Saturday, July 20, 2013

Demi Duit Raya

Saya berborak dengan adik bongsu saya Beel di talian petang tadi.

"Beel puasa penuh berapa hari dah?"

"4 hari."

"Banyaknya tinggal puasa. Potong duit raya."

"Alaa..jangan la potong. Kak bagi la duit raya penuh. Lepas raya nanti Beel puasa ganti la."

=.='


Friday, July 12, 2013

Ramadhan Kareem, Ramadhan Mubarak

Salam Ramadhan penuh keberkatan...

Rugikan kalau tak mengejar pahala dalam bulan mulia ini? Jaminan untuk bertemu Ramadhan akan datang tiada siapa dapat memberi, justeru mengapa dibazirkan waktu begitu sahaja?

Malam ketiga berterawih di Surau Darul Taqwa Kampung Tersusun Jalan Gula, saya 'sentap' dengan kata-kata seorang ustaz semasa tazkirah.

"Dok kejar kerja-kerja-kerja, kayanya tak jugak. Kerja tak akan pernah habis. Jangan sampai mengejar kerja duniawi, kita menjadi orang yang muflis di akhirat nanti."

Allah...jauhkanlah kami dari menjadi orang yang sia-sia dan rugi. Janganlah Engkau hinakan kami di dunia, lebih-lebih lagi di akhirat-Mu yang kekal abadi!

p/s : Readers berbuka dengan apa hari ini? Selamat menikmati rezeki yang barakah dan jangan membazir! Saya masak sotong goreng kunyit berlada saja petang ni. Selamat berbuka!