Wednesday, September 23, 2009

Aidilfitri's Flash

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang telah memberikan kesempatan untukku meraikan Aidilfitri tahun ini di kampung halaman, bersama keluarga tercinta, setelah 2 tahun beraya dan berdendang perantau jauh di tempat orang. (Baru 2 tahun dah kecoh, huahua)

Apapun, aku semestinya menghargai Aidilfitri sebagai sebenar-benar hari kemenangan dan kebahagiaan.

Dan hatiku semestinya sentiasa di sini, bersama mereka.


Amni Mardhiah, Haji Mohd Zaid (Tok Ayah), Hajah Habsah (Tok Ma), Aiman Syakir
Aimi Syahirah, Ain Hidayah, Azri, Amelina, Alyaa Najwa



Hari raya kedua, memenuhi undangan teman sekelas di zaman kanak-kanak yang akan menamatkan zaman solonya. Cepatnya masa berlalu. Macam baru semalam kami bermain teng-teng bersama-sama di padang sekolah, tiba-tiba hari ini dah ada antara kami yang mula menempuh fasa baru dalam kehidupan. Ini yang pertama dalam batch kami. Selepas ini, giliran siapa pula ya?

Selamat pengantin baru Farhana & Faidzal. Semoga perkahwinan kalian mendapat restu dan barakah dari-Nya serta berbahagia hingga ke syurga.

Kenduri kat kampung pulak. After 7 years not having any big kenduri...em..pastinya kenduri kali ini yang paling ditunggu-tunggu. Suasana memang jauh lebih meriah bila kenduri tidak menggunakan khidmat caterer. Semuanya dibuat bergotong-royong dalam satu keluarga besar, penuh keriuhan. Paling kesian, pengantin sendiri yang kena turun padang untuk buat semua benda from the scratch. Tapi pengalaman tu la yang menjadikan majlis lebih bermakna, begitu pula kata si pengantin.

Preparing the gifts. Riuh, kecoh, kepoh.

Fondant cake yang telah tereksiden di saat pengantin mahu naik ke pelamin. Terlungkup habis ke lantai simen di muka pintu rumah. Alhamdulillah tiada kecacatan, ajaib sungguh.

Majlis akad nikah 2 Syawal 1430H

Kanak-kanak me'ligan' pelamin. Nasiblaa tak runtuh...

Dato' Husam Musa turut hadir memeriahkan walimah

Setelah penat berkenduri...

Selamat pengantin baru Cik B & Uncle Sham
May Allah bless u both, semoga menjadi pasangan yang berbahagia hingga ke syurga

No comments:

Post a Comment