Ayam percik, dalca daging, kurma daging, sambal taucu, ikan kering, ikan bawal masak merah, sambal belacan dan tembikai.
Pakej lengkap lauk kenduri di majlis pertunangan emak saudaraku. Dimasak bergotong-royong oleh orang kampung. Orang kampung aku masak memang tip-top.
Ikan keli percik
Dah lama teringin makan keli percik. Nak buat, kurang kerajinan + kurang pandai bab-bab percik ni. Nak beli, tak tahu di mana yang sedap. Yang ni ada orang bagi hadiah, dahlah besar ikan kelinya, isinya lemak dan kuah perciknya pula perfect. Kepada yang memberi, terima kasih daun keladi, lain kali bagi lah lagi, hehehe.

Kerabu perut ala-Siam
Selalunya orang Kelantan buat kerabu perut bersantan. Rasanya lebih lemak tapi aku lebih tertarik pada kerabu perut jenis ini selepas mencubanya di Restoran Wira Klasik Seksyen 17 Shah Alam semasa di INTEC dulu. Ianya sangat mudah disediakan, dan guna cuka makan instead of santan. Macam acar lebih kurang. Letak cili api banyak-banyak sampai berasap telinga ye, baru thrill.

Nasi goreng Pattaya seafood
Ini biasa saja. Nasi goreng taruk sotong, udang dan chicken ball yang dibalut dengan telur. Tambah hotdog untuk menambahkan lagi ke'mewahan'nya. Kalau kat kedai, mahu harganya sampai RM 5. Buat sendiri, RM 2 pun tak sampai kot.

Chicken rice hentam sajalah
Masak nasi ayam dengan adikku Syahirah. Konon-konon nak suruh emak berehat dari rutinnya hari tu. Sama je dengan nasi ayam biasa yang lain, cuma ayam diperap lama sikit resepi marinade main hentam - bawang putih, halia, tomato, oyster sauce, madu dan kicap pekat yang diblend halus.

Begedil ayam
Sangat teringin untuk cuba buat sendiri begedil, maka di rumah hari tu sempat cuba dua kali. Pertama kali buat, rasa begedil tu dah ada cuma terlalu lembik sikit. Kali kedua cuba, tambah sikit tepung jagung, then it works!

Ketayap kari ayam dan kentang
Selalu kuih ketayap orang buat inti kelapa, tapi aku dan adik-adik tak berapa gemarkannya, jadi ganti dengan inti kari ayam dan kentang yang kering (tak guna santan) untuk memenuhi demand.

Tat nenas
Aku tak participate semasa mak dan adikku Syahirah membuat tat nenas, kerana ianya agak leceh bagi orang-orang yang kurang kesabaran macam aku. Raya tahun ini kami decide untuk buat dua jenis saja kuih raya memandangkan tahun ni rezeki sangat murah, orang bagi hadiah kuih raya berkoyan-koyan kot, terutama dari student ayah. Alhamdulillah.

Almond chocolate cookies
Yang ni, aku bergotong-royong buat dengan Syahirah juga. Aku bancuh dan buat doh, kemudian kami sama-sama terap dan dia jaga oven. Simple aje cookies ni, amik dalam buku resepi Chocolates & Bakings. Topping kat atas tu kami berdua yang mengada-ngada nak buat guna white chocolate, konon-konon nak suruh cantik.

Roti jala & kuzi ayam
Kuzi ayam untuk hari raya, macam biasa mak yang buat sebab semua orang belum lulus lagi memasak benda-benda berat macam ni. Aku cuma tolong prepare bahan-bahannya saja. Roti jala, Abby yang bancuh, kemudian aku, Mudd dan Syahirah bergilir-gilir 'menebar jala', menggulung dan merasa! Kemudian bergaduh pulak, semua pun mahu mempertahankan kehalusan roti jala hasil tangan masing-masing. 'Pemenang'nya ialah ayah. Hehehe.

No comments:
Post a Comment