Thursday, February 12, 2009
Di Penghujung Garisan
Friday Nite Fever. Agenda hujung minggu lepas. Bunyinya tak ubah macam weekend party dekat mana-mana pub di sekitar Newcastle ni, cuma weekend party ni dimesra alamkan dengan dibuat di rumah instead of pub, ada movie instead of crash music, ada makan-makan instead of 'drinking', ada aerobik dan yoga instead of dance, dan ada slot motivasi instead of being drunk. Idea bernas Kak Iffa untuk anjurkan aktiviti melepak secara berfaedah, untuk merapatkan lagi tautan hati antara kami disambut baik oleh semua. Iklan dan promosi secara bertubi-tubi dilancarkan di Facebook. Sasaran awal adalah seramai 40 orang lebih kurang, iaitu semua bujang muslimat tak kira undergrad atau postgrad, tak kira dari Newcastle, Northumbria atau Sunderland. Semuanya dijemput hadir.
Semestinya, rumah bujang bernombor 81 yang paling gah di Fenham inilah yang menjadi lokasi pilihan. Walaupun hanya separuh sahaja dari yang dijemput menghadirkan diri, tetapi weekend party kali ni tetap berjalan meriah, dan semua orang really really have fun!
Slot motivasi secara santai yang dikelolakan oleh Kak Madihah, mencuri perhatian semua, dan sungguh membuatkan aku merenung, menginsafi diri yang banyak kekhilafan ini.
"Kita tahu, yang kita adalah umat akhir zaman, dan bila namanya pun akhir zaman, it means that we are approaching the end of the world. Jadi, sampai bila kita nak bertangguh untuk melakukan perkara-perkara kebaikan? Sampai bila kita nak bertangguh untuk beribadah betul-betul? Sampai bila kita nak bertangguh untuk bertaubat?"
"Kalau kita buat checklist, tanda-tanda kecil kiamat yang manakah yang sudah keluar. Semuanya dah ada, kan? Yes, semua! Adakah kita masih hendak menunggu tanda-tanda yang besar, nak tunggu dajal or whatever keluar dulu then baru hendak bertaubat dan melakukan perkara-perkara kebaikan? Apakah kita hendak menunggu saat di mana pintu taubat sudah ditutup, baru kita hendak bertaubat?"
"Kalau kita reflect balik, apa yang kita buat sekarang, belajar jauh-jauh, jauh dari mak ayah, adik-beradik, itu semua pengorbanan kan? Jadi, apa harga yang kita bayar untuk sebuah pengorbanan tu? Adakah dengan datang sini, berseronok-seronok, bershopping sakan? Semestinya kita nak buat perkara-perkara berfaedah, untuk menebus pengorbanan yang dah kita lakukan tu, kan?"
Apa yang diperkatakan oleh Kak Madihah itu, walaupun sambil tergelak-gelak diselang seli jenaka olehnya, bukanlah pesanan biasa-biasa yang sekadar singgah sekejap di telinga, sebaliknya sesuatu yang harus difikirkan dan dibawa bermuhasabah. Sejauh mana kita bersedia, dalam pada setiap hari masa pantas berlalu membawa kita semakin hampir ke penghujung garisan itu?
Sesi motivasi berakhir. Dengan hidangan sekotak popia sayur Wing Hong, piza dan entah apa-apa lagi makanan yang rapu lagi merapukan, kami semua mula 'membuka panggung' sewaktu jam sudah menunjukkan pukul 10.30 malam. Rumah 81 ada LCD projektor, jadi memang tak kalah kalau nak dibandingkan dengan menonton midnight movie di Aspen atau di GSC Mid Valley, apa lagi dengan keadaan yang lebih selesa, semua orang bebas terbaring di atas sofa atau dalam sleeping bag, merata-rata di ruang tamu yang luas.
Semua bersepakat memilih untuk menonton filem Dead End yang tahap seramnya agak menghisteriakan satu rumah. Seronok betul. Aku sampai termimpi-mimpikan si hantu Marcott tu. Panggung tidak berakhir setakat itu sahaja, sebaliknya bersambung lagi dengan filem Slumdog Millionaire pula.
Sesi bersambung pagi esoknya, dengan solat Subuh berjemaah dan tazkirah ringkas secara share and discuss oleh semua. OK, masa yang ditunggu dah tiba. Nasi lemak!
Tribute to Kak Iffa dan Kak Ija yang bersusah-payah menyediakan bahan-bahan dan memasak nasi lemak sambal sotong dengan penuh kasih sayang. Perghh!
Semua dah kembung, kena exercise la pulak. Sesi beraerobik dan beryoga. Semua pun tersangat gembira melakukannya, kecuali aku yang hanya mengikuti sesi warm up sahaja kerana terpaksa bersiap-sedia untuk bertugas di sekolah balai sebentar lagi.
By the way, all of us are having lots of fun. Memang fever habis! Alhamdulillah. Thanks to everyone. Ada waktu kita buka panggung lagi, insyaAllah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment