Hari-hari terakhir di sini akan berlalu dengan sekelip mata.
Konvokesyen, meraikan tetamu dan berkemas sebelum mengucapkan sayonara.
Menghela udara musim panas British sepuasnya.
Melihat sekeliling dan menghargai segalanya.
Semuanya harus saya rakam kemas dalam kotak minda.
Kerana entah bila lagi saya akan menjejakkan kaki semula.
Atau mungkin juga tidak lagi untuk selamanya.
Saya akan rindu luruhan daun keemasan.
Saya akan rindu putih salju berhamparan.
Saya akan rindu jambangan segar bungaan.
Saya akan rindu jejak jalanan yang saya tempuhi saban hari.
Tapi yang paling saya akan rindui
Adalah sebuah ukhuwwah yang tidak pernah bertepi.
Yang tidak pernah mengukur masa.
Yang tidak mengenal kau siapa, aku siapa.
Yang tidak mungkin dapat dibeli di mana-mana.
Kerana kalian,
sahabat teristimewa yang Allah anugerahkan untuk insan kerdil seperti saya.
Atas ukhuwwah yang berpaksikan aqidah
Atas silaturahim yang bertunjangkan mahabbah
Saya sayang kalian semua, kerana Allah.
Kerana kalian adalah sebahagian dalam kehidupan saya.
Berpisah kita cuma di mata
Dalam doa tak pernah dilupa
Berpisah kita cuma di dunia
Moga Allah satukan di syurga.
Abu Hamzah Anas bin Malik r.a., who was the servant of the Messenger of Allah, reported that the Prophet SAW said :
None of you truly believes (in Allah and in His religion) until he loves for his brother what he loves for himself
[al-Bukhari & Muslim]
i already miss that moment rink!!!!
ReplyDelete