'Maka nikmat TuhanMu yang manakah ingin kamu dustakan?' [55:13]
Alhamdulillah Allah telah mentakdirkan inilah jalan kami. Inilah pertemuan untuk kami, di dunia yang sementara. Semoga Allah mentakdirkan pula jodoh antara kami di syurgaNya.
Dan Allah telah mengaturkan takdir pertemuan kami, jauh lebih hebat dari apa yang kami mahukan, harapkan atau sangkakan.
'Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu sedang ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.' [2:216]
Mohd Hassan & Nik Amelina.
Dua nama yang tidak pernah bersua muka.
Dua insan yang tidak mengenal kau siapa aku siapa.
Dua entiti yang dihantar ke benua berbeza.
Tapi Allah aturkan pertemuan yang tak disangka.
Tiada sebarang phone calls sebelum diijabkabul.
Tiada kata cinta mabuk rindu sebelum dihalalkan.
Sekadar email, SMS, Whatsapp menghurai aktiviti harian.
"Belajar sampai England, kahwin macam orang zaman dahulu."
Boss saya membuat ulasan.
Terima kasih. Saya percaya cinta orang dulu selalunya kekal ke hujung usia.
"Telefonlah dia. Apa salahnya. Sekadar tanya khabar tak mengapa."
Terima kasih. Itu tak perlu.
15 Ogos 2014, 9.36 pm.
Allah menjadi saksi penyatuan hati kami.
Restu ayah bonda teguh mengiringi.
Pertama kali menjadi makmumnya semasa solat sunat nikah,
esak syahdu mengiringi getar kasih yang teramat indah.
Terima kasih Allah. Atas nikmat pinjaman-Mu.
Terlalu sedikit aku bersyukur namun Kau terus-terusan juga memberi kurnia.
Mr H
Thank you for accepting me the way I am.