Monday, March 15, 2010

Mesti Ada Hikmah!


Sewaktu mendengar khabar angin akan kedatangan Inteam sebagai tetamu jemputan Nasheed Extravaganza di Sheffield tahun ini, hati terus berkobar-kobar, melonjak teruja. Sudah terbayang bagaimana Inteam akan beraksi di pentas NEXT nanti. Aku mesti pergi!!

Aku memang peminat tegar Inteam sejak dari mula kewujudannya pada awal milennium ini, yang pada ketika itu aku baru sahaja menginjak ke alam remaja. Dan antara sebab aku menggilai Inteam dengan sepenuh jiwa raga pada ketika itu tentulah kerana mereka semua bujang, hensem, suara sedap dan terpelajar. Hehe. Idola lah konon-kononnya tu!

Saban tahun memang akulah pembeli kaset dan VCD Inteam yang setia. Juga apa jua majalah dan surat khabar yang ada gambar Inteam. Pun aku punggah semuanya. Duit belanja sekolah selalunya akan habis dengan cepat di musim keluarnya album baru Inteam. Pernah juga curi-curi print gambar Inteam di makmal komputer sebab nak tampal kat locker! Tak lupa, insiden dikejar anjing di belakang Billion yang bersempadan dengan pagar belakang asrama sekolahku, juga kerana curi-curi outing untuk beli kaset Inteam! Hampir nak tercabut nyawa rasanya berlari di tepi Jalan Sultan Yahya Petra yang sangat ramai umat itu! Yeng, masihkah kau ingat?!

Tukang melalak lagu-lagu Inteam di setiap hujung minggu di asrama juga jatuh kepada aku. Haha. Waktu paling thrill untuk test vokal ialah di pagi Jumaat semasa operasi kebersihan, apa lagi kalau tengah cuci tandas asrama atau sapu tangga. OK, takpelah kan melalak kuat-kuat, sekolah aku semuanya perempuan, kalau nampak ustaz atau pakcik jaga atau pakcik dewan makan aku turunkanlah volume. Semuanya kerana terlalu minat Inteam. Aduhai...dahsyatnya!

Begitulah adanya. Tak sabar mahu menonton Inteam live di depan mata!

Pun begitu, manusia sememangnya hanya mampu merancang, tetapi Yang Maha Berkuasa lebih mengetahui segalanya. Sedih, hampa dan sangat kecewa apabila mendapat berita di saat akhir bahawa dua orang daripada mereka telah terkandas di imigresen Stansted Airport dan akan dihantar pulang dengan segera kerana alasan mereka untuk memasuki UK tidak terlalu kukuh untuk diterima oleh pihak imigresen, walaupun selepas campur tangan pihak MSD dan Embassy. Oh, alangkah....

Hampir saja aku membatalkan hasrat di saat akhir untuk ke Sheffield. Tapi hati enggan melakukannya. Tetap terasa bagai ditarik-tarik untuk ke sana. Tak apalah, mungkin ada hikmah yang kita tak nampak, aku cuba memujuk hati sendiri.

Berseorangan, tidak semestinya semangat akan hilang. Kagum dengan semangat perjuangan akhi Hazamin yang menampilkan persembahan yang tiada cacat celanya, meskipun dua 'sayap' utama tidak berada di pentas persembahan. Kagum juga dengan perjalanan NEXT yang cantik teratur sepanjang hari, seolah tiada kekusutan yang telah melanda. Subhanallah! Benarlah Allah itu Maha Berkuasa! Untaian lanjut kisah permusafiran mereka boleh dibaca dari blog akhi Hazamin.

Setelah bertahun-tahun menjadi peminat tegar Inteam, hanya pada hari itu, barulah aku menyedari betapa jelas dan murninya niat mereka berada di persada nasyid. Perjuangan mereka adalah untuk dakwah. Untuk Islam. Sekurang-kurangnya, mereka telah cuba melunasi tanggungjawab untuk ummah dengan cara mereka sendiri. Mungkin kerana itu Allah telah mengizinkan mereka berdiri hingga hari ini. Semoga mereka dikurniakan Allah kekuatan untuk terus memberi!

Juga, sesuatu yang berharga yang baru aku sedari - bahawa setiap apa yang berlaku, jika ianya di luar jangkauan dan perancangan kita, mesti ada hikmah di sebaliknya, dan bukan hanya mungkin! Sesungguhnya Allah itu Maha Hebat perancangannya.

Jadi, yakinlah dengan rahmat Allah. Dia takkan jadikan sesuatu dengan sia-sia. Semuanya terkandung hikmah dan pengajaran yang besar nilainya.

Akhi Hazamin feat Ustaz Erfino Johari, Berita Kepada Kawan.
Dirakam terus dari kamera seorang peminat tegar ini.

2 comments:

  1. Eherm eherm..Siapakah teman yang berlari ditepi jalan bersamamu ketika dikejar dek anjing itu?wakakkaa..

    ming ming

    ReplyDelete
  2. siapa lagi ming ming, takkan awak dah lupa. kita kan selalu wonderpets yang bekerjasama :D

    ping ping

    ReplyDelete