Tuesday, November 27, 2012

It's Over and Sayonara...

Alhamdulillah.
Semua sudah berakhir.
Sejujurnya, saya benar-benar lega setelah berjaya menyelesaikan amanah ini.
Bersama 8 putera dan 18 puteri 5 Haytham,
Berkimia dari awal hingga ke akhirnya.
Saya memohon keampunan Allah sekiranya ada khilaf saya sepanjang bersama mereka.
Apapun saya sudah berusaha membantu mereka apa yang terdaya.
Tidak terhitung lagi masa dan tenaga yang dikorbankan untuk mereka.
Saya hanya mengharap redha Allah dalam setiap detik waktu saya bersama mereka,
dan mengharap barakah Allah dalam setiap ilmu yang saya curahkan untuk mereka.

Saya bukanlah guru yang sempurna
Kosong pengalaman diberi kepercayaan mendidik mereka
Sebahagian dari tenaga yang memacu masa hadapan mereka
Tetapi inilah yang menjadikan mereka istimewa
Kerana sudi menerima saya apa adanya
Kerana menadah telinga mendengar saya meleteri mereka
Kerana tidak berdendam apabila ditegur sekali-sekala
Kerana sering menghapuskan duka di hati saya
Kerana sering menghiburkan dan mewarnai sebahagian hidup saya
Kerana sudi berusaha bersungguh-sungguh untuk masa hadapan mereka

dan

Kerana dah buat yang terbaik dalam subjek saya.

Jauh di hati kecil, sedih hendak melepaskan anak-anak semua pergi.
Saya tahu air mata pasti menemani.
Tetapi saya bangga dengan anda semua.
Dan tiap ketika saya berdoa
"Ya Allah kau jadikanlah anak-anak didikku ini,
sebagai orang yang berjaya di dunia dan akhirat,
sebagai hamba-Mu yang sentiasa takut akan kemurkaan-Mu,
sebagai pembela dan penegak agama-Mu"

Sayonara 5 Haytham.
Cikgu akan rindu saat bersama kalian semua.
Pergilah ke mana-mana meneroka ilmu Tuhan,
dan sematlah di dalam hati,
untuk meraih redha-Nya dalam apa jua yang kalian lakukan!


No comments:

Post a Comment