Saturday, September 28, 2013

Bila Jatuh, Bangunlah Kembali

Akhir-akhir ini banyak sekali cabaran mendatangi hidup saya.
Mungkin semuanya bersifat keduniaan sahaja
Tetapi sudah tentulah kalau saya tersalah langkah
Akan buruk juga padahnya 'di sana' nanti.

Masuk kelas, risau dengan situasi students yang tak bermotivasi
Peperiksaan semakin hampir
Tapi macam tak membawa erti
Ada yang belum punya buku pun lagi
Attitude masih sama
Seolah hidup tidak punya cita-cita
Semua mahu mengharap dipapah jalannya
Malas hendak menggunakan akal, hanya mahu penyelesaian segera
Saya terlalu risau
Apa yang mereka mahu dari kehidupan ini sebenarnya?

Luar kelas, waris menyerbu tunjuk taring
Tiada lagi hormat, budi bicara dan diplomasi
Hilang sudah perkataan yang mulia
Tiada apa yang elok di mata mereka
Benar kami para guru perlu muhasabah diri
Tetapi apa sebenarnya salah kami?
Kalau rasa sudah terlalu sempurna
Maka didiklah anak sendiri ya

Susah rupanya untuk berdiri atas satu prinsip
Bila manusia hanya tahu mencari salah dan cela
Tidak ada lagi sangka baik di dalam jiwa
Pendapat berlainan dikira berhaluan kiri
Bekerja dalam diam dianggap ada macam tiada
Tidak mengapa
Biar Allah saja menilai apa yang ada di dalam hati
Saya tidak mengganggu sesiapa
Saya tidak cenderung kepada mana-mana
Saya ada banyak kerja yang perlu dihabiskan
Saya ada amanah yang masih belum diselesaikan
Jadi
Tolong buat kerja dan hitung cela sendiri saja ya
Saya tak mahu buang masa memikirkannya

Ya Allah, tiada daya dan upaya, juga pertolongan melainkan dari-Mu
Bila aku jatuh, Kau bantulah aku, untuk bangun kembali!

No comments:

Post a Comment