Monday, November 1, 2010
Bolehkah Saya Berlapang Dada?
Sekurang-kurangnya saya tahu, blog bersawang saya ini akan mendengar dan memahami.
I
Kalau hendak diletakkan perbandingan, saya terang-terangan akan mengatakan kehidupan saya sekarang adalah yang paling corot dan yang paling saya tidak mahu kenang atau ulang.
Adalah tidak adil untuk saya membuat suatu relatif dengan kehidupan zon selesa saya di UK, tetapi keadaan hari ini tidak pernah sama sekali saya bayangkan akan berlaku, walaupun sedari mula saya sudah menyiapkan mental-emosi saya agar sentiasa berhusnu zhon dengan kehidupan ini.
II
Setiap saat adalah saat yang tertekan, memenatkan, penuh benci, tiada motivasi, bimbang, keliru dan terumbang-ambing. Sudah terlalu lama saya tidak bangun pagi dengan perasaan positif dan tidak sabar menghadapi hari yang akan dilalui. Saya sangat-sangat rasa TERPAKSA.
III
Provokasi yang merudumkan motivasi.
IV
Double-standard ada di mana-mana.
V
Kegagalan untuk menerima dan mengadaptasi budaya. Institut pendidikan guru bukankah sepatutnya mementingkan nilai Islam dalam segala aspek untuk membentuk peribadi guru cemerlang?
VI
Tapi sekurang-kurangnya saya bertuah punya lingkungan sahabat seperjuangan yang sentiasa memberi motivasi dan menceriakan hari. Yang sama-sama jatuh bangun bangkit kembali. Everyone has his bad day, tapi walau serabut mana pun saya, tidak pernah dalam sehari saya tidak mampu tersenyum dan ketawa. Alhamdulillah.
VII
Hargailah kehidupan. Live life to the fullest by making every single day meaningful. Allah mencintai hamba-Nya yang bersabar dan bersyukur. Muhasabah hari dan berusaha memperbaiki. Jangan lupa, doa senjata orang mukmin.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Assalamualaikum my dear sister amelina,
ReplyDeleteApa khabar di sana? Moga berada dalam kemanisan iman dan redha Allah swt sentiasa.
Jalan perjuangan ini jauh dan sukar, sepertimana janjiNya dalam surah at-taubah. Maka persiapkan dirimu, tabahkan hati dan gagahkan langkahmu. Akak yakin awak boleh menyumbang walau sekecil mana pun untuk amar ma'ruf nahi mungkar. Allah bersama mu.
Rindu sangat dengan awk, amni dan dayana,hanya Allah yang tahu. Namun semangat korang bersama kami, moga semangat kami di sini bersama antum juga ye.
Semua ujian Nya untuk kita lebih dekat padaNya. Walau jatuh bagaimana pun, yang pasti DIA ada.
My hugs and kisses, doa dan rindu dari kota bharu :)
uhubbuki fillah lillah ta'ala
I was thinking of the same thing as well. Provocation, double standard, and secular life. I'm still wondering why in Overseas we can keep the faith, Islamic way of life and people there respect us and our religion.
ReplyDeleteI can require to pair with a guy because Islam does not allow ikhtilat but in IPDA why they force us to mix and mingle with the girls. I think we don't adopt and adapt Islamic way of life in IPDA. Everything is based on secular philosophy like Aristole, Plato, Pavlov, Thordike. There is al Ghazali method of teaching. Now it is thrown in the rubbish by us.