Monday, December 7, 2009

Pahala Free, Setiap Hari!

Mengapa manusia dicipta dan apa tujuannya?

Kumpul harta berjuta-juta ke?
Belajar tinggi-tinggi, pecah rekod sana-sini, berebut jadi headline newspaper ke?
Nak kuasa, ada kuasa boleh buat apa saja, dunia ini ana yang punya ke?
Nak berseronok dan bergembira, enjoy life to the fullest babe, taubat nanti tua ke?
Ataupun, tidak ku pinta lahir ke dunia, buatlah apa-apa saja ke?

Allah dah beri jawapannya sejak mula.


"Dan tidaklah aku ciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepadaku." [az-Azriyat:56]

Allah menciptakan manusia, untuk beribadah kepada-Nya.

Oleh itu, adakah kita perlu beribadah selama 24 jam sehari semalam? --> Ya!


Tapi, adakah itu bermakna, 24 jam harus duduk di tikar sembahyang, rukuk, sujud dan meratib sepanjang masa? --> Mestilah tak!

Habis tu, macamana?

Selain ibadah khusus yang wajib dan sunat - sembahyang, puasa, zakat, haji, baca al-Quran, qiamullail dan sebagainya - apa saja perbuatan baik yang kita lakukan, akan dinilai sebagai ibadah di sisi Allah dan insyaAllah diberi ganjaran oleh-Nya!


Betul ke semudah itu? --> Ya! Mengapa tidak?

Buatlah apa saja perkara yang baik, baik untuk diri sendiri, lebih-lebih lagi perkara yang membawa manfaat kepada orang lain - belajar, hadiri majlis ilmu, ajar orang lain, tolong orang yang memerlukan pertolongan, hatta mengalihkan ranting kayu di jalanan untuk memudahkan perjalanan orang lain pun dikira ibadah.

Alah, tu kan benda-benda baik yang tipikal!

Tidur, makan untuk dapat tenaga untuk beribadah, mandi untuk kesegaran tubuh badan, tolong tutup suis lampu dalam kelas, kemas rumah, masak untuk kenyangkan orang lain, cuci toilet, susun kasut kat rak, beli barang keperluan rumah, buang sampah, bagi tempat duduk kat orang tua dalam bas - pendek kata, memang senarainya tidak akan pernah habis! Semuanya adalah ibadah!!

Betapa mudah untuk mendapat pahala free, setiap hari - malah di setiap detik kehidupan kita!

Pun begitu, mestilah ada prinsipnya.

Mestilah niat ikhlas kerana Allah, bukan kerana manusia, bukan kerana sesiapa, barulah amal perbuatan kita diterima oleh-Nya.

Mestilah perkara yang dibenarkan oleh syarak. Ingat, niat tidak akan menghalalkan cara!

Mestilah menjaga sunnatullah dan syari'atullah. Berusaha dan bertawakal!

Mestilah bersabar dan bersyukur sentiasa. Jangan putus asa, jangan juga cepat lupa diri!

Mesti juga jaga diri dari melakukan perbuatan yang boleh menghapuskan pahala kita sekelip mata. Jaga hati dan pancaindera!

Mari sama-sama perbetulkan dan ikhlaskan niat. Semoga segala perbuatan baik kita diterima di sisi Allah dan dikurniakan ganjaran yang besar oleh-Nya, serta dapat membantu kita di alam sana, yang ketika itu tidak akan ada lagi yang dapat menolong kita selain rahmat-Nya.

*Adaptasi dari pengisian Study Circle Rabu, 2-3.30 pm, Newcastle University Mosque

No comments:

Post a Comment