allah dalam setiap ilmu yang saya curahkan untuk mereka.

Saya bukanlah guru yang sempurna
Kosong pengalaman diberi kepercayaan mendidik mereka
Sebahagian dari tenaga yang memacu masa hadapan mereka
Tetapi inilah yang menjadikan mereka istimewa
Kerana sudi menerima saya apa adanya
Kerana menadah telinga mendengar saya meleteri mereka
Kerana tidak berdendam apabila ditegur sekali-sekala
Kerana sering menghapuskan duka di hati saya
Kerana sering menghiburkan dan mewarnai sebahagian hidup saya
Kerana sudi berusaha bersungguh-sungguh untuk masa hadapan mereka

dan

Kerana dah buat yang terbaik dalam subjek saya.

Jauh di hati kecil, sedih hendak melepaskan anak-anak semua pergi.
Saya tahu air mata pasti menemani.
Tetapi saya bangga dengan anda semua.
Dan tiap ketika saya berdoa
"Ya Allah kau jadikanlah anak-anak didikku ini,
sebagai orang yang berjaya di dunia dan akhirat,
sebagai hamba-Mu yang sentiasa takut akan kemurkaan-Mu,
sebagai pembela dan penegak agama-Mu"

Sayonara 5 Haytham.
Cikgu akan rindu saat bersama kalian semua.
Pergilah ke mana-mana meneroka ilmu Tuhan,
dan sematlah di dalam hati,
untuk meraih redha-Nya dalam apa jua yang kalian lakukan!


Wednesday, November 21, 2012

Hang Your Calculator On Your Neck!

Today is the 7th day of SPM examination.
Physics paper for Pure Science students and Science paper for Agama Ikhtisas students.
It's physics paper and obviously you need calculator.
7.40 am, 10 minutes before the students entering exam hall, I remind them to check their exam slip, ID and calculator.
And ask whoever doesn't bring any of them, I want to give another kind of form as a replacement of slip, or take them back to the hostel to get their calculator.
And everybody said NO, we have them all, teacher.
So they enter the exam hall. The exam is about to start. And suddenly a girl rush out and tell me
"Teacher I left my calculator!"
Grr....!
"Come, let me bring you back to the hostel and get your calculator!"
And...
"Teacher I left my calculator too!" Two.
"Me too!" Three.
"Teacher I left my slip!" Four.
"Teacher I left my pencil case!" Ya Allah! Five.
So I drive them back to the hostel with almost supersonic speed.
Of course they're all in panic.
I don't want to yell or scold or add up emotional attack to them.
But I still want to give my soft warning.
"Next time, before you go to bed at night before exam, MAKE SURE you put all your stuffs in your bag.
RECHECK them in the morning before you go to school. RECHECK again before you enter exam hall. And tell me EARLIER if anything left, not after you enter the exam hall already. OK?"

This evening, paper 3.
I keep reminding them the same thing.
And still, the SAME thing happened!

And the teacher feels like to give a side-kick to the exam hall's door.

Oh kids, why can't you take serious on important things like this?

Tuesday, October 23, 2012

Car Crash

Assalamualaikum readers,

13 Oktober. Sabtu. Jam 8.20 pagi. Jalan Taiping-Bagan Serai berhampiran SK Teluk Medan. Saya telah ditimpa kemalangan jalan raya. Alhamdulillah tiada kecederaan jiwa, meskipun kereta sudah remuk menghancur-luluhkan pandangan mata.

Malas. Tak ada mood. Nak ponteng! Pra-kemalangan..

"Weh aku tak payah masuk kursus LADAP esok, hehehe..." Beritahu teman sejabatan saya Ahmad sebelum habis sekolah hari Jumaat, di makmal Bio. Lebar sengihannya memberi petanda dia amat lega kerana tidak perlu masuk ke kursus Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP) esok pagi. 

Siapa saja yang rajin berkursus di akhir-akhir tahun ni, erghhhh.....

"Awat hang takyah masuk?"

"Aku kena bawak budak catur ke Titi Serong pagi esok."

Saya terdiam. Dalam ribut kerja yang banyak akhir-akhir ini, memang super-lengai nak masuk kursus yang akan mengorbankan separuh dari hujung minggu saya. Bukannya tak boleh buat hari biasa, lepas waktu sekolah. Hari Sabtu juga yang nak diguna. Erghhh...

"Wehhhh boleh tak agihkan budak-budak tu dalam kereta aku sekali. Bagi le aku bawak juga, hehe." 

Saya sekadar bergurau sebenarnya. Tapi kalau betul-betul bagus juga, saya lebih rela bawa budak dan sambil tunggu budak saya boleh bawa laptop dan siapkan kerja atau siapkan tanda kertas peperiksaan. Masa akan digunakan dengan lebih berkualiti di situ. 

"Betul ke hang nak bawak budak sekali? Elok juga. Ada 2 lelaki, 2 perempuan. Kalau hang pergi, boleh tolong bawak budak perempuan." Ahmad terus membuka jalan kepada saya.

"Boleh juga. OK aku pergi esok pagi. Budak perempuan, bagi aku bawa."

"OK set. Aku suruh budak tunggu pukul 7.30 kat asrama. Nanti aku habaq kat Pengetua yang kita dua tak masuk LADAP esok."

Eh eh cikgu, kita dah langgar..... Detik kemalangan

Lambat sungguh budak-budak bersiap. Agak lama kami berdua menanti dalam kereta masing-masing. Lelaki lebih lambat bersiap. Bukan sebab berbedak, tapi sah-sah lepas Subuh lena semula di katil asrama, manakan tidak hujan gerimis bagai mengulit dan memanggil lena. 

Kami bergerak dengan kelajuan sederhana dalam renyai hujan. Saya seperti biasa, berborak dengan pelajar perempuan tentang peperiksaan, exco asrama baru dan sebagainya. Speedometer saya hanya mencatat bacaan 60-70 km/h waktu itu, mengekori kereta Ahmad di hadapan.

Tiba-tiba Ahmad brek mengejut di hadapan. Saya tekan brek sehabis daya, sehabis pedal. Tapi...
gummmm!

"Eh eh cikgu, kita dah langgar kereta Cikgu Ahmad." Tenang sahaja reaksi Amirah di sebelah. Saya pandang mukanya yang selamba. Masya Allah, macamana saya boleh tak perasan yang budak ni tak pakai seat belt sebenarnya! Selalunya kalau bawa pelajar itu perkara pertama yang saya paksa mereka buat apabila naik kereta saya.

"Alamak alamak alamak aku dah langgar kereta Ahmad! Matilaaaaaaah aku!"

Saya diam sekejap. Entah kenapa fikiran lebih terfokus kepada kereta di hadapan yang telah selamat saya langgar. Confirm kemek punya. Boleh tahan kuat bunyinya tadi. Nasib baik tak merempit dengan kelajuan 100 km/h, kalau tidak, mungkin saya dah....

Aku tiada perasaan~ Pasca kemalangan

Saya keluar dari kereta perlahan-lahan. Tak sanggup nak tengok kesan elastic collision yang berlaku tadi.
Kereta Ahmad kemek sedikit, dan bumper belakangnya dah lari dari kedudukan asal. Senget-benget. Ampunkan aku wahai kereta, sesungguhnya aku amat tak sengaja! Kereta saya? Erghhh...bumper depan terjongket, hancur. 

Rupanya Ahmad dah langgar sebuah kereta Viva di hadapannya. Kami di lane kiri, dia di lane kanan. Dia brek, tetapi tiba-tiba saja terus potong hadapan kereta Ahmad, masuk ke lane kiri dengan sempoinya. Sebab itu Ahmad brek mengejut. Kesiannya kawan saya, keretanya depan belakang kena hentam!

Saya malas hendak bercerita lagi tentang pemandu Viva yang pada saya amat pentingkan diri itu. Sudahlah tak mengaku salah, tak mahu ke balai, kawan saya pula yang kena bayar ganti rugi padanya. 

Lalu saya terpaku di tepi jalan, memandang lesu mekanik memotong bumper kerana kalau tak kereta saya tak boleh jalan, tayar dah melekat pada bumper yang kemek. Jangan lupa, perjalanan menghantar budak catur mesti diteruskan!

"Weh, kalaulah hang tak ikut aku hantar budak...." Ahmad menggaru kepala yang saya yakin tak gatal. Mukanya pun memang menunjukkan dia juga dalam penasaran.

"Tak apalah, benda dah nak jadi. Kesian kat hang la, aku langgar lagi..."



Mekanik potong bumper, ikat tali agar tak terburai di jalanan. Enjin masih tip top
OK mari kita teruskan perjalanan. Rasa macam bawa kereta antik.

Selesai semuanya, saya bertawakkal kepada Allah untuk memandu kereta rongak terus ke Titi Serong, dalam 20 km lagi ke hadapan. Saya kena kuatkan diri kerana saya tak mahu lebih menyusahkan orang.
Selamat sampai di Titi Serong, Ahmad hubungi kawannya yang boleh membantu kami. Lalu saya memandu lagi kereta rongak ke Ibu Pejabat Polis Trafik Bagan Serai.



Alahai DBT. Pilu hatiku melihatmu.

Ampunkan daku wahai PJW!

Alhamdulillah laporan polis tidak mengambil masa yang lama. Sebaik sahaja Encik Polis ambil lesen memandu saya, terus dia menukar dialek.

"Laa..cikgu ni ore Kelate ko? Eh, ore Kale Chepo?"

"Hor. Ore Kelate jugok ko?" Saya bertanya soalan bodoh. Takkan dia orang Uganda kot!

"Sekapung la kito ni. Rumoh mok sayo di Taman Seri dekat airport tu."

Alahaiiii betapa kecilnya dunia!

Selesai semuanya, datang pula Tuan Sarjan. Nampak bengis. Alahai takutlah juga saya memandang beliau. Lantas beliau mengarahkan saya dan Ahmad naik kereta polis.

Hah, naik kereta polis???!!

Alamak, apalah dosaku hari ini. Tak pernah seumur hidup saya naik kereta polis.

Ahmad pandang saya dengan pandangan yang amat blur.

"Weh, dia suruh kita naik," saya mengulang perintah Tuan Sarjan kasut berkilat itu.

Kami berdua naik. Kereta dipandu perlahan, merentasi semak-samun dan berek polis tinggal yang rupanya amat menyeramkan. Ke mana dia nak bawa kami?

Ya Allah selamatkanlah hamba-Mu ini dari sebarang kecelaan. Ahmad, apa-apa jadi hang kena selamatkan kawan hang ni dulu! Saya berdoa dan bermonolog dalam hati ketika ini.

Rupanya beliau bawa kami ke pejabat pegawai penyiasat di bahagian hujung sekali. Kuss semangat.

"Cikgu tunggu di sini dulu. Cikgu, ikut saya." Tuan Sarjan kasut berkilat mengarahkan saya menunggu di tempat menunggu yang boleh tahan seram juga sambil mengarahkan Ahmad masuk ke pejabatnya.

Kena soal siasat ke? Ke kena masuk lokap? Ke kena soal desak yang polis tumbuk-tumbuk meja tu? Takutnyaaaaa...! 

Hati saya melambung-lambung monolog. Antara saspen dan takut.

Saya buka selipar, cuba berjingkit perlahan ke arah pintu yang tertutup. Ada percubaan mengendap di situ. Saya dapat dengar suara Ahmad tapi tak dapat menangkap butir perbualan mereka. 

20 minit saya menanti dengan penuh penyeksaan jiwa di depan pintu misteri ini.

Akhirnya Ahmad keluar, tersengih-sengih. 

"Hang masuk je. Aku dah cerita semua dah kat dia."

Saya masuk dengan setertib mungkin. Nyaris tersadung kasut berkilat Tuan Sarjan di muka pintu.

"Minta lesen ya cikgu."

"La..rumah kat Pengkalan Chepa ke? Dekat UMK?"

"Ha'ah, dekat je."

"Ohhh..anak saya belajar kat situ. Bla bla bla..." (5 minit berkisah tentang anaknya yang belajar di UMK)

"Ayah kerja apa, kat mana?"

"Ayah cikgu juga. Mengajar di SMK Pengkalan Chepa."

"Ohhhh...saya tahu sekolah tu! Dah banyak kali pernah lalu masa pergi tempat anak. Bla bla bla..." (3 minit)

"Cikgu anak ke berapa?"

"Anak sulung dari tujuh, tuan."

"Ohhhhh...anak sulung. Baguslah. Kita sebagai anak sulung kenalah bla bla bla..." (5 minit ceramah bertajuk 'Jadilah Anak Sulung Yang Berwibawa')

"Bujang lagi? Bila nak kahwin?"

"Err..tak fikir lagi."

"Eh, kita kena fikir dan rancang bla bla bla..." (5 minit kursus 'Petua Mencari Jodoh')

Dalam hati saya -  Bila la Tuan Sarjan ni nak tanya pasal accident?

"OKlah cikgu. Dalam hal ni saya terpaksa saman cikgu sebab cikgu langgar kereta Cikgu Ahmad."

"Samanlah tuan. Saya memang dah bersedia untuk disaman. Saya dah la sebatang kara di sini, elok juga kalau tuan boleh bagi saya diskaun nanti...." Sempat aje, hehehe...

Phewww...lega! Saya melompat keluar dari pejabat Tuan Sarjan kasut berkilat dengan sekeping surat saman.

Tamatlah hari berkenaan setelah saya melambai perpisahan kepada DBT, sekurang-kurangnya untuk tiga minggu!

Syukur pada-Mu ya Allah. Dalam Engkau menguji aku, tak semua yang Engkau tarik nikmat-Mu dari aku. Sekurang-kurangnya aku masih boleh berlari dan melompat walaupun kereta dah remuk. Sekurang-kurangnya aku tinggal di kuarters sekolah dan boleh berjalan kaki atau tumpang jiran sahaja pergi kerja sepanjang ketiadaan kereta. Sesungguhnya Engkau benar-benar tidak akan menguji aku dengan apa yang aku tidak mampu menanggungnya!

Hati-hati di jalan raya. Jaga jarak anda.

Monday, September 24, 2012

Hari Ini, Saya....

1.   Sangat penat
2.   Sangat kelam-kabut
3.   Sangat banyak lupa benda itu dan ini
4.   Sangat tak organized
5.   Sangat malu sebab lambat datang sekolah dan semua admin ada di muka pintu pejabat waktu itu
6.   Sangat serabut dengan PBS
7.   Sangat rasa nak baling-baling evidens PBS English & PJK ke Sungai Kerian
8.   Sangat rasa nak tumbuk muka orang yang tengah mengumpat masa perhimpunan
9.   Sangat rasa nak telan budak-budak form 1 yang buat perangai dan tak dengar kata
10. Sangat banyak minum kopi
11. Sangat penat

Ya Allah, berikanlah aku kekuatan untuk bertahan...

Thursday, September 20, 2012

Busy, Busier, Busiest


This meal is for my busy time. Nasi lemak, just for an example.
Hello, what is sooo busy about being a teacher?
Simply to say, you'll never understand me if you're not part of this profession.
Busy here means, I still have workload to do - clerking work, marking papers, making question papers for quiz and test etc etc but I can do all of them at home where I can steal some time to cook!

So when I have chance to cook, I cook something that can be kept in the fridge as well.
So that I can reheat it whenever I need but have to time to cook proper meal.
This is for my busier time, when I come home from school at about 5 pm due to meetings, sports activities, invigilating, march training etc etc with super hungry stomach.
Ignore the menu, because I'm super simple in having meal when I'm alone.
But mak always said, don't do this frequently when you get married!
So I just secretly pray for a soulmate whose not too fussy in eating, hahaha!!!


And this is for my busiest time.
Taking this, not for the purpose of getting slimmer, but getting healthier.

Wednesday, September 19, 2012

In My Mind, I Want To Say...

do you care to mind your OWN  business?

Monday, September 10, 2012

What Do You Eat Today?


Setelah sekian lama tidak memasak secara proper. Here goes my nasi goreng udang.

Sunday, September 9, 2012

Diari Hujung Minggu


Tersandar keletihan di petang Ahad.

Jumaat :

8 am -12.15 pm - Chemistry Form 5 Paper 2 Trial SBP 2012 Workshop

Balik rumah, tidur sekejap, solat dan bersiap-siap.
Menu makan tengahari : Biskut Hup Seng cicah milo panas

3.30 pm - 5.00 pm - Chemistry Form 5 Paper 1 Trial SBP 2012 Workshop

5.30 pm - 6.30 pm - Kuliah Fiqh Muslimat di Kg. Tersusun

6.30 pm - Maghrib - Minum Brown Nescafe sambil borak dan melepas penat di rumah Kak As

Balik rumah, mandi, solat dan bersiap-siap. Telefon mak.
Siapkan material untuk kelas malam.

9.00 pm - 11.00 pm - Chemistry Form 5 Paper 3 Trial SBP 2012 Workshop

Balik rumah, iron tudung untuk kerja esok. Siapkan material untuk ke sekolah esok.

12.30 am - Tidur

Sabtu :

6.00 am - Bangun, mandi, solat, bersiap-siap. Hari ini sekolah ganti. Breakfast milo panas sambil tonton siaran ulangan 30 Minit Ustaz Don.

7.25 am - Baru nak terhegeh-hegeh ke sekolah.

7.30 am - 8.30 am - BerPJ di padang dengan tingkatan satu. Warm up, bola baling dan cool down, dengan berbaju kurung dan court shoes. Siap pakai nametag.

9.00 am - Rehat di bilik persediaan makmal. Makan nasi putih kuah kari dan ikan pekasam, Kak As bawa dari rumah. Lauk kampung yang ringkas tetapi terasa amat sedap. Alhamdulillah. Dah lama rupanya tak makan nasi.

8.30 am - 12.30 pm - P&P seperti biasa, ada 3 waktu kelas Bahasa Inggeris. P&P Kimia Tingkatan 5 dibatalkan kerana mereka ada bengkel Prinsip Perakaunan & Biologi. Lega. Masa yang ada diguna untuk uruskan 150 fail individu PBS Bahasa Inggeris pelajar tingkatan satu bersama Sir Asbol di library, dan uruskan 150 lagi fail individu PBS Pendidikan Jasmani, dengan bantuan pelajar.

12.30 pm - 1.30 pm - Lengkapkan buku rekod mengajar minggu ini dan taip rancangan mengajar minggu depan sambil sembang ilmiah makan biskut di makmal sementara menanti waktu pulang.

Balik rumah, solat. Terlelap sebentar di hadapan TV.

Bangun, kemas rumah. Mop lantai. Lipat kain baju. Kemas dapur. Buang sampah. Sapu laman. Sapu longkang. Cuci toilet. Phewwww~

Menu makan malam : Secawan white coffee panas

Mandi, solat, bersiap-siap. Telefon mak lagi.

9.00 pm - 11.00 pm - Chemistry Mega Revision, ulangkaji topik-topik penting yang susah difahami

Balik rumah, online sekejap. Baca buku yang dibeli hampir dua bulan lepas. Terlelap di ruang tamu.

Ahad

6.00 am - Bangun, mandi, solat. Kemas bilik tidur. Sidai baju. Breakfast nasi lemak + kopi panas.

9.30 am - Pergi kedai buku, pergi fotostat material, pergi beli bahan mentah di Pekan Semanggol.

10.30 am - Students datang rumah minta nak guna internet untuk isi borang matrikulasi. Masak. Sediakan material untuk kelas Bahasa Inggeris minggu ini.

1.00 pm - Short nap. Bangun, makan tengahari, mandi, solat, bersiap-siap. Angkat kain. Keluar ambil bahan fotostat dan singgah beli pisang goreng for the kids.

3.00 pm - 5.00 pm - Chemistry Mega Revision, focus on how to tackle questions from easy topics. Suara dah makin berapi-api lebih-lebih lagi bila pelajar asyik ulang kesalahan yang sama berkali-kali, dan lupa benda-benda yang mudah itu dan ini.

Saat menulis entry ini, mata sekali-sekala menjeling Oggy and The Cockroaches di TV. Malam ini ada lagi final revision class sebelum anak-anak menempuh kertas Kimia Percubaan SPM esok hari.

Allahu Allah. Permudahkanlah urusan mereka. Semoga semua penat lelah ini tidak sia-sia di sisi-Mu.

Wednesday, September 5, 2012

Time Flies...

Assalamualaikum everyone...

I just realized that it's been too long since the last time I wrote an entry here.
Sometimes there was a spark of idea to write something, but I'd been stuck with any other priorities outside which don't allow me to do so.
And sometimes, when I had a free, leisure weekend, I didn't even have a single word to be expressed and shared with everyone here.

Too much things happened in the last few months.

1. I'd finally moved to my new house, exactly on my 25th birthday last June - OK it's not totally mine, it's only a plain double-storey semi-D government's quarters, luckily it's still in school compound. After 8 months staying in the warden's house next to the girl's hostel, Allah gave me strength to make this decision. It's pretty good to move here, surrounded with greenery view which I like the most. Tranquility, that's the only thing I want to seek after having a tiring day at work. And since I moved here 3 months ago, ayah, mak and siblings visited me more frequently - they now have their own privacy here as I live alone in this house.

2. I'm now still in learning process of managing finance, household chores and workload.

3. I'm still unable to build passion in teaching English. English class is the time when I'll lost my potential energy. I hate teaching the kids to write essay the most. Oh goshhhh everything is negative-minded, please forgive me as I couldn't bear it anymore.

4. I had lost my cooking skill, honestly. Even cooking sardines in can is totally tasteless. Shhh...

5. I eat vegetables more now as my health concern is getting rise.

6. My brother Mudd has finally finished his degree and now waiting for his congregation day. My sister Abby is now in matriculation doing accounting. Syahirah is now thousand miles away from home, currently doing physics in Iowa, and I miss her so badly as now I have nobody to share my secrets to.

7. I'm now can slowly accept the the fate that, me and him, aren't meant to be together. 5 years of relationship had gone and what I have now are only memories. I planned, he planned, we planned but Allah's plan is surely the best for us, for me, for him too. I pray Allah may he find somebody else much better than me.

8. I think I am too old now, erghh.

InsyaAllah will try to update regularly, after this.

Tuesday, May 22, 2012

Bila Allah Menghantar Peringatan

Hendak jadi cerita, saya kehilangan dompet duit.
Tidak tahu bila hilangnya, sedar-sedar dah lesap dari handbag.
Selama hayat hidup, saya tak pernah kehilangan dompet.
Saya memang extra cermat jaga barang penting sebegitu.
Dan yelah, Allah belum mahu menguji saya.
Tapi kali ini nampaknya nasib tidak menyebelahi saya.
Saya syak saya tercicir dompet saya tanpa sedar.
Mungkin sewaktu beli barang, gopoh dan hendak cepat.
Syukur saya bukanlah jenis yang suka letak duit banyak-banyak dalam dompet.
Yang lesap bersama beg hanyalah sepuluh dua saja.
Tapi yang membuatkan saya termenung panjang dan sasau sepanjang hari
ialah hilangnya dokumen berharga.

1. IC - baru saja buat IC baru akhir tahun lepas, sebab IC lama gambar muka tengah bad mood, motif?
2. Lesen memandu - baru saja buat yang baru, sebab yang lama hilang juga, cuai!
3. Kad ATM - ada dua keping. Satu memang diguna, satu lagi memang tak berduit pun di dalamnya.
4. Kad membership Vern's (kedai kasut) dan The Body Shop - ini tak apalah, tak penting. Dunia semata.

Hilang tiga benda di atas, cukup untuk buat saya penasaran sepanjang hari!
Allahu Akbar. Hamba-Mu ini sungguh lemah bila berhadapan dengan ujian.
Tapi ada beberapa benda yang ada dalam dompet itu, yang menjadi tanda kenangan saya,
turut lesap bersama. Sungguh sendu lagi terkilan lagi ralat mengenangkannya.

1. Kad ATM Lloyds TSB Bank yang saya gunakan sepanjang waktu saya berada di UK dahulu.
2. Kad keahlian Malaysian Student Department UK-Ireland.
3. Newcastle University Student ID - ini memang paling diratapi kehilangannya!
4. 5 SIM cards talian telefon UK yang pernah saya pakai dahulu, tak penting.

Apa lagi hendak dikata. Benda dah jadi.
Redha tapi jauh di sudut hati saya masih berdoa agar dompet saya itu ditemui oleh orang yang jujur,
yang takut untuk pegang hak orang.
Silap saya, tidak letak apa-apa pengenalan tempat kerja atau alamat saya di sini.
Dan tidak letak nombor telefon juga.
Memang baik budi benarlah orang yang menemuinya jika dia sanggup poskan dompet saya ke rumah!

Apapun, saya anggap ini sebagai peringatan yang Allah hantarkan kepada saya.
Saya duduk diam bermuhasabah sendirian.
Mungkin kebelakangan ini saya banyak buat salah.
Mungkin kebelakangan ini saya lalai mengingati-Nya.
Mungkin kebelakangan ini saya kerja tak berapa ikhlas.
Mungkin kebelakangan ini saya banyak benci orang.
Mungkin kebelakangan ini saya banyak buat silap dengan orang tua saya.
Mungkin kebelakangan ini saya kurang berkongsi rezeki yang saya ada.
Dan macam-macam lagi.

Tiada lain yang saya harapkan, semoga Allah mengampunkan segala khilaf saya.
Saya hanya mahukan kehidupan yang diredhai dan diberkati.

Harta melimpah tidak bermakna kalau ketenangan tidak singgah di hati.
Hidup bermewah tidak bererti kalau tidak menemui kebahagiaan yang hakiki.

Tuesday, April 24, 2012

Busybody


Why do certain people love to embroider others' clothes while their own clothes get ripped and full of dirt?

Thursday, April 19, 2012

Kalau Dah Namanya Perempuan...

Alkisahnya, tayar kereta pancit semalam.
Entah sebab apa. bila buka tengok kena paku dan dawai.
Hadoi hadoi hadoi....!
Saya syak kena masa saya pusing kereta dekat garaj bengkel KH petang semalam.
Nasiblah, padahal tak keluar pun dari pagar sekolah semalam.
Kalau dah nak kena, akan kena juga.
Nasib baik juga tinggal dalam kawasan sekolah.
Boleh minta tolong pakcik guard yang baik hati.
Sebab satunya, saya belum sempat nak belajar dengan ayah cara nak tukar tayar.
Kedua, kerja sedemikian memang tak padan dengan kudrat saya yang senipis kulit bawang ni.
Mula-mula malas hendak beritahu mak.
Cakap dengan ayah saja.
Tapi rupanya mak tahu juga.
Semestinya mak risau, hehe.
Sebab mak memang cepat panik untuk situasi sedemikian.
Maka mulalah mak buka gelanggang pidato.
Yang membawa tajuk
'Perlunya Mencari Teman Hidup Terutama Apabila Usia Sudah Menginjak Suku Abad dan Sila Jangan Buat Dek Saja Bila Cakap Pasal Kahwin'
Adui adui adui...oh mak!
Sampai masanya saya akan kahwin juga.
Buat masa ini, saya selesa begini.
Biarlah saya merawat luka di hati dahulu.
Er...apa kena-mengena tayar pancit dengan kahwin?
Mak kata, kalau kahwin mak tak risau sangat.
Sebab ada orang tolong jagakan.
Tak apa mak, bukankah lebih baik kita berserah dalam jagaan Allah?
Hehe..auta memang nombor satu.
OK. Peristiwa ini telah membawa saya kepada satu resolusi.
Saya nak belajar lebih banyak pasal kereta.
Bukan setakat tahu drive dan kenal accumulator saja.
Moga diberi keizinan oleh-Nya.
Ya Allah, berkatilah hari-hari kehidupanku.

Sunday, April 1, 2012

I Miss My Childhood Time


Secara tak sengaja saya menemui ini di timeline FB seorang teman.

Masya Allah...sangat tepat pernyataannya, untuk mereka yang lahir di zaman 70 dan 80-an, walaupun saya sudah tergolong dalam mereka yang lahir di lewat era 80-an yang masih bersekolah di era milenium, namun masih merasa tempiasnya.

Zaman kanak-kanak dan awal remaja yang sungguh indah. Kami memang generasi terakhir yang membesar dengan bermain di jalanan dengan bebas dan riang, berlari-lari di tepi batas sawah keliling kampung, sama-sama comot dan selalunya tunggu hendak dimarah atau dikejar dengan buluh oleh orang tua baru hendak terhegeh-hegeh pulang ke rumah apabila senja menjengah. Tiada satu apa pun yang menghalang keriangan dan kegembiraan kami di waktu itu.

Zaman kanak-kanak saya belum dicemari dengan PS1, PS2, PS3, PSP dan pelbagai lagi permainan video yang melekakan. Kalau ada pun cumalah brick game yang main susun-susun bata hitam putih itu. Itu antara satu-satunya permainan elektronik yang saya ingat. Belum kenal Angry Bird dan lain-lain yang sama waktu dengannya. 

Zaman kecil yang indah. Sewaktu fenomena nasyid pada tahun 1996 dengan kemunculan kumpulan Raihan, kami turut sama menggilainya. Masa itu belum ada YouTube di rumah untuk mencari video, belum ada 4shared di alam maya untuk download lagu. Perkataan download pun tidak tahu. Puas mendengar kaset, saya, adik dan sepupu beli kaset kosong di kedai runcit dan rakam lagu sendiri. Kemudian kami ketawa bersama. Sekali lagi, di waktu itu, tiada apa yang membataskan keriangan hidup kami meskipun urbanisasi teknologi belum menular sepenuhnya.

Kami jakun telefon bimbit. Tapi hidup tak pernah gusar tanpanya. Lima tahun tinggal di asrama, tak pernah sekali terasa susah atau terputus hubungan dengan dunia luar. Malah persahabatan tetap setia, hubungan dengan yang jauh tetap terjalin mesra, dan hidup kami tidak dicemari dengan SMS bahasa rojak lagi ringkas apalagi SMS/MMS yang tidak sepatutnya mencemari minda. Di waktu itu, kami tetap bebas meneroka dunia. Telefon bimbit pertama yang saya miliki ialah selepas SPM, sewaktu hendak melanjutkan pelajaran ke matrikulasi. Itupun beli handphone second hand dengan duit simpanan sendiri.

E-mail address pertama saya - creamcracker87@hotmail.com didaftarkan semasa di Tingkatan 1, iaitu pada tahun 2000. Tapi oleh kerana di rumah masih belum ada kemudahan internet, maka email itu akhirnya lupus begitu sahaja. Begitu juga email seterusnya elle_scape@excite.com - yang didaftar tanpa tujuan hidup yang nyata, juga padam begitu sahaja. 

Zaman mIRC chatroom melanda, setiap kali kelas komputer di Naim Cyber Centre (sekolah saya dah ada cyber cafe sendiri di tahun 2000) curi-curi chatting dengan entah lelaki dari laut mana. Oleh sebab usia masih mentah pada waktu itu, sekolah pula perempuan semua, maka amatlah mudah ditimpa khayalan perasaan semasa era berchatting. Nasib baik tak melarat. Kelakar sungguh kalau diingat.

Tapi sekarang, zaman sudah berubah, dunia sudah maju. Tidak boleh lagi hendak menyamakan kini dan dahulu. Modenisasi ini banyak manfaatnya, namun tidak terkecuali dalam hal mengubah perwatakan manusia.

Generasi Y, jangan sampai kamu lemas dalam kepesatan urbanisasi yang membesarkanmu sendiri!

Tuesday, February 21, 2012

Story of Demotivation

If what's ahead scares you and what's behind hurt you,
then just look above,
Allah never fails to help you

Monday, February 20, 2012

Jumud

Masalah akan berlaku
Apabila orang-orang yang punya ilmu agama
Tapi menjadikan dan menampakkan Islam itu
Sebagai sesuatu yang susah, rumit dan menyukarkan
Punya ilmu agama berjela
Tapi sayangnya akhlak dan tindakan tidak mencerminkan ilmu di dada
Anda jumud bila menjadikan bangsa sebagai sempadan batas dalam menilai manusia

Sedangkan Rasulullah, kekasih Allah yang mulia
Tunduk memberi makan pada si Yahudi yang buta

Dan tidakkah anda tahu yang kerja itu adalah amanah-Nya
Dan di hadapan Allah tiada apa dari amalan kita yang terlepas dari pandangan dan perhitungan-Nya
Sungguh hidayah Allah itu tidak semestinya singgah pada hati mereka yang punya ijazah agama


p/s : Saya tak punya apa-apa. Punya kekurangan dan kelemahan semata. Tapi maafkan saya jika perasaan hormat saya menurun kepada mereka yang punya ilmu agama, tapi berakhlak sebaliknya. Sama-sama muhasabah diri. Semoga kita semua tidak tergolong dalam golongan orang yang sia-sia dan rugi.

Saturday, January 28, 2012

Kau Mampu Patahkan Sayapku..

Kau mampu tambatkan kedua kakiku
Namun kau tak akan dapat
Mematahkan semangatku untuk hidup...

Monday, January 23, 2012

I Prefer To Live There. In Fact, I Don't Mind Staying There Forever...

Sejak balik bercuti beberapa hari ni ramai pula yang bertanya

"Tak rasa nak pindah Kelantan ke?"
"Tak rasa nak balik mengajar dekat kampung sendiri ke?"
"Tak boring ke duduk tempat orang?"
"Tak plan nak minta tukar ke sini?"

Sejujurnya, jawapan kepada semua persoalan di atas ialah TIDAK.
Memang pelik kerana ramai yang tahu sebelum ini saya seorang yang kaki 'balik rumah'
Pantang cuti menjengah maka saya akan pulang tanpa berlengah
Tapi nampaknya kehidupan sekarang telah mengubah saya dengan agak banyaknya
Saya cintakan daerah yang saya diami sekarang
Saya lebih suka tinggal di desa, jauh dari hiruk-pikuk dan kesesakan kota
Dan di daerah saya ada banyak tempat untuk saya pergi menenangkan jiwa
Mentadabburi alam memuji kebesaran Yang Maha Pencipta
Sejujurnya saya jatuh cinta dengan daerah ini
Lalu tiada sebab untuk saya pergi dari sini

Kalaupun balik berkhidmat di kampung halaman
Saya tidak fikir saya akan sebahagia ini
Dari kesesakan jalan hinggalah ke sistem kerja
Semuanya bakal menyakitkan kepala
Kalau ditakdirkan tidak dapat bertukar tempat kerja pun tidak mengapa
Saya tidak kisah untuk tinggal di sini selama-lamanya
Dan sesekali pulang menjenguk orang tua
Hidup terlalu singkat untuk dirumitkan dengan benda yang tidak perlu difikirkan
Terima kasih Allah, kerana menghantar saya ke daerah ini
Sudah tentunya syukur saya tidak pernah akan mencukupi


Wednesday, January 18, 2012

Mana Lagi Baik...

Sibuk buat kerja

Buat-buat sibuk

Atau jadi penyibuk?

Tuesday, January 10, 2012