Tuesday, October 23, 2012

Car Crash

Assalamualaikum readers,

13 Oktober. Sabtu. Jam 8.20 pagi. Jalan Taiping-Bagan Serai berhampiran SK Teluk Medan. Saya telah ditimpa kemalangan jalan raya. Alhamdulillah tiada kecederaan jiwa, meskipun kereta sudah remuk menghancur-luluhkan pandangan mata.

Malas. Tak ada mood. Nak ponteng! Pra-kemalangan..

"Weh aku tak payah masuk kursus LADAP esok, hehehe..." Beritahu teman sejabatan saya Ahmad sebelum habis sekolah hari Jumaat, di makmal Bio. Lebar sengihannya memberi petanda dia amat lega kerana tidak perlu masuk ke kursus Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP) esok pagi. 

Siapa saja yang rajin berkursus di akhir-akhir tahun ni, erghhhh.....

"Awat hang takyah masuk?"

"Aku kena bawak budak catur ke Titi Serong pagi esok."

Saya terdiam. Dalam ribut kerja yang banyak akhir-akhir ini, memang super-lengai nak masuk kursus yang akan mengorbankan separuh dari hujung minggu saya. Bukannya tak boleh buat hari biasa, lepas waktu sekolah. Hari Sabtu juga yang nak diguna. Erghhh...

"Wehhhh boleh tak agihkan budak-budak tu dalam kereta aku sekali. Bagi le aku bawak juga, hehe." 

Saya sekadar bergurau sebenarnya. Tapi kalau betul-betul bagus juga, saya lebih rela bawa budak dan sambil tunggu budak saya boleh bawa laptop dan siapkan kerja atau siapkan tanda kertas peperiksaan. Masa akan digunakan dengan lebih berkualiti di situ. 

"Betul ke hang nak bawak budak sekali? Elok juga. Ada 2 lelaki, 2 perempuan. Kalau hang pergi, boleh tolong bawak budak perempuan." Ahmad terus membuka jalan kepada saya.

"Boleh juga. OK aku pergi esok pagi. Budak perempuan, bagi aku bawa."

"OK set. Aku suruh budak tunggu pukul 7.30 kat asrama. Nanti aku habaq kat Pengetua yang kita dua tak masuk LADAP esok."

Eh eh cikgu, kita dah langgar..... Detik kemalangan

Lambat sungguh budak-budak bersiap. Agak lama kami berdua menanti dalam kereta masing-masing. Lelaki lebih lambat bersiap. Bukan sebab berbedak, tapi sah-sah lepas Subuh lena semula di katil asrama, manakan tidak hujan gerimis bagai mengulit dan memanggil lena. 

Kami bergerak dengan kelajuan sederhana dalam renyai hujan. Saya seperti biasa, berborak dengan pelajar perempuan tentang peperiksaan, exco asrama baru dan sebagainya. Speedometer saya hanya mencatat bacaan 60-70 km/h waktu itu, mengekori kereta Ahmad di hadapan.

Tiba-tiba Ahmad brek mengejut di hadapan. Saya tekan brek sehabis daya, sehabis pedal. Tapi...
gummmm!

"Eh eh cikgu, kita dah langgar kereta Cikgu Ahmad." Tenang sahaja reaksi Amirah di sebelah. Saya pandang mukanya yang selamba. Masya Allah, macamana saya boleh tak perasan yang budak ni tak pakai seat belt sebenarnya! Selalunya kalau bawa pelajar itu perkara pertama yang saya paksa mereka buat apabila naik kereta saya.

"Alamak alamak alamak aku dah langgar kereta Ahmad! Matilaaaaaaah aku!"

Saya diam sekejap. Entah kenapa fikiran lebih terfokus kepada kereta di hadapan yang telah selamat saya langgar. Confirm kemek punya. Boleh tahan kuat bunyinya tadi. Nasib baik tak merempit dengan kelajuan 100 km/h, kalau tidak, mungkin saya dah....

Aku tiada perasaan~ Pasca kemalangan

Saya keluar dari kereta perlahan-lahan. Tak sanggup nak tengok kesan elastic collision yang berlaku tadi.
Kereta Ahmad kemek sedikit, dan bumper belakangnya dah lari dari kedudukan asal. Senget-benget. Ampunkan aku wahai kereta, sesungguhnya aku amat tak sengaja! Kereta saya? Erghhh...bumper depan terjongket, hancur. 

Rupanya Ahmad dah langgar sebuah kereta Viva di hadapannya. Kami di lane kiri, dia di lane kanan. Dia brek, tetapi tiba-tiba saja terus potong hadapan kereta Ahmad, masuk ke lane kiri dengan sempoinya. Sebab itu Ahmad brek mengejut. Kesiannya kawan saya, keretanya depan belakang kena hentam!

Saya malas hendak bercerita lagi tentang pemandu Viva yang pada saya amat pentingkan diri itu. Sudahlah tak mengaku salah, tak mahu ke balai, kawan saya pula yang kena bayar ganti rugi padanya. 

Lalu saya terpaku di tepi jalan, memandang lesu mekanik memotong bumper kerana kalau tak kereta saya tak boleh jalan, tayar dah melekat pada bumper yang kemek. Jangan lupa, perjalanan menghantar budak catur mesti diteruskan!

"Weh, kalaulah hang tak ikut aku hantar budak...." Ahmad menggaru kepala yang saya yakin tak gatal. Mukanya pun memang menunjukkan dia juga dalam penasaran.

"Tak apalah, benda dah nak jadi. Kesian kat hang la, aku langgar lagi..."



Mekanik potong bumper, ikat tali agar tak terburai di jalanan. Enjin masih tip top
OK mari kita teruskan perjalanan. Rasa macam bawa kereta antik.

Selesai semuanya, saya bertawakkal kepada Allah untuk memandu kereta rongak terus ke Titi Serong, dalam 20 km lagi ke hadapan. Saya kena kuatkan diri kerana saya tak mahu lebih menyusahkan orang.
Selamat sampai di Titi Serong, Ahmad hubungi kawannya yang boleh membantu kami. Lalu saya memandu lagi kereta rongak ke Ibu Pejabat Polis Trafik Bagan Serai.



Alahai DBT. Pilu hatiku melihatmu.

Ampunkan daku wahai PJW!

Alhamdulillah laporan polis tidak mengambil masa yang lama. Sebaik sahaja Encik Polis ambil lesen memandu saya, terus dia menukar dialek.

"Laa..cikgu ni ore Kelate ko? Eh, ore Kale Chepo?"

"Hor. Ore Kelate jugok ko?" Saya bertanya soalan bodoh. Takkan dia orang Uganda kot!

"Sekapung la kito ni. Rumoh mok sayo di Taman Seri dekat airport tu."

Alahaiiii betapa kecilnya dunia!

Selesai semuanya, datang pula Tuan Sarjan. Nampak bengis. Alahai takutlah juga saya memandang beliau. Lantas beliau mengarahkan saya dan Ahmad naik kereta polis.

Hah, naik kereta polis???!!

Alamak, apalah dosaku hari ini. Tak pernah seumur hidup saya naik kereta polis.

Ahmad pandang saya dengan pandangan yang amat blur.

"Weh, dia suruh kita naik," saya mengulang perintah Tuan Sarjan kasut berkilat itu.

Kami berdua naik. Kereta dipandu perlahan, merentasi semak-samun dan berek polis tinggal yang rupanya amat menyeramkan. Ke mana dia nak bawa kami?

Ya Allah selamatkanlah hamba-Mu ini dari sebarang kecelaan. Ahmad, apa-apa jadi hang kena selamatkan kawan hang ni dulu! Saya berdoa dan bermonolog dalam hati ketika ini.

Rupanya beliau bawa kami ke pejabat pegawai penyiasat di bahagian hujung sekali. Kuss semangat.

"Cikgu tunggu di sini dulu. Cikgu, ikut saya." Tuan Sarjan kasut berkilat mengarahkan saya menunggu di tempat menunggu yang boleh tahan seram juga sambil mengarahkan Ahmad masuk ke pejabatnya.

Kena soal siasat ke? Ke kena masuk lokap? Ke kena soal desak yang polis tumbuk-tumbuk meja tu? Takutnyaaaaa...! 

Hati saya melambung-lambung monolog. Antara saspen dan takut.

Saya buka selipar, cuba berjingkit perlahan ke arah pintu yang tertutup. Ada percubaan mengendap di situ. Saya dapat dengar suara Ahmad tapi tak dapat menangkap butir perbualan mereka. 

20 minit saya menanti dengan penuh penyeksaan jiwa di depan pintu misteri ini.

Akhirnya Ahmad keluar, tersengih-sengih. 

"Hang masuk je. Aku dah cerita semua dah kat dia."

Saya masuk dengan setertib mungkin. Nyaris tersadung kasut berkilat Tuan Sarjan di muka pintu.

"Minta lesen ya cikgu."

"La..rumah kat Pengkalan Chepa ke? Dekat UMK?"

"Ha'ah, dekat je."

"Ohhh..anak saya belajar kat situ. Bla bla bla..." (5 minit berkisah tentang anaknya yang belajar di UMK)

"Ayah kerja apa, kat mana?"

"Ayah cikgu juga. Mengajar di SMK Pengkalan Chepa."

"Ohhhh...saya tahu sekolah tu! Dah banyak kali pernah lalu masa pergi tempat anak. Bla bla bla..." (3 minit)

"Cikgu anak ke berapa?"

"Anak sulung dari tujuh, tuan."

"Ohhhhh...anak sulung. Baguslah. Kita sebagai anak sulung kenalah bla bla bla..." (5 minit ceramah bertajuk 'Jadilah Anak Sulung Yang Berwibawa')

"Bujang lagi? Bila nak kahwin?"

"Err..tak fikir lagi."

"Eh, kita kena fikir dan rancang bla bla bla..." (5 minit kursus 'Petua Mencari Jodoh')

Dalam hati saya -  Bila la Tuan Sarjan ni nak tanya pasal accident?

"OKlah cikgu. Dalam hal ni saya terpaksa saman cikgu sebab cikgu langgar kereta Cikgu Ahmad."

"Samanlah tuan. Saya memang dah bersedia untuk disaman. Saya dah la sebatang kara di sini, elok juga kalau tuan boleh bagi saya diskaun nanti...." Sempat aje, hehehe...

Phewww...lega! Saya melompat keluar dari pejabat Tuan Sarjan kasut berkilat dengan sekeping surat saman.

Tamatlah hari berkenaan setelah saya melambai perpisahan kepada DBT, sekurang-kurangnya untuk tiga minggu!

Syukur pada-Mu ya Allah. Dalam Engkau menguji aku, tak semua yang Engkau tarik nikmat-Mu dari aku. Sekurang-kurangnya aku masih boleh berlari dan melompat walaupun kereta dah remuk. Sekurang-kurangnya aku tinggal di kuarters sekolah dan boleh berjalan kaki atau tumpang jiran sahaja pergi kerja sepanjang ketiadaan kereta. Sesungguhnya Engkau benar-benar tidak akan menguji aku dengan apa yang aku tidak mampu menanggungnya!

Hati-hati di jalan raya. Jaga jarak anda.