Sunday, August 22, 2010

Diari ROS 1

Hari ini saya memulakan tugas sebagai pemerhati di SMK Ismail Petra, dan akan berada di sini selama 9 hari untuk Rancangan Orientasi Sekolah (ROS) bagi memenuhi syarat-syarat lulus Kursus Perguruan Lepasan Ijazah yang sedang saya ikuti, dan juga bagi melayakkan saya menjalani praktikum Januari depan, dan seterusnya memberikan lesen kepada saya untuk menjadi seorang pendidik.

Hujan renyai sepanjang hari ini. Semendung semangat saya kepada dunia keguruan ini.

Saya sepatutnya melangkah ke sekolah pagi ini dengan perasaan penuh teruja, tapi sejujurnya, ia hampir menjunam ke paras kosong. Ya, kosong!

Ya Allah, berilah sedikit kekuatan kepada saya untuk melangkah.

Alhamdulillah, pentadbir sekolah dan guru-guru (ie teman-teman sepejabat baru) semuanya memberikan kerjasama dan semangat yang cukup padu. Saya dapat ramai teman baru di kalangan guru-guru perempuan di bilik guru, baik yang sudah masuk kategori senior mahupun yang masih muda, semuanya tidak lekang dengan pelbagai nasihat untuk orang baru yang masih hijau seperti saya.

Sepanjang hari ini kerja saya bersama Fasya dan Fatihah banyak bertumpu kepada school tour dan sesi fotografi, selain diminta bertugas mengawas peperiksaan pra-PMR tingkatan tiga dan menolong guru-guru sains menyediakan kertas soalan peperiksaan.


Tiap patah doa kesejahteraan mulia "Assalamualaikum cikgu!" yang diucapkan oleh para pelajar yang berselisih bahu dengan saya, melahirkan satu perasaan yang tidak mampu saya ungkap dengan kata-kata.

Pengalaman baru, semestinya untuk setiap saat yang berlalu. Saya mengharapkan hari seterusnya lebih baik lagi, dan akan kembali menaikkan semangat saya yang senipis sel epitelium ini.

Berkali-kali saya memotivasi diri sendiri.

You're doing such a noble job. Allah will count every single word that you teach to your students, insyaAllah. Ikhlaskan niat, semoga ini ketentuan yang terbaik untuk diri, semoga apa yang saya buat ini akan menjadi pemberat timbangan amal saya di akhirat nanti!

Siaran langsung dari bilik guru SMK Ismail Petra

2 comments:

  1. Assalamualaikum my dear sister,

    Salam ramadhan dari akak. moga amal tahun ini lebih baik dr sebelumnya,moga diberikan keampunan dan rahmat dari Allah swt.

    Kenapa semangat pudar ni? Jangan2,jgn dilayan! insyaAllah akak yakin u will b a gud teacher. Jangan biarkan external factors controlling you. Moga Allah berikan kekuatan. doa akak sentiasa mengiringi awk dan dayana n amni. jg diri di sana. uhubbuki fillah abadan abada

    ReplyDelete
  2. rink,aku suke ah tgok muke ko dlm gmbr sebijik mcm ckgu sejati..hehe

    ReplyDelete