Hari ini hari kedua saya menjalani ROS.
Hari ini saya belajar tentang satu perkara. Belajar menjadi rumput.
Pagi-pagi lagi saya menerima memo guru ganti untuk mengawas peperiksaan pra-PMR tingkatan tiga. Waktu pengawasan saya, yang tertera di jadual berkenaan ialah pada 10.40 pagi.
Jam 10.20 pagi, saya membantu beberapa orang guru sains menyusun kertas soalan peperiksaan Sains di bilik guru. Sedar yang saya ada lebih kurang 15 minit sebelum naik ke kelas tingkatan tiga, lima minit lebih awal kerana saya tidak mahu membuatkan guru yang bertugas sebelum saya menunggu terlalu lama.
Kemudian ada dua orang pelajar datang.
"Cikgu, siapa yang jaga kelas 3 AF? Cikgu A dah lama tunggu."
Cikgu B, yang menyerahkan memo guru ganti kepada saya pagi tadi, menjawab bagi pihak saya,
"Pukul 10.40 kan? Sekarang baru 10.25. Cikgu ni yang jaga, sekejap lagi dia naiklah."
Dua orang pelajar itu beredar. Selang beberapa ketika saya nampak Cikgu A meluru masuk ke dalam bilik guru.
"Siapa Cikgu ROS 3?" Soalnya dengan kasar sambil bercekak pinggang. (Cikgu ROS 3 adalah merujuk kepada saya.)
"Saya."
"What are you doing here? You're supposed to be in the class right now kan?" Wah, bukan main lagi dia 'menyembur' saya di hadapan beberapa orang guru lain, termasuk guru-guru lelaki. Cikgu B yang tadinya membacking saya di hadapan pelajar terus terdiam tak terkata.
Tua tak tua, senior tak senior. Pantang benar aku dengan orang yang marah tak tentu hala atas muka, depan orang macam ni!
Saya keluarkan jadual yang ada pada saya dan tunjukkan padanya.
"I know, but it supposed to be 10.40. I was told that I've to be there by 10.40, so as stated in this memo," saya menjawab, cuba seboleh mungkin mengawal intonasi suara agar tidak berbaur emosi. Walaupun hati saya panas, tapi saya tak mahu menjadi petrol yang menyimbah ke dalam api yang sedang marak.
"Jadual dah berubahlah! I've been waiting for you to take over the class since 10.10. Your friend called you kan? Tak tengok phone ke?!"
Saya menggagau handphone yang silent di dalam beg dengan perasaan geram dan kesal. Memang ada 2 missed calls dari Fasyareena, 5 minit lepas.
Apalah dosa aku hari ni, isk!
Cikgu B yang menyerahkan memo guru ganti kepada saya tadi cuma membisu, dan hanya berpandangan dengan rakannya yang seorang lagi.
Saya malas hendak bersoal jawab lagi.
"Dia tengah buat kerja tadi, manalah sempat nak tengok phone," Alhamdulillah, Cikgu B akhirnya membela saya.
Cepat-cepat saya capai fail dan handbag. Lagi lama saya di sini, lagi terbakar rasanya. Saya takut nanti saya berlaku biadap pula dengan orang yang sepatutnya saya hormati. Baran saya pun boleh tahan juga, jadi baik saya angkat kaki!
"I'm really sorry if that was my mistake. Saya hanya ikut memo yang dapat dari PK 1, kalau saya dah salah faham, saya minta maaf."
Cikgu A berlalu pergi sebelum sempat saya habis berkata-kata. Cikgu B memandang saya. Ada raut simpati di wajahnya.
"Sabarlah, kita kalau kerja memang akan ada keadaan macam ni," pesannya.
"Tak apa Kak B. Saya faham."
Saya tidak mahu menuding jari menyalahkan sesiapa. Mungkin ini 'pelajaran' untuk saya hari ini, bahawa itulah realiti kerja yang akan saya hadapi tidak lama lagi.
Saya bersyukur, kerana sekurang-kurangnya saya mampu bersabar dan memegang utuh pesanan emak pagi tadi sebelum saya keluar ke sekolah,
"Jangan tunjuk besar kepala, kita orang baru kena bersedia untuk ditegur. Kalau ada apa-apa, kawal marah tu sikit."
Jangan berat untuk menundukkan ego. Jangan berat untuk merendah diri. Tapi jangan takut untuk menyuarakan prinsip yang benar.
Jadi seperti rumput yang melata di bumi, duduknya merendah namun tak luruh dipukul ribut!
Salam Kak In,
ReplyDeleteSemoga akak terus kuat melalui cabaran2 ni. Hazira doakan yang terbaik untuk akak, insya Allah :) Moga2, dgn niat ikhlas akak mengajar, bergande2 pahale dari Tuhan.
Sedih baca blog post akak, sbb rase mcm satu hari nanti mesti hazira akan lalu bende yg sama.
Lagi sebulan nak balik Newcastle, taknak balikkk. Haritu terpikir, mcm mane agaknye rase kt sane dh takde org yg buatkan puding marble, nasi kerabu, nasi ayam, nasi tomato, takde org jumpe kt masjid mase lunch time, takde terserempak dgn akak2 sume on the way pg sekolah. Rindu :(
Hazira doakan moga dipermudahkan semua urusan. Ganbatte, Kak In!!!
hahaaa.rink,kalo aku mesti aku da mnyembor ckgu tuh..haha
ReplyDeletehazira :
ReplyDeleterinduuuuuuu...bile teringat kebestan kite besame, rse nak pulak masuk dalam luggage korang ikut balik newcastle..isk
plg rindu usrah 124. masjid uni. juga soto hazira, nasi ayam lemon sheeda dan segala macam makanan sedap yg korang semua masak..
takpe hazira, enjoy mase study ni..dah keje karang, macam2..nak hadapi karenah orang yg pelik2 lg..isk..kena pekakkan telinga, butakan mata, tabahkan hati..
all the best 3rd year..may Allah grant u with success in the world n hereafter..even kita mungkin dah tak berselisih kat masjid uni mase lunch hour atau mase pegi skolah, tapi akak doakan yg terbaik utk hazira & semua kt sana..
rinduuuuuuuuuuuu korang T________T
salam perkenalan....hmmm...baru ROS...cuba bayangkan masa praktikal lak...macam2 lagi kerenah org yg kita kn hadapi.....
ReplyDelete