Friday, December 18, 2009

Turkey Episode 4 : Bursa

Discovering Turkey episod keempat. Punyalah lama terperap dalam draft folder. Hampir setahun sudah kenangan bersama Turki berlalu pergi, dah berhabuk pun, baru terhegeh-hegeh nak update. My bad.

Hari keempat di bumi Turki, hujan turun membasahi bumi. Agak lebat, namun ia tidak membataskan semangat kami untuk menyambung perjalanan. Kami akan meninggalkan Istanbul hari ini.

Selepas bersarapan, kami terus check-out dari Big Apple Youth Hostel, menaiki tram ke Zeytinburnu, sebelum berjalan ke jeti feri yang terletak kira-kira 15 minit berjalan kaki dari stesen berkenaan. Apapun nasib tidak menyebelahi kami, feri ke Bursa tidak dapat beroperasi pada hari itu berikutan cuaca buruk dan laut bergelora. Mahu tidak mahu, kami terpaksa juga menaiki bas ke Bursa walaupun ianya akan memakan masa yang lebih panjang dari menaiki feri.

Kami berpatah balik ke Zeytinburnu, menaiki tram sekali lagi, kali ini menghala ke stesen bas. Seorang wanita Turki yang baik hati telah mengiringi kami, menunjukkan jalan hingga sampai ke stesen bas. Alhamdulillah, kami bernasib baik kerana sampai di stesen bas kira-kira 10 minit sebelum bas bertolak.

Akhirnya kami tinggalkan kota metropolitan Istanbul. Bas berpramugara (ada pelayan hidangkan kopi dan snek dalam bas OK!) itu bergerak hingga ke Pelabuhan Yenikapi. Oh, gembiranya kerana dapat juga merasa naik feri! Yang mabuk laut, tidur diam-diam dalam bas ye (Aku la tu..isk..isk). Feri akhirnya berlabuh di Pelabuhan Yalova selepas kira-kira sejam perjalanan merentasi Laut Marmara. *Kurang pasti betul ke laut ni, kalau salah betulkan ye*


View Larger Map

Dalam feri, dari Yenikapi ke Yalova

Hari sudah beransur malam ketika kami akhirnya tiba ke Bursa, yang terletak di kaki Uludang Mountain. Salju putih terhampar di sana-sini di bandar Bursa. Sudahlah gelap dan sejuk, perut pula semestinya sudah lapar. Tempat menginap juga belum ditemui. Dua, tiga hostel yang ditanya, semuanya mengenakan harga yang kurang berpatutan. Kami akhirnya mengambil keputusan untuk 'berteduh' seketika di Zafer Plaza, sebuah pusat membeli-belah di tengah kota Bursa, memandangkan semua sudah capek kepenatan dan kesejukan. Kami terus menyerbu food court di tingkat atas Zafer Plaza untuk makan malam.

Bursa yang dingin

Sambil yang lain ditinggalkan berehat di Zafer Plaza, aku bersama Kak Iffa, Kak Aina dan Yenn keluar meredah salji mencari Tourism Office. Terjengket-jengket kami menapak di atas jalan berais. Kak Iffa terpaksa dipapah kerana tapak kasutnya memang dah out-of-service. Hehe. Alhamdulillah, mujur pejabatnya tidak terlalu jauh, dan masih dibuka. Pekerjanya pula baik hati dan ramah-tamah. Terasa hilang penat bila diberi layanan sebegini. Pekerja tersebut memberikan kami peta Bursa dan menanda tempat penginapan yang dicadangkan. Hanya 200 meter dari situ. Alhamdulillah.

Kami berempat terus berjalan menghala ke hotel berkenaan. Berjalan hingga nampak Ulucamii (Ulu Mosque) dan masuk ke lorong kecil serta melalui pasar basah Bursa. Hotel kecil itu dimiliki oleh pasangan suami isteri yang sungguh budiman. Harga yang dikenakan juga murah. Hati riang bukan kepalang.

Pakcik dan makcik tuan punya hotel kecil yang comel.

Kami bertiga berpatah balik ke Zafer Plaza untuk menjemput teman-teman lain serta mengambil beg. Syok juga meredah salji di waktu malam walaupun kesejukan mencengkam hingga ke tulang.

Tiba di hotel, kami semua terus bersiap-siap untuk masuk tidur. Sebelum tidur, ada bedtime story sejarah bersama Kak Madihah. Mengenai sejarah Bursa, yang suatu ketika dahulu telah berjaya dirampas dari taklukan Byzantine di zaman Osman Gazi. Juga kesinambungan empayar Uthmaniyyah yang diteruskan oleh anaknya Orhan Gazi - yang nama mereka ada terpahat di jejambat bawah tanah di Bursa ini.

Masa untuk tidur. Hari esok dijangka lebih seronok. Selamat malam semua!

No comments:

Post a Comment