Jam 5 pagi tadi aku terjaga bila telefon berlagu menandakan ada mesej masuk.
Dari Abiy adikku.
Kak, ore blh 5A je....huhuhu...
Begitu bunyi mesejnya, diikuti tiga smiley menangis.
Aku dapat mentafsir nada sedih dan kecewa pada mesejnya. Jarang adikku yang satu ini berdukacita. Tetapi pada hari ini dia tidak seperti selalu.
Aku lantas menelefon rumah. Kata mak, sejak balik dari sekolah tadi, dia menangis dan berkurung di dalam bilik.
5A untuk Bahasa Melayu, Matematik, Geografi, Kemahiran Hidup dan Pendidikan Islam. B untuk Sejarah, Bahasa Inggeris dan Sains. C untuk Bahasa Arab, subjek yang paling menjadi musuh ketatnya. Pada aku ini bukanlah dikategorikan sebagai gagal, kerana dia sudah banyak menunjukkan peningkatan berbanding sebelum ini.
Aku lantas membalas mesejnya.
Abiy, jgn sedih2. Dapat 5 pun dah ok, alhamdulillah, hok penting improve. Abiy baru nak masuk form 4, banyak masa n peluang lagi nak belajar betul2 dan baiki prestasi. Kak tahu Abiy dh buat hok terbaik. Tak semestinya xdapat 9A, sampai bila2 gagal. Mana tahu masa depan Abiy mungkin lebih baik dari kak sendiri. Hok penting jgn putus asa n kena usaha lg kuat, Allah x akan hampakan kita kalau kita betul2 bersungguh...
Mana mungkin aku dapat bergembira di saat dia berduka. Aku hanya mampu menitipkan doa semoga Allah memberikannya semangat untuk dia terus berusaha, kerana perjalanannya masih terlalu jauh.
Abiy, my endless support is always for you! Jangan mengalah, kerana gagal sekali bukan bermakna gagal selamanya!
No comments:
Post a Comment