Kan best kalau ada makcik bukak gerai pisang goreng dan keropok lekor kat Brighton Grove?
"Tak payahlah mengidam yang pelik-pelik. Tak lama dah nak balik rumah pun," komen mak sambil tergelak-gelak di hujung talian bila aku meluahkan hajatku untuk makan keropok lekor kepadanya. Waduh, nampaknya memang akan kempunan sampai pertengahan Julai ni!
Tapi alhamdulillah, Kak Siti telah menyedarkan aku bahawa, membuat keropok lekor di tanah Geordie adalah sesuatu yang bukan mustahil!
Temujanji dibuat. Bersungguh sakanlah aku menjelajah Tesco mencari mackerel dalam tin dan membelek satu-persatu tepung yang dijual di Tsang untuk mencari tapioca flour sebagai ganti tepung sagu yang biasa digunakan untuk membuat keropok lekor.
Ingatkan aku sorang je yang nak berguru dengan Kak Siti, rupanya ramai akak-akak dan ibu-ibu turut serta. Aku, awal-awal lagi dah salah bahan. Kak Siti pakai ikan mackerel mentah yang dah disiang dan dibuang tulang, aku pakai mackerel in brine dalam tin. Tanda-tanda awal kegagalan.
Selepas Kak Siti berdemo dengan bahan-bahannya (siap ada tepung sagu dari Malaysia tu), kami yang bujang-bujang pun mulalah menguli. Tambah apa-apa yang patut, cuba uli-uli, rasa macam dah boleh gentel panjang-panjang kami pun bersukarialah.
Inilah keropok lekor mackerel dalam tin. Panjang pendek tak sekata. Sila jangan terpedaya dengan rupanya!
Sungguh bersemangat apabila melihat hasil air tangan Kak Siti yang sudah menjadi. Lalu keropok lekor Kak Siti pun direbus.
Dalam pada semua bergembira meraikan 'kemenjadian' keropok lekor Kak Siti, percubaan pertama geng bujang nampaknya belum menyebelahi kami. Keropok lekor-versi-mackerel-dalam-tin telah separa hancur bila direbus. Mungkin silap bajet tepung agaknya.
Pun begitu, untuk mengurangkan rasa terkilan yang menebal, kami goreng juga keropok lekor yang dah tak lekor tu. Dapatlah kepingan keropok yang sungguh aneh rupanya, haha. Tapi makan panas-panas sambil berusrah, habis juga! Adalah juga rasa keropok tu, alhamdulillah.
Tak apa, jangan putus asa. Lain kali InsyaAllah tentunya akan dicuba lagi. Dengan mackerel mentah kat pasar ye, bukan dalam tin!

Keropok Lekor Geordie
Bahan-bahan :
*Kuantiti tak dapat dianggar, sendiri bajet ye masa nak uli*
Ikan mackerel mentah - dibersihkan, dibuang tulang dan dikisar
Tapioca flour
Sebiji telur
Garam secukup rasa
Sedikit air
Cara membuat :
Gaul ikan yang dah dikisar dengan sedikit tapioca flour, tambahkan sedikit sahaja air untuk mengekalkan rasa ikan.
Pecahkan telur, tambahkan tapioca flour dan garam, uli sehingga adunan tak melekat di tangan dan boleh digentel.
Tabur tapioca flour di atas papan penguli, gentel adunan menjadi bentuk yang sesuai untuk keropok lekor.
Didihkan air, rebus keropok hingga masak.
Lepas tu, bolehlah digoreng.
Siapa mengidam keropok lekor, silakan mencuba! =)

No comments:
Post a Comment