Tuesday, December 28, 2010

Tak Ada Tajuk

Kadang-kadang...
rasa tak mahu jadi penjawat awam!

Saturday, December 25, 2010

Balik Kampung!

Baru-baru ini baru dapat peluang balik kampung. Di tengah-tengah musim tengkujuh yang hujannya tidak mengira waktu, maka memanglah seronok sakan. Nenek pula seolah-olah hendak berkhemah saja di dapur, bersemangat menyediakan bermacam-macam benda untuk menjamu cucu-cucunya ini.

Ayam percik makan-tak-toleh-kiri-kanan

Belut masak merah makan-hingga-menjilat-pinggan

Ikan haruan dan puyu goreng garing rasa-nak-makan-sekali-dengan-tulang

Menu baru : Ikan cencaru sumbat sekali-makan-sekilo-ikan-pun-habis

Ikan cencaru sumbat

Bahan :

4 ekor ikan cencaru
4 helai daun limau purut dihiris nipis
2 biji limau nipis

Bahan kisar :

10-12 biji bawang merah
6 biji cili merah
1/2 inci halia
2 batang serai
1 kuntum bunga kantan

Siang ikan cencaru, koyakkan kulit tebalnya. Letakkan di atas aluminium foil yang beralas daun pisang. Ratakan bahan kisar di atasnya, taburkan daun limau purut dan perahan limau nipis. Balut dan bakar sehingga masak. Makan panas-panas, memang tak toleh kiri kanan dah!

Monday, December 13, 2010

Glückwünsche Jungvermählten

Selamat pengantin baru buat sahabat kesayangan, classmate, ex-roomate, bed-time-story-mate saya - Nuraya & classmate sejak zaman dahulu kala - Burn. 5 tahun mengikat cinta, akhirnya Allah mengizinkan apa yang telah tersurat pada takdir-Nya untuk kalian berdua.

Semoga berbahagia hingga ke syurga, dikurniakan zuriat penyambung keturunan yang soleh solehah, yang menjadi mujahid mujahidah pembela agama Allah suatu hari nanti, insyaAllah.



Nota Kaki : Ya, dok dang nok buat oreo cheesecake feveretmu, later neh? ;)

Wednesday, November 24, 2010

From A Teacher's Diary

Luckily semester 1 had gone so fast.

Starting from 9 August till 16 November 2010, it was just like a blink of eyes. Too much things happened in too little time.

What can I say is, if you love challenge, try for KPLI. Then you'll know how 'easy' life gets.

So here goes my Semester 1 Journal.

9th August - Registration & Induction

12th August - My very first lecture in IPDA

22nd August - 2nd September - Rancangan Orientasi Sekolah at SMK Ismail Petra

19th September - Sambutan Aidilfitri Peringkat IPG

Raya celebration - not bad because of free scrumptious food!

27th - 30th September - Kem Bina Insan Guru (BIG)

BIG - everyone is the organiser, participant, cook, performer, free-faller, jungle trekker etc

Participants of BIG Siri 7/2010

Masuk air, masuk gua, masuk hutan, masuk kebun, masuk sawah

Enjoying every single step of trekking.

Free-falling. Where my confidence level turns negative. Acrophobia!

In the middle of semester, here goes the workload that we had to accomplish!

Ada berani?

1st & 8th October - Kursus Kepegawaian Kejohanan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM)

9th October - KOAM Examination

6th October - Landscape designer for IPDA Main Hall, for IPDA's 20th Celebration

Versatile teachers can turn themselves into gardeners!

10th October - Sambutan 20 tahun IPDA

I hate this day the most for some personal reasons.

Flexible teachers can turn themselves (again) into waiters!

29th October - Volleyball Mini Tournament

31st October - 3rd November - Perkhemahan Pentauliahan Leftenan Muda KRS

Teachers have unlimited task. So you can guess what this title for.

With the Higher Officers of KRS

8th November - Chemistry Macroteaching & Helping the Flood Victim at Taman Darulaman

Teaching aids for my tandem teaching.

12th November - A day full of volleyball!

13th November - Mini Olahraga for KPLI

Group 6, 5th place.

Yes, I kept smiling in every photo captured, but actually...

this is the real me.

Tired, flattened and exhausted.

May Allah count all the good things we'd done as ibadah.

Bukan senang nak jadi CIKGU.

Monday, November 1, 2010

Bolehkah Saya Berlapang Dada?


Sekurang-kurangnya saya tahu, blog bersawang saya ini akan mendengar dan memahami.

I

Kalau hendak diletakkan perbandingan, saya terang-terangan akan mengatakan kehidupan saya sekarang adalah yang paling corot dan yang paling saya tidak mahu kenang atau ulang.
Adalah tidak adil untuk saya membuat suatu relatif dengan kehidupan zon selesa saya di UK, tetapi keadaan hari ini tidak pernah sama sekali saya bayangkan akan berlaku, walaupun sedari mula saya sudah menyiapkan mental-emosi saya agar sentiasa berhusnu zhon dengan kehidupan ini.

II

Setiap saat adalah saat yang tertekan, memenatkan, penuh benci, tiada motivasi, bimbang, keliru dan terumbang-ambing. Sudah terlalu lama saya tidak bangun pagi dengan perasaan positif dan tidak sabar menghadapi hari yang akan dilalui. Saya sangat-sangat rasa TERPAKSA.

III

Provokasi yang merudumkan motivasi.

IV

Double-standard ada di mana-mana.

V

Kegagalan untuk menerima dan mengadaptasi budaya. Institut pendidikan guru bukankah sepatutnya mementingkan nilai Islam dalam segala aspek untuk membentuk peribadi guru cemerlang?

VI

Tapi sekurang-kurangnya saya bertuah punya lingkungan sahabat seperjuangan yang sentiasa memberi motivasi dan menceriakan hari. Yang sama-sama jatuh bangun bangkit kembali. Everyone has his bad day, tapi walau serabut mana pun saya, tidak pernah dalam sehari saya tidak mampu tersenyum dan ketawa. Alhamdulillah.

VII

Hargailah kehidupan. Live life to the fullest by making every single day meaningful. Allah mencintai hamba-Nya yang bersabar dan bersyukur. Muhasabah hari dan berusaha memperbaiki. Jangan lupa, doa senjata orang mukmin.

Monday, October 18, 2010

Nikmat yang Telah Hilang

Saya rindukan masa lapang untuk saya lakukan sesuatu selain dari apa yang saya lakukan sekarang.

Saya rindukan suasana bangun pagi yang tiada tekanan dan tidur yang bebas dari igauan wajah-wajah pensyarah dan timbunan kerja kursus yang tidak terdaya dicapai dek tangan.

Saya rindukan kesempatan untuk menyudahkan cerita-cerita saya yang bersusun di draf blog.

Takdir Allah menentukan saya sampai ke sini.

Dan saya benar-benar diuji dengan masa.

Dan saya tenggelam sama sekali dalam kehidupan yang penuh permainan dan senda gurau.

Ya Tuhan, gapailah kembali tangan dan hati hamba-Mu yang lemah ini, kembali dekat dengan-Mu.

Friday, September 10, 2010

Klung-Kleng Puasa

Alhamdulillah tahun ini dapat berpuasa tiga minggu di rumah, dengan dua minggu daripadanya merupakan latihan untuk masa depan - saya bangun bersahur seawal 5 pagi, ke sekolah jam 7 pagi dan pulang jam 2 petang, tolong mak memasak juadah berbuka, berterawih dan tidur seawal mungkin kerana kepenatan. Erghh...baru dua minggu dah pancit, dah beranak-pinak nanti macamanalah agaknya!

Cuba masak ikan keli goreng berlada, slurpp. Ikan keli segar dari kolam. Hadiah dari bakal menantu mak, hehehe.

Ikan keli goreng berlada baik punya

Dah jemu masak daging goreng, singgang daging dan gulai daging, gatal tangan mencuba daging masak tiga rasa. Resepi hentam sajalah labu!

Daging masak tiga rasa

Teringin pula nak makan kuih home-made instead of tunjuk kat bazar Ramadhan. Maka terhasillah onde-onde sebesar penumbuk ini.

Onde-onde Rumah

Lepas tu cuba lagi sotong goreng tepung berempah. Last time buat dekat Newcastle dulu. Adik-adik memang suka benda ni. Tapi macam tak ngam sangat dengan nasi, sesuai diratah begitu sahaja.

Sotong goreng tepung berempah

Friday, September 3, 2010

Diari ROS 4

Alhamdulillah, ROS sudah berakhir semalam.

Terlalu banyak ilmu dan pengalaman baru yang tidak mungkin dapat saya beli di mana-mana, telah saya pelajari sepanjang 9 hari di sini.

Sehari sebelum ROS melabuhkan tirainya, saya dan kawan-kawan menyertai majlis khatam al-Quran dan ceramah Nuzul al-Quran di sekolah, bersama pelajar dan guru-guru lain. Dapat hadiah murtabak raja pula dari Badan Kebajikan Staff, hehe.

ROS berakhir, namun tugasan saya tidak terhenti setakat ini. Banyak lagi yang perlu saya lakukan untuk menyiapkan folio ROS yang tebal lagi mengerikan itu.

Semangat? Setakat ini alhamdulillah semangat saya naik sedikit dari hari pertama saya tiba di sekolah minggu lepas. Saya hanya berdoa semoga Allah terus kukuhkan semangat dan keazaman saya untuk meneruskan langkah ini.

Warga SMKIP, hanya Allah yang dapat membalas budi baik kalian!

Hari terakhir ROS bersama guru praktikum IPG KB

Monday, August 30, 2010

Menghargai 10 Malam Terakhir


Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

Mari kita bersyukur atas nikmat dan rahmat-Nya kepada kita, yang masih mengurniakan kesihatan yang baik, tenaga yang tidak berkurang serta usia yang masih berkesempatan untuk mengecapi nikmat Ramadhan.

Mari menghargai nikmat-nikmat ini dengan melipatgandakan amalan semampu mungkin.

Ala, terawih je tak cukup ke? Malam-malam terakhir ni la nak pulun menyulam baju, menguli kuih raya, menjahit ropol langsir!

Tapi, peluang keampunan dan kerahmatan yang Allah berikan ini, yang belum tentu menjadi milik kita untuk Ramadhan berikutnya, haruskah dilepaskan begitu saja?

Selamat mencari diri di 10 malam terakhir.

Sunday, August 29, 2010

Three


3 years have gone so fast, growing old, sharing all the happiness and tears.


Wahai Yang Maha Pengasih,
dengarlah rayuan hati-hati hamba-Mu ini.

Wednesday, August 25, 2010

Diari ROS 3

Saya sangat berharap dan berdoa agar hari ini lebih baik dari semalam.

Alhamdulillah, Allah mendengar rintihan hati saya.

Saya menerima memo guru ganti lagi hari ini. Juga mengawas peperiksaan pra-PMR. Dan kali ini, saya yang akan memulakan peperiksaan berkenaan. Selalunya saya hanya menyambung pengawasan dari guru sebelumnya, dan giliran saya tamat sebelum peperiksaan berakhir, jadi agak mudahlah kerja saya.

Jenuhlah saya mengingat kembali apakah prosedur-prosedur yang guru-guru saya pernah buat dulu setiap kali hendak memulakan peperiksaan.

Ya Allah, bantulah aku dalam setiap detik urusanku. Hanya pada-Mu aku bergantung harap.

Jam 11.35, saya masuk ke Tingkatan 3 Ibnu Hayyan dengan sebeban kertas peperiksaan Geografi. Pelajar-pelajar masih dengan buku-buku mereka, menelaah di saat-saat terakhir.

Selepas memberi salam, ketua kelas seperti biasa akan membacakan doa. Tapi tiba-tiba saja doa diaminkan tanpa sempat saya mendengar apa-apa kalimah dibaca.

"Aik, mana doanya?"

"Dah habis cikgu!"

"Macamana saya nak aminkan doa kalau saya tak dengar. Sekali awak semua doakan saya tersadung tangga, matilah saya kalau saya aminkan," saya sengaja menyakat mereka, cuba hendak meredakan kelat-kelat stress yang terlukis di wajah sesetengahnya.

Lalu mereka beramai-ramai dengan sepakat membawa berkatnya mengulang doa berkenaan, dengan nyaring sekali. Hendak terketawa pun ada, memang susah betul untuk saya buat riak wajah serius kalau mood saya tengah baik.

"Amiiiinnn." Saya mengaminkan doa mereka.

"Terima kasih kerana baca doa, mudah-mudahan Allah makbulkan permintaan awak semua, diterangkan hati untuk jawab periksa."

"Amiiiiiiinnn." Mereka mengaminkan doa saya pula.

"Baiklah, simpan semua buku, nota, contengan, atau apa-apa yang berkaitan dengan Geografi. Semua dah habis baca kan?"

"Belum cikgu, susahlah!" Seorang pelajar lelaki menjawab sambil menggaru-garu kepalanya.

"Doa dan cuba dulu, ni kan dah pra-PMR. Dah banyak kali exam kan? Kalau tak boleh, baru keluarkan senapang, M16, machine gun untuk menembak!"

Beberapa pelajar tersengih-sengih memandang saya. Tanpa berlengah saya segera mengagihkan kertas soalan dan jawapan sebelum terus memulakan peperiksaan.

"Cikgu, soalan saya tak cukup!" Seorang pelajar lelaki mengangkat tangan.

"Soalan yang mana?"

"Soalan 61 cikgu!" Jawabnya sambil tersengih-sengih. Seisi kelas ketawa. Tiba-tiba saya teringat yang kertas Geografi PMR hanya mempunyai 60 soalan sahaja.

"Soalan 61 reka sendirilah. Awak pandai kan?" Saya membalas dengan nada yang sengaja disiniskan.

Kena lagi aku!

Oh, betapa perlunya kemahiran komunikasi dan psikologi dengan pelajar!

Peperiksaan akhirnya berlalu baik sehingga guru berikutnya datang untuk menggantikan tempat saya.


Moral untuk hari ini, saya perlu belajar untuk mengawal riak wajah, agar kelihatan sedikit serius dan bukannya budak mentah yang berani digula-gulakan oleh pelajar, dan saya perlu mendalami kemahiran komunikasi dan interaksi dengan pelajar. Segera!

Monday, August 23, 2010

Diari ROS 2

Hari ini hari kedua saya menjalani ROS.

Hari ini saya belajar tentang satu perkara. Belajar menjadi rumput.

Pagi-pagi lagi saya menerima memo guru ganti untuk mengawas peperiksaan pra-PMR tingkatan tiga. Waktu pengawasan saya, yang tertera di jadual berkenaan ialah pada 10.40 pagi.

Jam 10.20 pagi, saya membantu beberapa orang guru sains menyusun kertas soalan peperiksaan Sains di bilik guru. Sedar yang saya ada lebih kurang 15 minit sebelum naik ke kelas tingkatan tiga, lima minit lebih awal kerana saya tidak mahu membuatkan guru yang bertugas sebelum saya menunggu terlalu lama.

Kemudian ada dua orang pelajar datang.

"Cikgu, siapa yang jaga kelas 3 AF? Cikgu A dah lama tunggu."

Cikgu B, yang menyerahkan memo guru ganti kepada saya pagi tadi, menjawab bagi pihak saya,

"Pukul 10.40 kan? Sekarang baru 10.25. Cikgu ni yang jaga, sekejap lagi dia naiklah."

Dua orang pelajar itu beredar. Selang beberapa ketika saya nampak Cikgu A meluru masuk ke dalam bilik guru.

"Siapa Cikgu ROS 3?" Soalnya dengan kasar sambil bercekak pinggang. (Cikgu ROS 3 adalah merujuk kepada saya.)

"Saya."

"What are you doing here? You're supposed to be in the class right now kan?" Wah, bukan main lagi dia 'menyembur' saya di hadapan beberapa orang guru lain, termasuk guru-guru lelaki. Cikgu B yang tadinya membacking saya di hadapan pelajar terus terdiam tak terkata.

Tua tak tua, senior tak senior. Pantang benar aku dengan orang yang marah tak tentu hala atas muka, depan orang macam ni!

Saya keluarkan jadual yang ada pada saya dan tunjukkan padanya.

"I know, but it supposed to be 10.40. I was told that I've to be there by 10.40, so as stated in this memo," saya menjawab, cuba seboleh mungkin mengawal intonasi suara agar tidak berbaur emosi. Walaupun hati saya panas, tapi saya tak mahu menjadi petrol yang menyimbah ke dalam api yang sedang marak.

"Jadual dah berubahlah! I've been waiting for you to take over the class since 10.10. Your friend called you kan? Tak tengok phone ke?!"

Saya menggagau handphone yang silent di dalam beg dengan perasaan geram dan kesal. Memang ada 2 missed calls dari Fasyareena, 5 minit lepas.

Apalah dosa aku hari ni, isk!

Cikgu B yang menyerahkan memo guru ganti kepada saya tadi cuma membisu, dan hanya berpandangan dengan rakannya yang seorang lagi.

Saya malas hendak bersoal jawab lagi.

"Dia tengah buat kerja tadi, manalah sempat nak tengok phone," Alhamdulillah, Cikgu B akhirnya membela saya.

Cepat-cepat saya capai fail dan handbag. Lagi lama saya di sini, lagi terbakar rasanya. Saya takut nanti saya berlaku biadap pula dengan orang yang sepatutnya saya hormati. Baran saya pun boleh tahan juga, jadi baik saya angkat kaki!

"I'm really sorry if that was my mistake. Saya hanya ikut memo yang dapat dari PK 1, kalau saya dah salah faham, saya minta maaf."

Cikgu A berlalu pergi sebelum sempat saya habis berkata-kata. Cikgu B memandang saya. Ada raut simpati di wajahnya.

"Sabarlah, kita kalau kerja memang akan ada keadaan macam ni," pesannya.

"Tak apa Kak B. Saya faham."

Saya tidak mahu menuding jari menyalahkan sesiapa. Mungkin ini 'pelajaran' untuk saya hari ini, bahawa itulah realiti kerja yang akan saya hadapi tidak lama lagi.

Saya bersyukur, kerana sekurang-kurangnya saya mampu bersabar dan memegang utuh pesanan emak pagi tadi sebelum saya keluar ke sekolah,

"Jangan tunjuk besar kepala, kita orang baru kena bersedia untuk ditegur. Kalau ada apa-apa, kawal marah tu sikit."

Jangan berat untuk menundukkan ego. Jangan berat untuk merendah diri. Tapi jangan takut untuk menyuarakan prinsip yang benar.

Jadi seperti rumput yang melata di bumi, duduknya merendah namun tak luruh dipukul ribut!

Sunday, August 22, 2010

Diari ROS 1

Hari ini saya memulakan tugas sebagai pemerhati di SMK Ismail Petra, dan akan berada di sini selama 9 hari untuk Rancangan Orientasi Sekolah (ROS) bagi memenuhi syarat-syarat lulus Kursus Perguruan Lepasan Ijazah yang sedang saya ikuti, dan juga bagi melayakkan saya menjalani praktikum Januari depan, dan seterusnya memberikan lesen kepada saya untuk menjadi seorang pendidik.

Hujan renyai sepanjang hari ini. Semendung semangat saya kepada dunia keguruan ini.

Saya sepatutnya melangkah ke sekolah pagi ini dengan perasaan penuh teruja, tapi sejujurnya, ia hampir menjunam ke paras kosong. Ya, kosong!

Ya Allah, berilah sedikit kekuatan kepada saya untuk melangkah.

Alhamdulillah, pentadbir sekolah dan guru-guru (ie teman-teman sepejabat baru) semuanya memberikan kerjasama dan semangat yang cukup padu. Saya dapat ramai teman baru di kalangan guru-guru perempuan di bilik guru, baik yang sudah masuk kategori senior mahupun yang masih muda, semuanya tidak lekang dengan pelbagai nasihat untuk orang baru yang masih hijau seperti saya.

Sepanjang hari ini kerja saya bersama Fasya dan Fatihah banyak bertumpu kepada school tour dan sesi fotografi, selain diminta bertugas mengawas peperiksaan pra-PMR tingkatan tiga dan menolong guru-guru sains menyediakan kertas soalan peperiksaan.


Tiap patah doa kesejahteraan mulia "Assalamualaikum cikgu!" yang diucapkan oleh para pelajar yang berselisih bahu dengan saya, melahirkan satu perasaan yang tidak mampu saya ungkap dengan kata-kata.

Pengalaman baru, semestinya untuk setiap saat yang berlalu. Saya mengharapkan hari seterusnya lebih baik lagi, dan akan kembali menaikkan semangat saya yang senipis sel epitelium ini.

Berkali-kali saya memotivasi diri sendiri.

You're doing such a noble job. Allah will count every single word that you teach to your students, insyaAllah. Ikhlaskan niat, semoga ini ketentuan yang terbaik untuk diri, semoga apa yang saya buat ini akan menjadi pemberat timbangan amal saya di akhirat nanti!

Siaran langsung dari bilik guru SMK Ismail Petra

Friday, August 20, 2010

This Is Me


Tuesday, August 10, 2010

The Teacher's World, Here I Come

Welcoming myself to the whole new world, totally entirely different.

Hari ini Kedah cuti Awal Ramadhan, alhamdulillah. Bolehlah bernafas dan berkemas 'dorm' dulu sebelum mula kuliah Ilmu Pendidikan esok. Moga Allah mudahkan segala urusan.

Selamat berusaha menjadi skema kepada diri sendiri, untuk menjadi warga IPG yang berwibawa dan berintegriti.

ps : Perkataan 'integriti' telah disebut lebih 80 kali semasa taklimat Pelan Integriti Nasional Minggu Pengurusan Pelajar Baru.

Saturday, July 24, 2010

Pot Pet Pot Pet

Aduh!

Sebesar-besar alam terpampang "Ladies Coach" - dalam Melayu, Inggeris, Arab, Cina, Siam - ada juga spesis lelaki muka tembok duduk berdiri bersiul di dalamnya?

Nak kata buta, elok aje celiknya!

Rosak hangin di pagi-pagi buta, jumpa orang tak reti bahasa!

Dari Shah Alam ke KL Sentral, akan timbul persoalan ini di benak sesiapa - ini Malaysia ke Jogjakarta dong?

Dari Masjid Jamek ke LRT Bandaraya - sudah sampai Yangon ke ni ek?

Dan bila komuter berhenti di Stesen Keretapi Lama Kuala Lumpur - menyerbu masuk segerombolan yang berkulit hitam, juga ke dalam Ladies Coach (maka tak hairanlah kalau mereka tak faham bahasa kan)

Bukanlah hendak menyokong Apartheid, tapi, macam dah sesat seorang diri kat Abuja je rasanya.

Pergilah ke hala mana, semacam tiada tempat selamat lagi.

Tiada siapa yang boleh dipercayai.

Oh, apalah nak jadi!

Friday, July 9, 2010

Sayonara

10 July 2010

1340 Newcastle-London Heathrow

2200 London Heathrow-Kuala Lumpur

11 July 2010

1535 BST/2235 BST+7 Kuala Lumpur-Kota Bharu

Cause I'm leaving on a jet plane
Don't know when I'll be back again
Oh babe I hate to go :'(

Wednesday, July 7, 2010

End of My Journey


Alhamdulillah.
This is specially dedicated to ayah, mak & my siblings.
All of my beloved are not around for my big day,
but this priceless moment is for you!

Sunday, July 4, 2010

Au Revoir

Ada banyak perkara yang berada dalam fikiran saya.

Hari-hari terakhir di sini akan berlalu dengan sekelip mata.
Konvokesyen, meraikan tetamu dan berkemas sebelum mengucapkan sayonara.
Menghela udara musim panas British sepuasnya.
Melihat sekeliling dan menghargai segalanya.
Semuanya harus saya rakam kemas dalam kotak minda.
Kerana entah bila lagi saya akan menjejakkan kaki semula.
Atau mungkin juga tidak lagi untuk selamanya.

Saya akan rindu luruhan daun keemasan.
Saya akan rindu putih salju berhamparan.
Saya akan rindu jambangan segar bungaan.

Saya akan rindu jejak jalanan yang saya tempuhi saban hari.

Tapi yang paling saya akan rindui
Adalah sebuah ukhuwwah yang tidak pernah bertepi.

Yang tidak pernah mengukur masa.
Yang tidak mengenal kau siapa, aku siapa.
Yang tidak mungkin dapat dibeli di mana-mana.

Kerana kalian,
sahabat teristimewa yang Allah anugerahkan untuk insan kerdil seperti saya.

Atas ukhuwwah yang berpaksikan aqidah
Atas silaturahim yang bertunjangkan mahabbah

Saya sayang kalian semua, kerana Allah.

Kerana kalian adalah sebahagian dalam kehidupan saya.

Berpisah kita cuma di mata
Dalam doa tak pernah dilupa
Berpisah kita cuma di dunia
Moga Allah satukan di syurga.


Abu Hamzah Anas bin Malik r.a., who was the servant of the Messenger of Allah, reported that the Prophet SAW said :

None of you truly believes (in Allah and in His religion) until he loves for his brother what he loves for himself
[al-Bukhari & Muslim]

Friday, July 2, 2010

Sampai Bila?


Penantian itu satu penyeksaan.

Monday, June 28, 2010

Kuih Lapis vs Apam Balik

Akhirnya hasrat untuk belajar buat kuih lapis tertunai juga!

Bergurukan Kak Nasriah yang memang hebat dalam arena membuat kuih tradisional dengan cara yang moden dan cepat, maka memang berbaloi-baloilah menuntut ilmu dengan beliau.

Ye puan-puan, di zaman teknologi canggih ini, dengan nak kerjanya, nak pergi kursusnya, nak layan suami dan anak-anaknya, maka kenalah kreatif macam Kak Nas untuk meringkaskan cara membuat kuih tradisional seumpama ini tanpa mengubah keaslian rasanya. Kalau nak ikut metodologi membuat kuih warisan Opah atau Tok Wan yang banyak peringkat, pantang-larang dan cerewetnya, haruslah saya tak akan ada masa nak buat dan alamatnya memang saya akan beli kat kedai je!

Selain kuih lapis, Kak Nas dengan murah hatinya mengajar kami membuat apam balik jugak!
Sungguhlah saya kesukaan yang teramat!

Thanks so much Kak Nas, for the recipes and demo! Hanya Allah mampu membalas.

Mengukus kuih lapis. Tak sampai setengah jam dah masak!

Kuih lapis! Belum sejuk pun saya dah bising nak potong, maka ia masih lembik

Apam balik sedang dibakar. Jangan leka nanti jadi apam balik Ghana!

Apam balik

Sunday, June 27, 2010

To-Do List In Last 13 Days

1. Call EDF - settling down everything regarding on electricity and gas bills
2. Claim house deposit - more extra pounds will be received soon (^_^)
3. Contact PalShipping person-in-charge - beg them to come here collecting our stuffs before 10th July or we have to think of any alternative plan of where all the boxes should go
4. Visit school - taking pictures with lecturers, lab demonstrators, lab technician etc. It's a must!
5. Keep packing, unpacking, repacking, weighing, reweighing - the list goes on
6. Print out flight e-ticket
7. Visit Newcastle people whose being part of my life here
8. Sunbathing anywhere in town while having mocha frappe
9. Have meal at Chicken Cottage for the last time before saying goodbye
10. Pray at the university mosque, one of the place that I'll miss so much
11. Eat Tesco's/Waitrose's butter croissant for the last time
12. Graduation day at 9.30 am on 7th July
13. I don't want to put it in this list. I bet I might burst into tears.

Ya Allah, please make everything smooth and ease for us.

Friday, June 25, 2010

Then It Comes To An End

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.
All praises and gratitudes only for Allah.
Thank you Allah, we can never thank You enough.
Thank you for making our efforts ease in these painful 3 years.
We can never thank You enough.
Done with BSc. End of university life, finally.

Then put all the chemistry stuffs into the PalShipping economy-size box, all of them will be shipped home...
Looking forward to see you again in MSc insyaAllah...which I can't tell exactly when it will be.

Thursday, June 24, 2010

Sightseeing Tour

To be honest, I've never ride on that kind of red-double-decker-with-no-roof-on-top sightseeing tour bus. It's just nothing to do with it.

Picnic with Kak Hanis, Leazes Park

Kak Hanis & Chiat's visit to the university

Fasyah's visit to Alnwick Castle

To our honourable guests who had travelled all the way alone to visit us here,
may Allah bless and bring you benefits from your journey
may Allah bestow upon this house and all the things inside with His mercy from your visit.

Abu Hurairah r.a. reported that the Messenger of Allah SAW said,

Let whosoever believes in Allah and in the Last Day either speak good or be silent. Let whosoever believes in Allah and in the Last Day honour his neighbour. Let whosoever believes in Allah and in the Last Day honour his guest.
[al-Bukhari & Muslim]

Friday, June 18, 2010

Selalulah Ingat

Selalulah ingat kebaikan yang orang lain lakukan kepada kita;
Selalulah ingat keburukan yang kita lakukan kepada orang lain

Saturday, June 12, 2010

Renjis-renjis Dipilis

Renjis-renjis dipilis
Ditepungilah tawar
Hai beras kunyit ditabur
Disiram si air mawar

Perkahwinan untuk separuh tahun pertama tahun 2010 :

Wedding Nurul Adillah & Mohd Faisal, 10 Jun 2010, Pengkalan Chepa

Wedding of the year - wedding Kak Dillah ex-roomate dan housemate saya di mahligai 81 ini - merupakan wedding yang paling dinanti-nanti tahun ini. Sangat ralat dan terkilan bila tak berkesempatan untuk memeriahkan majlisnya, apakan daya jarak menjadi batu penghalang. Kak Dillah berangkat pulang ke tanah air 10 hari sebelum majlisnya, di saat kami sedang dalam kemuncak pertempuran dalam perjuangan pena. Kepulangan Kak Dillah tentulah amat dirasai, kerana dialah yang paling rajin turun naik tangga bertanya khabar kami seorang demi seorang yang terbongkang dengan buku-buku di musim peperiksaan. Juga tolong masak untuk kami. Juga akan berdiri di muka tangga dengan kata-kata semangat setiap kali kami hendak keluar melangkah ke exam hall. How we miss her so much! Kami semua tumpang gembira apabila melihat senyuman lebar yang tidak lekang di bibir kakanda sulung kami ini di hari bahagianya.
Big congratulations for you Kak Dillah, we love you so much!

Wedding Nur Amnanie & Raja Faeez Shah, 11 Jun 2010, Pengkalan Chepa

Nanie teman sepermainan saya sedari kecil. Sekolah sama dari darjah satu sampai form three. Yang kedua menamatkan zaman bujang dalam batch 6P 1999. Rasa macam baru semalam saya pergi belajar dan bermain di rumah lama Nanie di kuarters guru, selang beberapa tahun berjauhan Nanie dah pun jadi isteri orang!

Wedding Syahida & Awis, Mac 2010, Kubang Kerian

Sya classmate saya sewaktu form three. Bekas ketua pengawas di zaman silam. Dan bakal bergelar mommy dah pun tak lama lagi. Alhamdulillah. Happy for you, Sya!

Selamat pengantin baru
Kekal bahagia hendaknya
Moga dirahmati selalu
Bercinta hingga ke syurga

Monday, June 7, 2010

23 Tahun : Tiada Lain Yang Diharapkan

1987 : Bersama arwah moyang Tok Bok

2010 : Betapa jauh masa lalu telah ditinggalkan

Menginjak ke angka 23, tiada sebarang perasaan istimewa melonjak di dalam jiwa. Masih mampu menghela nafas pun saya kira sudah cukup bertuah, kerana sepanjang umur saya ini, telah berapa ramai mereka yang seusia dengan saya pergi menemui Pencipta.

Alhamdulillah. Dan tentunya sekelumit syukur ini tidak akan pernah cukup dengan infiniti nikmat yang melimpah saban hari.

Tiada lain yang saya harapkan untuk menyambung perjalanan kehidupan ini, hanya mahu berusaha untuk menjadikan hari-hari yang akan datang lebih baik dari hari-hari yang telah saya lalui.

Ya Allah,
lindungilah kami dari termasuk dalam golongan orang yang sia-sia dan orang yang rugi.

Terima kasih kepada semua yang mendoakan saya di hari lahir ini, terutama keluarga yang jauh di mata - kalian sentiasa dekat di hati, 'caj negatif' saya - thanks for your endless advice and support, sahabat-sahabat ukhuwwah fillah yang saya kasihi, dan teristimewa untuk Yeng, Meni, Pini, Kak Madihah, Kak Aina, Nazue, Sheeda, Kak Is & family, Kak Nas & family - thanks for lovely treat that made me smile for every single moment on that day!

Banyak makanan dan obviously banyak makan!
Clockwise from top left : Oreo cheesecake Meni yang baked, mashed potato + chicken stew by Kak Is, chocolate gateau tajaan Iceland, chicken rice sendiri mahu makan maka sendiri masak :D