Thursday, December 17, 2009

Episod Mencuba

Memanglah aku seorang pencinta makanan yang tegar. Ini ialah episod mencuba resepi baru yang tak pernah dicuba sebelum ini. Kalau nak turut serta cuba-mencuba, dipersilakan =)

Sotong goreng tepung rangup

Resepi dicilok dari MyResipi.com dengan sedikit ubahsuai-perasan-pandai. Mudah dan cepat resepi ni, boleh tambah koleksi resepi 'masakan kilat' untuk kegunaan bila dah bekerja nanti. Hoho. Alhamdulillah, yang ini hasilnya tidaklah terlalu mengecewakan. Setakat nak dapat 2 1/2 out of 5 tu, bolehlah kot, hehe...lagi kes masuk bakul angkat sendiri.

Bahan-bahan :

Bahan A

500 g sotong calamari
Garam secukup rasa

Bahan B

1/4 cawan tepung jagung
1/2 cawan tepung gandum
3 sudu besar serbuk kari
Serbuk lada sulah
Serbuk lada hitam
2 biji telur

Cara membuatnya :

Bersihkan sotong dan gaulkan dengan garam secukup rasa.
Gaul rata bahan B kecuali telur.
Pukul telur.
Panaskan minyak untuk menggoreng, pastikan minyak benar-benar panas. Goreng secara deep-fry.
Celup sotong dalam telur, kemudian salut dengan tepung dan goreng hingga keemasan. =))

Salmon sweet sour

Ini hasil air tangan Yeng. Lima puluh bintang aku bagi kepada Yeng di atas kelazatan salmon sweet sour ini. Marvellous! Super-oishi!

Daging bakar air asam

Ini kes mengidam punya pasal. Semasa pergi beraya rumah Kak Ita hari tu, dia hidangkan kami daging bakar dan air asam yang sampai ke hari ini aku masih teringat-ingat. Lalu cubalah buat sendiri. Daging diperap dengan bawang putih, halia, serai dan lada hitam yang dikisar halus. Jangan lupa cucuk-cucuk daging dengan garpu atau pisau semasa proses marinating, supaya rasa bahan perapan tu menyerap habis ke dalam daging. Lepas tu grill hingga masak.

Bahan-bahan untuk air asam :

Asam jawa (sebesar telur)
1/2 sudu teh belacan
2 ulas bawang merah
7 biji cili padi
2 biji tomato
Garam
Gula

Cara membuatnya :

Campurkan asam jawa dengan air panas, kemudian tapis untuk dapatkan airnya.
Kisar sebiji tomato, belacan dan air asam jawa tadi.
Hiris halus bawang merah, tomato dan cili padi, masukkan ke dalam air asam yang yang dah dikisar. Masukkan garam dan gula hingga sebati rasanya. =))

Makanlah sepuas hati, jangan lupa berhenti sebelum kenyang.

No comments:

Post a Comment