Wednesday, March 3, 2010

Guru Wajib ke Pedalaman

KUALA LUMPUR : Guru akan diwajibkan bertugas di pedalaman dan luar bandar antara tiga hingga lima tahun dalam tempoh perkhidmatan sebagai salah satu langkah mengatasi kekurangan tenaga pengajar di kawasan itu, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Perdana Menteri berkata, Kementerian Pelajaran juga akan mewajibkan guru baru mengajar di pedalaman, sekali gus mengelakkan sistem pendidikan negara berada dalam kepincangan berikutan keengganan guru bertugas di kawasan berkenaan.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, sebagai penggalak, mereka akan diberikan ganjaran yang diharap dapat mengatasi masalah kekurangan guru di luar bandar dan pedalaman yang sedang dialami sektor pendidikan ketika ini.

"Ketika ini elaun maksimum RM1,500 diterima oleh guru yang mengajar di kawasan pedalaman. Kementerian akan memikirkan bentuk imbuhan baru untuk mereka.

"Contohnya, dalam tempoh 30 tahun berkhidmat, guru perlu pergi ke pedalaman dan begitu juga guru baru. Kerajaan akan memikirkan dorongan dalam bentuk baru untuk menggalakkan guru ke pedalaman," katanya ketika ditemuramah dalam program temubual Agenda Awani, rancangan terbitan Astro, di sini malam tadi.

Muhyiddin juga berkata, sudah tiba masanya guru mengubah corak pemikiran dengan menganggap mereka adalah golongan yang bertanggungjawab menggalas tugas mendidik anak bangsa.

"Mengubah minda guru untuk menggalakkan mereka berkhidmat di kawasan yang jauh dari bandar adalah satu cabaran dan kekangan kepada kementerian ketika ini," katanya.



Jadi, ke mana saya nak posting? Masuk Felda di Johor atau Pahang? Atau haruskah eden poie Pilah balik? Ko ambo nok kelik Guo Muse atau Merapoh? Kalau dapat Sabah Sarawak pun, aku sik tolak insyaAllah. Terpulanglah pada takdir. Allah knows, where is the best for me. Ikhlaskan niat, moga Allah selalu bersamaku dan membantu aku untuk berbakti kepada mereka yang memerlukan, ameen.

No comments:

Post a Comment