Showing posts with label Smell from Kitchen. Show all posts
Showing posts with label Smell from Kitchen. Show all posts

Friday, July 12, 2013

Ramadhan Kareem, Ramadhan Mubarak

Salam Ramadhan penuh keberkatan...

Rugikan kalau tak mengejar pahala dalam bulan mulia ini? Jaminan untuk bertemu Ramadhan akan datang tiada siapa dapat memberi, justeru mengapa dibazirkan waktu begitu sahaja?

Malam ketiga berterawih di Surau Darul Taqwa Kampung Tersusun Jalan Gula, saya 'sentap' dengan kata-kata seorang ustaz semasa tazkirah.

"Dok kejar kerja-kerja-kerja, kayanya tak jugak. Kerja tak akan pernah habis. Jangan sampai mengejar kerja duniawi, kita menjadi orang yang muflis di akhirat nanti."

Allah...jauhkanlah kami dari menjadi orang yang sia-sia dan rugi. Janganlah Engkau hinakan kami di dunia, lebih-lebih lagi di akhirat-Mu yang kekal abadi!

p/s : Readers berbuka dengan apa hari ini? Selamat menikmati rezeki yang barakah dan jangan membazir! Saya masak sotong goreng kunyit berlada saja petang ni. Selamat berbuka!


Thursday, June 6, 2013

Home & It's Forever Food Festive


All-time-favourite nasi berlauk gulai ikan tongkol Pasar Cabang Tiga PC


Evergreen gulai nenas ikan masin. Cooking this for the first time ever. 


Charcoal-grilled ikan kembung and air asam


Mom's unbeatable laksam. 


Everyone's favourite fresh lala masak serai


Classic dish ikan singgang


From-my-hand ikan tenggiri masak merah


Mom's best-in-the-planet version chicken rice


Natural desserts. Welcoming rambutan season with all my heart.

Thursday, February 21, 2013

Back In My Apron!


After for quite a long time I didn't cook proper meal, today is the day! Yeayyy!
Having a long weekend is a total bliss for me.
School is off for two days to give room for the Perak Archery Tournament 2013.
So I am enjoying myself these days, doing house chores heavenly!
I do love staying at home and do cleaning, washing, cooking (secretly wishing to be a full time housewife!)
Living alone, so I only cook something really simple for my normal days.
Drinking a mug of hot Milo with peanut butter toast for dinner are just enough.
And today I have chance to cook.
Blackpepper fried beef, spinach + mushroom soup, onion omelette.
Eating alone?
Nooo..with my beloved kakaks at work.

Thursday, September 20, 2012

Busy, Busier, Busiest


This meal is for my busy time. Nasi lemak, just for an example.
Hello, what is sooo busy about being a teacher?
Simply to say, you'll never understand me if you're not part of this profession.
Busy here means, I still have workload to do - clerking work, marking papers, making question papers for quiz and test etc etc but I can do all of them at home where I can steal some time to cook!

So when I have chance to cook, I cook something that can be kept in the fridge as well.
So that I can reheat it whenever I need but have to time to cook proper meal.
This is for my busier time, when I come home from school at about 5 pm due to meetings, sports activities, invigilating, march training etc etc with super hungry stomach.
Ignore the menu, because I'm super simple in having meal when I'm alone.
But mak always said, don't do this frequently when you get married!
So I just secretly pray for a soulmate whose not too fussy in eating, hahaha!!!


And this is for my busiest time.
Taking this, not for the purpose of getting slimmer, but getting healthier.

Monday, September 10, 2012

What Do You Eat Today?


Setelah sekian lama tidak memasak secara proper. Here goes my nasi goreng udang.

Thursday, September 15, 2011

Soto Ayam Anyone?

Uwaaaaa....sumpah dah lama benar tak masak! I mean masak sendiri start from scratch! Memang amat mengaku sejak balik Malaysia summer tahun lepas liat sungguh nak ke dapur berketang-ketung dengan periuk kuali. Setakat tolong-tolong mak tu adalah sikit-sikit, tapi masak the whole dish memang dah lama tak buat. Sungguh dahsyat dan agak-agak ada ke makcik yang nak buat menantu kalau sebegini gaya? memalukan diri sendiri.

Jadi alkisahnya tiba-tiba saja teringin nak makan soto ayam. Gara-gara makan soto dekat satu open house dan saya makan bertambah dua kali sebab sangat sedap, nak tambah untuk kali ketiga terasa amat malu, maka alternatifnya tak lain tak bukan memang kena buat sendiri! Bukan senang nak datang mood rajin masak soto ni, nak buatnya senang tapi leceh sebab banyak perkara yang kena sediakan.


Jadi mahu simpan resepinya, next time buat boleh guna resepi sama. Lain kali mahu cuba soto tulang, mesti lagi kawww.

Soto Separa Jowo

Nasi Impit

1 cawan beras siap dibasuh untuk 1 plastik saiz sederhana - kot-kot nak cuba buat nasi impit manually
Senang-senang rebus je ketupat nasi Adabi lebih kurang 1 jam setengah hingga 2 jam

Ayam Carik

3 keping dada ayam bertulang
2-3 ulas bawang putih - diketuk
1 inci halia - diketuk

Rebuskan hingga mendidih dan ayam cukup masak. Toskan ayam, carik-carikkan isinya. Tulang ayam tu, baling balik dalam periuk.

Kuah

4-5 ulas bawang putih - diketuk
1 inci halia - hiris nipis
2 keping hirisan nipis lengkuas
1 batang serai - dititik
1 bunjut rempah sup
Kulit kayu manis
Bunga lawang

Panaskan minyak, tumis bawang putih hingga agak garing. Masukkan yang lain-lain dan tumis dengan brutalnya hingga naik bau. Masukkan secawan air dan biarkan mendidih. Tuang kesemuanya ke dalam periuk yang mengandungi air rebusan ayam tadi, masukkan garam secukup rasa dan didihkan sekali lagi.

Begedil

4 biji ubi kentang
3 ulas bawang merah - dimayang halus
2 tangkai daun sup - dicincang halus
1 sudu lada sulah - ditumbuk bersama sedikit garam
Sedikit tepung jagung
1 biji telur - dipukul

Rebus ubi kentang hingga empuk. Tumbuk sedikit supaya lumat dan senang digaul. Gaulkan dengan bawang merah, daun sup dan lada sulah yang telah ditumbuk. Campurkan sedikit tepung jagung. Bentukkan menjadi bulat atau leper atau pentagon atau apa sahaja. Panaskan minyak, salutkan begedil dengan telur dan goreng hingga kuning keemasan. Toskan.

Sambal kicap

Cili api secukupnya - saya gila pedas, maka saya bubuh RM2 cili api
Kicap masin/manis
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1 sudu makan bawang goreng

Kisar halus kesemuanya. Didihkan seketika di atas api.

Bahan sampingan

Suhun/laksa cina - digoreng
Kacang tanah - digoreng - tapi saya tak letak
Daun bawang - dihiris halus
Bawang merah - digoreng garing
Taugeh - pun saya tak letak, lupa

Bon Apetite!

Saturday, December 25, 2010

Balik Kampung!

Baru-baru ini baru dapat peluang balik kampung. Di tengah-tengah musim tengkujuh yang hujannya tidak mengira waktu, maka memanglah seronok sakan. Nenek pula seolah-olah hendak berkhemah saja di dapur, bersemangat menyediakan bermacam-macam benda untuk menjamu cucu-cucunya ini.

Ayam percik makan-tak-toleh-kiri-kanan

Belut masak merah makan-hingga-menjilat-pinggan

Ikan haruan dan puyu goreng garing rasa-nak-makan-sekali-dengan-tulang

Menu baru : Ikan cencaru sumbat sekali-makan-sekilo-ikan-pun-habis

Ikan cencaru sumbat

Bahan :

4 ekor ikan cencaru
4 helai daun limau purut dihiris nipis
2 biji limau nipis

Bahan kisar :

10-12 biji bawang merah
6 biji cili merah
1/2 inci halia
2 batang serai
1 kuntum bunga kantan

Siang ikan cencaru, koyakkan kulit tebalnya. Letakkan di atas aluminium foil yang beralas daun pisang. Ratakan bahan kisar di atasnya, taburkan daun limau purut dan perahan limau nipis. Balut dan bakar sehingga masak. Makan panas-panas, memang tak toleh kiri kanan dah!

Monday, June 28, 2010

Kuih Lapis vs Apam Balik

Akhirnya hasrat untuk belajar buat kuih lapis tertunai juga!

Bergurukan Kak Nasriah yang memang hebat dalam arena membuat kuih tradisional dengan cara yang moden dan cepat, maka memang berbaloi-baloilah menuntut ilmu dengan beliau.

Ye puan-puan, di zaman teknologi canggih ini, dengan nak kerjanya, nak pergi kursusnya, nak layan suami dan anak-anaknya, maka kenalah kreatif macam Kak Nas untuk meringkaskan cara membuat kuih tradisional seumpama ini tanpa mengubah keaslian rasanya. Kalau nak ikut metodologi membuat kuih warisan Opah atau Tok Wan yang banyak peringkat, pantang-larang dan cerewetnya, haruslah saya tak akan ada masa nak buat dan alamatnya memang saya akan beli kat kedai je!

Selain kuih lapis, Kak Nas dengan murah hatinya mengajar kami membuat apam balik jugak!
Sungguhlah saya kesukaan yang teramat!

Thanks so much Kak Nas, for the recipes and demo! Hanya Allah mampu membalas.

Mengukus kuih lapis. Tak sampai setengah jam dah masak!

Kuih lapis! Belum sejuk pun saya dah bising nak potong, maka ia masih lembik

Apam balik sedang dibakar. Jangan leka nanti jadi apam balik Ghana!

Apam balik

Sunday, May 9, 2010

Carboot, Steamer & Puding Karamel

Baru-baru ni pergi carboot sale Hexham. Ala-ala girls day out bersama ibu-ibu. Bapa-bapa ditinggalkan mengasuh anak-anak di rumah ye. Let the ibus reward themselves hanging around with us the bujangs, hehe. Cuaca pula alhamdulillah agak supportive untuk tujuan tawaf-dan-borong.

Rupanya carboot Hexham lagi marvellous dari carboot Blaydon yang saya biasa pergi beberapa kali sebelum ni! Sawan juga melihat barang-barang hiasan rumah - kristal dan seramik yang bisa membuatkan poket akan tergugat. Paling naik hantu bila tengok pinggan mangkuk cawan piring. Mana taknya, segala mak nenek Royal ada kat sana. Adoii...sungguh dahsyat penangan nafsu membeli-belah ke atas jiwa seorang perempuan! Haruslah bawa beristighfar dan mengucap banyak-banyak ye! Inilah bahaya bershopping, boleh lupa dunia beb!

Tapi tanpa saya sangka, apa yang saya inginkan tercapai hari tu! Dah beberapa kali lompat eBay-Amazon-eBay-Amazon nak cari electric steamer yang best tapi masih belum jumpa dan saya sangat berharap agar saya jumpa satu yang best sebelum saya balik. Akhirnya, rezeki saya hari ini - sebuah Tefal 3-tier-and-10-liter-capacity electric steamer, 3 pound! Tak kisahlah yang dah ke berapa hand pun, janji masih elok! Harga yang baru 30-40 pound kot, kena fikir dua tiga kali jugalah kan sebelum angkat!

Steamer baru beta. Sukeeeee!

Maka buatlah eksperimen ke atas steamer baru untuk menguji kondisi beliau. Terjadilah puding gula hangus atau nama desanya puding karamel.

And Alhamdulillah, the steamer did a good job! OK saya memang tak berbakat dalam arena membuat kuih, maka macam ada yang kurang pada puding ni, tapi ianya tetap masak dan eatable - kesimpulan - steamer saya berfungsi! ;)

Puding Gula Hangus

Here goes the recipe :

1/2 cawan gula
2 sudu besar air
1 tin condensed milk
7 biji telur
Vanilla essence

Masak gula dengan air sampai perang dan likat. Tuang dalam acuan.
Pukul telur, susu pekat dan vanilla essence sampai telur hancur.
Tuang atas gula yang dah hangus tadi.
Kukus selama 30 minit.


*Entry ini ditulis selepas saya selesai baca Putusan, Berita Hairan, MalaysiaterKini etc jadi ianya berbunyi seakan berleter kerana kepala saya sedang panas*

Tuesday, April 20, 2010

DunRing Donuts :P


Found a simple recipe to make doughnut from here.
Not so time-consuming to prepare. Kid-friendly.
For the first attempt, I only used half amount of each ingredient, except for egg (I used 1 egg - konon guna separuh rasa cam membazir), and I had altered the amount of flour as well (macam banyak jugak tambah, bersudu-sudu-sudu).
The donuts turned well only when they're still hot, bila dah sejuk, boleh lenguh rahang mulut nak mengunyah. Not so friendly for teethless. Hehe. Try again, and have to find out how to make the dough softer in the future. Here goes the recipe.

For dough :

2 cups of all-purpose flour
3/4 tsp salt
1/4 tsp unsalted butter
2 tsp baking powder
1/2 cup granulated sugar
1/2 cup milk
1/2 egg

For topping :

100 g plain dark chocolate
75 ml whipping cream/double cream
Chopped nuts

Wednesday, April 7, 2010

Jamuan Rakyat :D

Sewaktu Yaya, Beebo, Burn dan Ikram melawat Newcastle hari tu, aku buat percubaan berani mati kedua untuk masak nasi minyak hujan panas atau nasi pelangi atau nasi warna-warni atau nasi orang kahwin untuk menjamu mereka. Percubaan pertama dulu warnanya memang hancus, tapi yang kedua ni alhamdulillah OK sikit. Cuma lain kali dah tak boleh guna pewarna hijau Dr Oetker lagi sebab warnanya kurang pekat.

Pertama kali masak dulu padankan dengan daging masak hitam, tapi kali ni dengan ayam masak merah. Itupun membuat kerahan buruh paksa dari semua orang - termasuklah tetamu yang dibuli teruk - Yaya dan Beebo yang tolong masak ayam masak merah dan sediakan acar timun - kalau tak memang midnight dinner la nak tunggu aku terhegeh-hegeh buat satu-satu. Sambal belacan jangan tinggal ye. Thanks korang semua atas kesanggupan menjadi buruh paksa percuma!

Nasi Spring Summer, Ayam Masak Merah Permatang Badak Seberang Baruh, Acar Kuantan-Sheffield, Sambal Belacan Hijau

Resepi Nasi Spring-Summer

Untuk menumis

2-4 biji bawang merah - bergantung pada saiz - mayang halus
2-3 ulas bawang putih - mayang halus

2 cm halia - hiris halus
Kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang, buah pelaga


4 cawan beras basmathi

7 cawan air

1/4 tin susu cair

1 kiub ayam

1 biji tomato bersaiz besar - potong halus

1 batang serai - ketuk

2 sudu besar kismis
2 helai daun pandan

3 sudu besar minyak sapi

1 sudu besar mentega

Garam
Pewarna merah dan hijau


Bersihkan beras, toskan dan ketepikan.

Panaskan
rice cooker di atas api, masukkan minyak sapi dan mentega.
Tumis bahan-bahan tumisan hingga naik bau semerbak dan bawang bertukar keemasan.

Masukkan kiub ayam, tomato, serai dan daun pandan.
Kacau seketika hingga bertambah semerbak.
Masukkan air, susu cair dan garam secukup rasa.
Biarkan mendidih.

Apabila mendidih, sebelum dimasukkan beras, masukkan kismis.

Masak nasi seperti biasa.
Kaup balikkan agar sekata rasanya.

Apabila nasi hampir kering (tapi lampu 'cook' dekat rice cooker masih menyala), titikkan pewarna merah dan hijau di tempat yang berlainan di atas nasi.

Biarkan kering hingga lampu 'cook' padam.

Bila telah kering, gaulkan nasi dengan berhati-hati, biar warnanya berselerak.


Alang-alang birthday Yaya dah dekat dan meraikan kejutan kehadiran Beebo ke Newcastle juga, aku cuba lagi bake oreo cheesecake. Kali ni walaupun tanpa monitor dari 'mahaguru', tapi pertolongan datang dari kiri dan kanan. Alhamdulillah. Tulisan atas kek tu, adalah percubaan pertama bermain dengan writing icing. Macam cacat sikit, tapi takpelah, asalkan Yaya terharu, haha.

Oreo Cheesecake with Chocolate Glaze

Sunday, March 21, 2010

First Attempt

Percubaan pertama membuat Oreo Cheesecake. Prosedurnya macam lebih sikit dari Toblerone Cheesecake yang aku pernah bake sebelum ni. Maka maafkanlah kalau rupa keknya senget-benget, bertebing, merekah-rekah dan entah apa lagi kecacatan yang terhasil. Aku yakin mak telah mengucap panjang apabila melihat rupa cheesecake yang aku selalu gembar-gemburkan ini. Sila jangan pengsan melihat hasilnya!

Sebelum cover dengan chocolate glaze. Sabar ajelah melihat rupanya, macam rumah tak siap!

Selepas cover dengan chocolate glaze - it looks better. Itulah cara orang tak berseni menghias kek :D

Aku memang prefer letak chocolate glaze kalaupun rupanya cantik, sebab rasa cheese yang kuat menyebabkan rasa kek ni jadi cepat muak. Kalau letak chocolate glaze, rasa dia macam seimbang sikit. Haha, yeke? Takpelah, mungkin itu untuk tekak aku yang pelik ni je.

Terima kasih Kak AJ, kerana telah memperturunkan ilmu yang sangat berguna ini. =)

Walaupun rupanya tak best, tapi rasanya masih boleh diselamatkan. Hehe. Alhamdulillah.

Resepinya ada kat sini -->

Friday, March 19, 2010

Keropok Lekor Geordie!

Suatu petang, tiba-tiba sungguh teringin untuk makan keropok lekor. Memang sangat sedap kalau dapat keropok lekor goreng, makan panas-panas, kena pulak jodohnya dengan sos pencicah yang cukup rasanya, pergh!

Kan best kalau ada makcik bukak gerai pisang goreng dan keropok lekor kat Brighton Grove?

"Tak payahlah mengidam yang pelik-pelik. Tak lama dah nak balik rumah pun," komen mak sambil tergelak-gelak di hujung talian bila aku meluahkan hajatku untuk makan keropok lekor kepadanya. Waduh, nampaknya memang akan kempunan sampai pertengahan Julai ni!

Tapi alhamdulillah, Kak Siti telah menyedarkan aku bahawa, membuat keropok lekor di tanah Geordie adalah sesuatu yang bukan mustahil!

Temujanji dibuat. Bersungguh sakanlah aku menjelajah Tesco mencari mackerel dalam tin dan membelek satu-persatu tepung yang dijual di Tsang untuk mencari tapioca flour sebagai ganti tepung sagu yang biasa digunakan untuk membuat keropok lekor.

Ingatkan aku sorang je yang nak berguru dengan Kak Siti, rupanya ramai akak-akak dan ibu-ibu turut serta. Aku, awal-awal lagi dah salah bahan. Kak Siti pakai ikan mackerel mentah yang dah disiang dan dibuang tulang, aku pakai mackerel in brine dalam tin. Tanda-tanda awal kegagalan.

Selepas Kak Siti berdemo dengan bahan-bahannya (siap ada tepung sagu dari Malaysia tu), kami yang bujang-bujang pun mulalah menguli. Tambah apa-apa yang patut, cuba uli-uli, rasa macam dah boleh gentel panjang-panjang kami pun bersukarialah.

Inilah keropok lekor mackerel dalam tin. Panjang pendek tak sekata. Sila jangan terpedaya dengan rupanya!

Sungguh bersemangat apabila melihat hasil air tangan Kak Siti yang sudah menjadi. Lalu keropok lekor Kak Siti pun direbus.

Keropok lekor versi Kak Siti! =)

Dalam pada semua bergembira meraikan 'kemenjadian' keropok lekor Kak Siti, percubaan pertama geng bujang nampaknya belum menyebelahi kami. Keropok lekor-versi-mackerel-dalam-tin telah separa hancur bila direbus. Mungkin silap bajet tepung agaknya.

Pun begitu, untuk mengurangkan rasa terkilan yang menebal, kami goreng juga keropok lekor yang dah tak lekor tu. Dapatlah kepingan keropok yang sungguh aneh rupanya, haha. Tapi makan panas-panas sambil berusrah, habis juga! Adalah juga rasa keropok tu, alhamdulillah.

Tak apa, jangan putus asa. Lain kali InsyaAllah tentunya akan dicuba lagi. Dengan mackerel mentah kat pasar ye, bukan dalam tin!

Keropok Lekor Geordie

Bahan-bahan :

*Kuantiti tak dapat dianggar, sendiri bajet ye masa nak uli*

Ikan mackerel mentah - dibersihkan, dibuang tulang dan dikisar
Tapioca flour
Sebiji telur
Garam secukup rasa
Sedikit air

Cara membuat :

Gaul ikan yang dah dikisar dengan sedikit tapioca flour, tambahkan sedikit sahaja air untuk mengekalkan rasa ikan.
Pecahkan telur, tambahkan tapioca flour dan garam, uli sehingga adunan tak melekat di tangan dan boleh digentel.
Tabur tapioca flour di atas papan penguli, gentel adunan menjadi bentuk yang sesuai untuk keropok lekor.
Didihkan air, rebus keropok hingga masak.
Lepas tu, bolehlah digoreng.

Siapa mengidam keropok lekor, silakan mencuba! =)

Tuesday, February 16, 2010

Croissant & French Toast

Sangat suka makanan berunsur roti dan pastri macam croissant, torsade, Danish pastry dan yang sama waktu dengan mereka. Dalam banyak-banyak pilihan aku paling tak boleh tahan kalau jumpa butter croissant depan mata, lebih-lebih lagi yang panas, flaky, buttery-rich - perghh...ibarat tak lena tidur malam kalau tak dapat makan.

Kebelakangan ni asyiklah ketagih butter croissant Waitrose pula. Sejak Waitrose dibuka di Eldon Square tahun lepas, aku tak pernah berani masuk sebab nampak macam eksklusif je, tapi sekali masuk terjatuh cinta pula dekat croissant 49 pence yang laris tu.

Butter Croissant Waitrose

Aku sangkakan croissant ni berasal dari Perancis, sebab melambak-lambak ia dijual di tepi-tepi jalan di Paris. Rupa-rupanya roti sedap ni berasal dari Turki, sewaktu perang Austria-Turki pada tahun 1686 dan perkataan "croissant" sebenarnya merupakan perkataan French bagi "crescent". Macam tak percaya pun ada, sebab tak nampak sangat pun croissant di Istanbul hari tu. Hmm...ke semua orang Turki yang pandai buat croissant dah migrate ke Paris?

Tapi croissant kat Paris, walla! Memang tiada bandingan kesedapannya. Masih teringat-ingat walaupun dah hampir dua tahun lalu aku memakannya. Croissantnya lebih lembut dan rangup, walaupun cuma dibeli di gerai tepi jalan berhampiran Eiffel di Bir Hakim. Makan panas-panas sambil menikmati angin summer di atas rumput di bawah teduhan Eiffel, wahhh...sungguh over!

Butter Croissant Paris, makan satu semestinya tak cukup!

Teringin untuk menjadi seorang yang pandai buat croissant yang sedap. Tak tahu sempat ke tak nak belajar dan praktis dalam masa 5 bulan sebelum balik ni. Sebab croissant susah nak cari nun jauh di kampung halaman (takkan nak pergi KL semata-mata nak cari croissant kan, sungguh mengarut) maka alih selera kepada French toast, lebih ringkas dan senang dibuat. Kalau rindu mak, maka aku akan buat French toast, supaya dapat rasa aura mak selalu bersamaku. Kat bawah ni resepi French toast turun-temurun dari mak, mana mak dapat tak tahulah, hehe.

French Toast

French Toast Suka Hati Mak Saya

3 keping roti - ikut suka nak potong jadi apa
1 biji telur
1 sudu besar condensed milk
Sedikit pepper
Sedikit garam

Pukul semua bahan, celupkan roti dan goreng dengan butter. Dah siap, wuhuu!

Thursday, December 17, 2009

Episod Mencuba

Memanglah aku seorang pencinta makanan yang tegar. Ini ialah episod mencuba resepi baru yang tak pernah dicuba sebelum ini. Kalau nak turut serta cuba-mencuba, dipersilakan =)

Sotong goreng tepung rangup

Resepi dicilok dari MyResipi.com dengan sedikit ubahsuai-perasan-pandai. Mudah dan cepat resepi ni, boleh tambah koleksi resepi 'masakan kilat' untuk kegunaan bila dah bekerja nanti. Hoho. Alhamdulillah, yang ini hasilnya tidaklah terlalu mengecewakan. Setakat nak dapat 2 1/2 out of 5 tu, bolehlah kot, hehe...lagi kes masuk bakul angkat sendiri.

Bahan-bahan :

Bahan A

500 g sotong calamari
Garam secukup rasa

Bahan B

1/4 cawan tepung jagung
1/2 cawan tepung gandum
3 sudu besar serbuk kari
Serbuk lada sulah
Serbuk lada hitam
2 biji telur

Cara membuatnya :

Bersihkan sotong dan gaulkan dengan garam secukup rasa.
Gaul rata bahan B kecuali telur.
Pukul telur.
Panaskan minyak untuk menggoreng, pastikan minyak benar-benar panas. Goreng secara deep-fry.
Celup sotong dalam telur, kemudian salut dengan tepung dan goreng hingga keemasan. =))

Salmon sweet sour

Ini hasil air tangan Yeng. Lima puluh bintang aku bagi kepada Yeng di atas kelazatan salmon sweet sour ini. Marvellous! Super-oishi!

Daging bakar air asam

Ini kes mengidam punya pasal. Semasa pergi beraya rumah Kak Ita hari tu, dia hidangkan kami daging bakar dan air asam yang sampai ke hari ini aku masih teringat-ingat. Lalu cubalah buat sendiri. Daging diperap dengan bawang putih, halia, serai dan lada hitam yang dikisar halus. Jangan lupa cucuk-cucuk daging dengan garpu atau pisau semasa proses marinating, supaya rasa bahan perapan tu menyerap habis ke dalam daging. Lepas tu grill hingga masak.

Bahan-bahan untuk air asam :

Asam jawa (sebesar telur)
1/2 sudu teh belacan
2 ulas bawang merah
7 biji cili padi
2 biji tomato
Garam
Gula

Cara membuatnya :

Campurkan asam jawa dengan air panas, kemudian tapis untuk dapatkan airnya.
Kisar sebiji tomato, belacan dan air asam jawa tadi.
Hiris halus bawang merah, tomato dan cili padi, masukkan ke dalam air asam yang yang dah dikisar. Masukkan garam dan gula hingga sebati rasanya. =))

Makanlah sepuas hati, jangan lupa berhenti sebelum kenyang.

Wednesday, November 25, 2009

Simple Way To Reduce Stress!

Stress? Apa lagi, jom main masak-masak, lepas tu melantak!

This was the last weekend's diary.
Hari Sabtu, kami satu rumah decide untuk dinner di luar, for the first time selepas dua bulan Shafini dan Erna (serta Ainun) menjadi ahli baru rumah bernombor lapan puluh satu ini. Tempat pilihan, Little Saigon di Bigg Market. Hidangan ala-ala Vietnam. Alhamdulillah, menunya sedap sehingga semuanya puas hati kekenyangan sampai ada yang tertidur-tidur kat restoran, hehehe =D

81 @ Little Saigon : Gabungan baru dan lama

Lemon grass squid, lawan dengan egg fried rice.
Tak sabar lagi mahu serang!

Oleh kerana hari Sabtu satu rumah makan di luar, maka rota memasak aku telah berpindah pada hari Ahad. Pandai-pandai pindah sendiri sebenarnya, hehehe. Oleh kerana sepanjang minggu dah makan nasi, maka di hari Ahad yang mulia ini, bawak-bawak berdiet la semua ye, haha. (Padahal malas masak lauk! Ampuuuun semua!) Makanya, jadilah bihun sup utara dengan begedil ayam. Resepi, dari mana lagi kalau bukan Dapur Hanieliza!

Ada tragedi kronik juga la dengan bihun ni. Oleh sebab tak suka bihun Pakistan yang dekat kedai haji tu sebab dia agak kasar, maka aku pun dengan tanpa usul periksa teruslah beli Lungkow Vermicelli dengan gembiranya, sebab ia nampak lebih halus. Celur punya celur, kenapa macam agar-agar je? Warna 'bihun' tu jernih. Lepas tu, tambah serbuk kunyit, nak utara punya pasal kan. Sekali bihun aku jadi oren daa. Alamak, ini dah lain ni. Nak makan pun tak lalu. Bau pun macam bukan bihun je. Tak pasti samada itu adalah suun atau apa. Yang penting, kesudahannya tetap dengan bihun Pakistan tu. Apa-apa ajelah.

Bihun Sup Utara + Begedil Ayam

Apam Marble

Teringin nak makan apam mekar/apam Indonesia. Dah lama usya-usya resepinya dekat MyResipi dan dekat Fotopages Hanieliza jugak. Tanya mak dan makcik aku jugak. Asalnya apam ni ada tiga warna - putih, merah, hijau tapi sebab saja gatal tangan nak letak cocoa powder, maka jadilah apam kuda belang ni. Biasanya orang buat dalam paper cup. Comel sikit rupanya, tapi malas tunggu punya pasal, pakai seloyang terus. First attempt, biasalah. Perlu banyak improvement lagi. Terlebih letak koko, maka rasanya pahit sedikit. Tersilap bajet bahagi adunan jugak masa nak warnakan. Maka mostly jadi coklat. Bila makan, aku pun confuse, ini apam ke kek kukus? Apa-apa ajelah. Yang penting, eatable.

OK, dah tak stress dah. Dah boleh sengih dah.

Monday, September 21, 2009

Dapur-dapur Malaysia!

Sepanjang cuti summer 3 bulan hari tu, tak adalah setiap hari masuk dapur memasak dan menyediakan hidangan sepenuhnya sendiri. Setakat tolong-tolong mak tu adalah. Tapi alhamdulillah merasa jugalah bermacam-macam jenis juadah yang memang dah lama 'kempunan'.


Ayam percik, dalca daging, kurma daging, sambal taucu, ikan kering, ikan bawal masak merah, sambal belacan dan tembikai.

Pakej lengkap lauk kenduri di majlis pertunangan emak saudaraku. Dimasak bergotong-royong oleh orang kampung. Orang kampung aku masak memang tip-top.

Ikan keli percik

Dah lama teringin makan keli percik. Nak buat, kurang kerajinan + kurang pandai bab-bab percik ni. Nak beli, tak tahu di mana yang sedap. Yang ni ada orang bagi hadiah, dahlah besar ikan kelinya, isinya lemak dan kuah perciknya pula perfect. Kepada yang memberi, terima kasih daun keladi, lain kali bagi lah lagi, hehehe.

Kerabu perut ala-Siam

Selalunya orang Kelantan buat kerabu perut bersantan. Rasanya lebih lemak tapi aku lebih tertarik pada kerabu perut jenis ini selepas mencubanya di Restoran Wira Klasik Seksyen 17 Shah Alam semasa di INTEC dulu. Ianya sangat mudah disediakan, dan guna cuka makan instead of santan. Macam acar lebih kurang. Letak cili api banyak-banyak sampai berasap telinga ye, baru thrill.

Nasi goreng Pattaya seafood

Ini biasa saja. Nasi goreng taruk sotong, udang dan chicken ball yang dibalut dengan telur. Tambah hotdog untuk menambahkan lagi ke'mewahan'nya. Kalau kat kedai, mahu harganya sampai RM 5. Buat sendiri, RM 2 pun tak sampai kot.

Chicken rice hentam sajalah

Masak nasi ayam dengan adikku Syahirah. Konon-konon nak suruh emak berehat dari rutinnya hari tu. Sama je dengan nasi ayam biasa yang lain, cuma ayam diperap lama sikit resepi marinade main hentam - bawang putih, halia, tomato, oyster sauce, madu dan kicap pekat yang diblend halus.

Begedil ayam

Sangat teringin untuk cuba buat sendiri begedil, maka di rumah hari tu sempat cuba dua kali. Pertama kali buat, rasa begedil tu dah ada cuma terlalu lembik sikit. Kali kedua cuba, tambah sikit tepung jagung, then it works!

Ketayap kari ayam dan kentang

Selalu kuih ketayap orang buat inti kelapa, tapi aku dan adik-adik tak berapa gemarkannya, jadi ganti dengan inti kari ayam dan kentang yang kering (tak guna santan) untuk memenuhi demand.

Tat nenas

Aku tak participate semasa mak dan adikku Syahirah membuat tat nenas, kerana ianya agak leceh bagi orang-orang yang kurang kesabaran macam aku. Raya tahun ini kami decide untuk buat dua jenis saja kuih raya memandangkan tahun ni rezeki sangat murah, orang bagi hadiah kuih raya berkoyan-koyan kot, terutama dari student ayah. Alhamdulillah.

Almond chocolate cookies

Yang ni, aku bergotong-royong buat dengan Syahirah juga. Aku bancuh dan buat doh, kemudian kami sama-sama terap dan dia jaga oven. Simple aje cookies ni, amik dalam buku resepi Chocolates & Bakings. Topping kat atas tu kami berdua yang mengada-ngada nak buat guna white chocolate, konon-konon nak suruh cantik.

Roti jala & kuzi ayam

Kuzi ayam untuk hari raya, macam biasa mak yang buat sebab semua orang belum lulus lagi memasak benda-benda berat macam ni. Aku cuma tolong prepare bahan-bahannya saja. Roti jala, Abby yang bancuh, kemudian aku, Mudd dan Syahirah bergilir-gilir 'menebar jala', menggulung dan merasa! Kemudian bergaduh pulak, semua pun mahu mempertahankan kehalusan roti jala hasil tangan masing-masing. 'Pemenang'nya ialah ayah. Hehehe.

Lontong

Walaupun tiada antara kami yang ada darah Johor atau kahwin dengan orang Johor, tapi lontong tetap menjadi kemestian di hari raya. Ini pun mak buat sepenuhnya, kami semua tolong 'tibai' aje, hehehe.

Sate-sate Malaysia

Ayah teringin nak makan sate, lalu senyap-senyap dia tempah dari kawan dia. Kuah kacang mak yang buat, dan nasik impit, segera punya aje. Ini hidangan pagi raya pertama.

Masuk ke dapur, yang menjadi kepuasan ialah apabila dapat mengenyangkan orang.
Setuju dengan aku?