Kami keluar bersarapan di sebuah kedai makan kecil berdekatan hotel. Hidangannya, Turkish bread dicicah sup yang beraneka jenis. Aku memilih sup salami, cuba untuk menguji kebolehan tekak sendiri. Mungkin kerana sup itu dihidang panas, ditambah dengan perut yang lapar, maka habis juga sup salami itu sepertiga mangkuk. Untuk makan selebihnya, aku dah mula rasa kembang pipi.
Sup salami dan roti Turki
Orang Bursa kebanyakannya tidak dapat memahami dan tidak mampu berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris, namun kesabaran mereka untuk cuba memahami apa yang kami sampaikan amatlah boleh dipuji. Orang Bursa juga lebih mesra dan suka menolong. Makanya, terjadilah adegan interaksi yang mengagumkan antara manusia dari dua tanah dan benua yang berbeza.Misi mendaki Uludag perlu diteruskan. Menaiki kereta kabel ke Uludag! Bunyinya sungguh menyeronokkan. Kami pergi ke tempat membeli tiket kereta kabel seperti yang ditunjukkan oleh tuan punya hotel tempat kami menginap. Malang juga, kereta kabel pun tidak beroperasi hari itu, kerana cuaca kurang mengizinkan. Kami akhirnya mencari teksi.
Sekarang adalah masa yang genting. Kami perlu naik ke Uludag dan turun kembali, dan pemandu teksi tersebut mestilah menunggu kami di sepanjang keberadaan kami di atas sana. Oleh itu, rundingan untuk mendapatkan harga termurah mestilah dilakukan bersama beberapa orang pemandu teksi yang sudah pun mengerumuni kami di stesen teksi berkenaan. Bagaimana?

Rajah di atas adalah cara kami menyampaikan kehendak kami kepada pemandu-pemandu teksi itu, iaitu bertolak pada jam 10 pagi dari Bursa, tiba di Uludag jam 11 pagi, tunggu kami bergambar di atas gunung sana, kemudian bertolak balik dari Uludag jam 2 petang. Bayaran akan kami lunaskan selepas kembali semula ke Bursa pada jam 3 petang.
Dua pemandu yang akan membawa kami ke Uludag bersetuju dibayar sebanyak 240 Lira untuk dua buah teksi yang akan membawa lapan orang dari kami. Perjalanan dimulakan. Salju memutih di kiri dan kanan jalan. Suhu semakin sejuk apabila teksi mendaki semakin tinggi. Jalan begitu curam, berselekoh dan sangat licin. Cuaknya tak terkata. Alhamdulillah kerana pemandu teksi tersebut sangat cekap dan begitu berhati-hati memandu di jalan yang sebegitu keadaannya.
Selekoh curam yang licin
Selepas sejam meredah bahaya, akhirnya kami selamat tiba di puncak Uludag. Alhamdulillah. Rasa gerun hilang, berganti dengan seronok dan teruja. Salji di sana sini!
Yahuuuuuu!!
Hasrat awal kami hanyalah mahu bergambar sahaja di puncak Uludag yang berais ini, tapi bila melihat pelancong lain bergelimpangan jatuh di sana sini mencuba ski - nampak macam menarik saja - apa salahnya kami turut serta alang-alang sudah sampai ke mari. Tempat ski di Uludag ini pula nampaknya tidaklah begitu besar dan berbahaya untuk peserta-peserta amatur seperti kami, tambahan pula sewa pakaian dan peralatan ski hanyalah 15 Lira! Rugilah tak cuba kalau semurah ini harganya!
Mari berski!
Bermulalah peringkat pertama iaitu mencuba sut serta kasut ski, macam robot saja semuanya. Pakcik kedai akan pakaikan kasut ski khas untuk setiap orang, berat macam tong gas kasutnya!! Nak angkat kaki keluar dari kedai pun susah. Nak usung set ski tu satu hal pula walaupun taklah seberat mana. Macamanalah orang-orang yang tabah hati nak berkelana di kutub utara semua tu, tak terfikir rasanya keadaan mereka.
Dah lengkap segala alat dan kostum, masa untuk tunjuk bakat pula. Kami yang tak tahu-menahu berkeras dengan pakcik penjaga untuk cuba menaiki kabel bergerak yang akan membawa kami ke tempat yang lebih tinggi, dan berski turun ke bawah. Puas pakcik itu menyuruh kami mencuba terlebih dahulu berski di bahagian bawah, tapi kami tak faham-faham nampaknya. Akhirnya, buat kena gelak dek pakcik tu saja sebab kabel bergerak tak sampai 10 meter pun, dah jatuh tergolek-golek semuanya.
Akhirnya berskilah kami di bahagian bawah. Masing-masing dengan pelbagai keanehan tersendiri. Ada yang jadi Sin Chan, ada yang jadi Tarzan, ada yang menjerit-jerit "Excuse me! Excuse me!" semasa ski menjunam turun ke bawah, ada yang terguling-guling, ada pula yang steady je, hehe. Aku? Tak payah cakaplah. Terkial-kial nak lekatkan kasut ke papan ski dah satu hal, lepas tu sekali turun dah tak larat nak naik balik. Akhirnya terbaring beramai-ramai atas padang salju yang sejuk tu.
Pakcik teksi yang setia menunggu kami ketawa terbahak-bahak dari jauh melihat aksi anak-anak Malaysia yang jatuh bangun mencuba bakat berski. Berbaloilah juga membayar 15 Lira, untuk percubaan yang entah bila pula boleh dibuat selepas ini.
Teka siapa paling hebat ski?
Perut dah lapar. Rasanya hampir dua jam juga kami bermain di puncak Uludag ini. Akhirnya kami bertolak pulang ke Bursa semula selepas memulangkan kembali peralatan ski. Uludag kami tinggalkan dengan perasaan puas.
Tiba di Bursa, kami makan tengahari, bersolat dan terus merayau-rayau di pekan Bursa yang masih dilitupi salju. Menjengah-jengah Yildrim Bazaar, tapi nampaknya tak sehebat Grand Bazaar di Istanbul. Tapi tetap ada hasil 'tangkapan'nya. CD Kumpulan Nasyid Raihan pun ada dijual di sini.
Kami merayau hingga ke malam. Misi mencari makanan pelik diteruskan lagi. Kami singgah makan malam di sebuah kedai makan berdekatan hotel sebelum pulang. Geng ronda Bursa yang diketuai oleh Kak Madihah, telah melawat Ulucamii dan bazar sepeninggalan kami ke Uludag, dan telah dijemput oleh seorang makcik Turki yang baik hati untuk ke rumahnya. Sekali lagi berlaku komunikasi unik seperti ayam bercakap dengan itik! Kami berkongsi cerita dan tawa.
Malam ini, mula berkemas kerana esok kami akan bertolak pulang ke Istanbul untuk penerbangan pulang ke London Luton jam 6.30 petang.
Zzzzz....mimpi berski...

No comments:
Post a Comment