Sunday, June 14, 2009

Cuti-cuti Malaysia!

Kepala masih berputar, mata masih berpinar. Kononnya melompat zon waktu dan cuaca.

Alhamdulillah, aku selamat terjun keluar dari perut pesawat pada 7.37 pm 8 Jun lalu di lapangan terbang yang hanya sejengkal dari rumah ini. Leganya tidak terhingga. Esok paginya terus saja aku bergegas menghadiri majlis pertunangan ibu saudaraku di kampung. Alhamdulillah, jetlag tidak menghalang sama sekali selera makan lauk kenduri yang lazat. Gagaga =D

Cik B's engagement : Mari menumpang tuah, dan aku memang langsung out-of-theme, hahaha

Belum sempat pun keluarkan barang dari luggage, esoknya dah terus berangkat ke Perak. Apa? Perak?! Sengaja aku 'separa mendesak' ayah untuk membawa kami berjalan-jalan kali ni, sementelah pada waktu aku pulang, sekolah dan universiti masih bercuti, dan kami 7 beradik berkumpul bersama. Pada aku, lokasinya tidaklah begitu penting, apa yang penting adalah peluang keemasan untuk berkumpul kami sekeluarga, yang tidak patut disia-siakan.

Sudah lama tak berasak-asak 7 beradik dalam kereta, berebut tempat duduk yang paling banyak dapat rasa air-cond, bergaduh, bertekak, kata-mengata, luku-meluku kepala, kena leter dengan mak dan lain-lain, yang mana bunyinya memang kurang senonoh tetapi impaknya sangat besar, terutama untuk aku yang sudah berbulan-bulan didiagnos menghidap sakit rumah yang kritikal. It's the moment which I'm waiting for. Syukur pada Allah yang masih memberikan kesempatan ini. =) =) =)

Berasak-asak dalam kereta. Kalau naik 'kereta kotak' dah tentu aku kena duduk dalam enjin.

Taiping, here we come. Daripada banyak-banyak lokasi, akhirnya bandar tua ini yang menjadi pilihan. Kali terakhir aku ke sini kira-kira 13 tahun lalu. Tiada nostalgia unik di bandar kecil yang bersejarah ini, cuma aku memang sukakannya. Entahlah kenapa.

Target ayah untuk berlepas jam 7 pagi tersasar sejam setengah apabila ada seorang insan yang terlambat bangun gara-gara tidur waktu negara lain. Huhuhu. Nasib baik excuse diterima, kalau tak, mahu aku ditinggal terkulat-kulat seorang di rumah.

Cuaca baik di sepanjang perjalanan. Singgah sekejap di Tasik Banding di Gerik dan akhirnya kami tiba di Taiping jam 2 petang.

Ayah memilih untuk menyewa homestay di pinggir bandar Taiping berbanding menyewa hotel. Dengan ramai-ramai macam ni, mana best duduk hotel. Tak boleh buat bising lebih, nanti ganggu orang. Homestay lebih bebas, selesa, luas dan boleh buat macam rumah sendiri. Hehehe.

Petangnya kami hanya ambil angin di Taman Tasik Taiping. Ayah awal-awal lagi dah berlunjur di tebing, penat memandu.

Mudd mengayuh angsa. Exercise konon. Jangan harap la boleh kurus =P


Gajah dengan Ning suka la tu dapat naik bot keliling tasik

Selepas solat Maghrib, kami makan malam di medan selera di tengah-tengah bandar. Sewaktu berkunjung ke Taiping 13 tahun dulu pun, pernah juga makan di tempat ni. Memang boleh thumbs-up. Dan inilah saat yang aku tunggu-tunggu. Yeeeha! Tom Yam Khoong panas pedas menjadi pilihan. Diikuti pula dengan Yong Tau Foo Taiping yang memang terkenal sedapnya, macam tak ingat dunia aku makan. Warning mak supaya aku berhati-hati dengan seafood tak aku hiraukan. Kita tengoklah nanti akibatnya. Huhuhu.

Taiping's Tom Yam Khoong. Rasanya perghh...tapi kesannya hanya Tuhan yang tahu!

Dan seperti yang diduga, malam itu memang langsung aku tak dapat tidur. Hidung terasa gatal menyucuk-nyucuk diikuti bersin yang bertubi-tubi. Mata pula bengkak. Padan muka aku! Huhuhu. Harap-harapnya aku tidak terjatuh sakit pagi esok, dan merosakkan percutian keluarga kali ni.

"Kenapa kak bersin banyak kali, kak kena H1N1 ke?" Tanya Gajah. Hisy, budak ni! Mulut takde insurans sungguh.

11 Jun

Alhamdulillah, hari ni rasa macam get better. Selepas sarapan, kami bertolak ke Pulau Pinang yang hanya memakan masa satu jam dari Taiping. Sewaktu merentasi Jambatan Pulau Pinang, barulah kantoi yang rupanya ayah ada penyakit gayat macam aku juga. Huhu. Ke mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi kan?

Oleh kerana perjalanan ke Penang adalah bertemakan 'main redah je', maka semua orang pun berebut-rebut hendak menjadi GPS ayah. Lawan siapa lagi cekap hafal jalan.

Penang here we come!

"Ayah, orang rasa dah betul ikut sini kalau nak pergi pasar buah pala tu. Tadi kita dah lalu ikut balai polis ni, pasar tu belah kiri." GPS Mudd.

"Eh, ini dah sampai jalan masjid negeri ni. Kena patah balik ni ayah." GPS aku.

"La, kenapa tak tanya polis aje, kan senang?" GPS mak. Hehehe.

"Ayah, tu kan balai polis tadi tu. Betul la. Memang kat sini." GPS Syahirah.

"Dik rasa macam dah dua tiga kali kita lalu ikut Methodist Boys School ni. Kita dah sesat ke ayah?" GPS Adik.

Semua pun hampeh. Dapat 'buah langsat' saja. Hahaha. Setelah puas berpusing-pusing akhirnya barulah kami berhenti di pasar buah pala. Bukannya nak shopping sangat, mengacau kedai orang saja lebih. Agaknya Cina kat pasar tu pening melihat kami adik-beradik yang tak reti diam tangan, kaki dan mulut. Hehehe.

Syahirah tanpa segan silu berposing di depan kedai orang.

Menjelang tengahari, dah habis kami jelajah Georgetown. Destinasi seterusnya : Bukit Merah! Sebelum itu singgah makan tengahari di R&R apa entah. Aku dengan tanpa seriknya makan seafood lagi. Inilah orang kata tak hargai nikmat sihat. Sihat sikit, terus lupa diri. Huhuhu.

Bukit Merah!

Kami bersolat di Bukit Merah Laketown Resort. Orang sangat ramai dan cuaca pula panas. Salah timing ni. Kami akhirnya mengambil keputusan untuk tidak masuk ke Water Park, (tak best nak main air kalau orang ramai sangat) tapi sebaliknya ke Eco Park. Asalnya ayah hendak membawa kami naik bot ke Pulau Orang Utan, tapi bot pula tak jalan sebab air surut. Tak apa, tak ada rezeki. Apa boleh buat.

Gajah eksyen betul. Nak jalan sorang-sorang masuk Eco Park!

Gajah la yang paling seronok dapat masuk Eco Park sebab dia suka haiwan. Ada banyak kategori taman pula dalam ni. Tapi untuk masuk ke Taman Reptilia, hamba tidak sekali-kali. Huhuhu.

Susahnya nak tangkap gambar family!

Penat meronda di Eco Park, kami keluar. Rasa gatal kembali menyucuk-nyucuk hidung. Bersin pula bertubi-tubi. Rasa macam hendak demam pun ada. Ya Allah, harap-harapnya ini hanyalah tanda-tanda seafood allergic sahaja, minta dijauhkanlah dari terkena wabak itu. Huhuhu.

Lemah longlai..huhuhu

The 4 troublemakers

Satu-satunya gambar family - tapi pak guard yang amik gambar tu tak bilang pulak dah! Grrr..

Souvenir dari Bukit Merah - pensel orang utan yang cute

Kami berada di Bukit Merah hingga petang, selepas itu barulah bertolak balik semula ke Taiping. Malam itu - aku memang betul-betul demam dan....selsema! Oh tidak! Nauzubillah, minta dijauhkan, minta dijauhkan.

12 Jun

Masih demam, namun kedegilan mengatasi segala-galanya. Pagi ni aku tibai pulak nasi lemak sambal kerang. Mak dah malas nak nasihatkan aku lagi. Hehehe. Kita lihat nanti apa akibatnya bila degil melampau batas.

Sebelum pulang, kami singgah di Kuala Kangsar, saja pusing-pusing ke Istana Bukit Chandan, Masjid Ubudiah, Istana Iskandariah, MCKK dan Sekolah Clifford yang terletak di bandar diraja itu.

Masjid Ubudiah Kuala Kangsar

Aku? Bertambah kronik. Enam jam perjalanan balik aku hanya bersin, bersin dan bersin saja. Mata pun dah bengkak. Aduii, insaf...insaf. Alhamdulillah kerana paracetamol yang aku telan menampakkan kesan. Kurang sikit rasa saspen takut-takut dihinggapi wabak..er..


Gajah dah tak semangat bila kakaknya sakit..huhu

Tapi, ada sesuatu yang membuatkan aku tergelak gila-gila punya. Di lebuhraya Gerik-Jeli, kami menemui seekor gajah di tengah jalan! Comot betul gajah tu, entah dari hutan mana datangnya dia, dok berpusing-pusing atas jalanraya. Yang paling gembira, tentulah peminat setianya si Gajah. Hahaha.


Gajah!!!!!!!!!

Alhamdulillah akhirnya selamat sampai rumah jam enam petang. Really had a wonderful time! Perasaan seronok yang sukar digambarkan, bukan kerana dapat berjalan-jalan, tapi kerana dapat mengulangi kembali momen-momen manis kami sekeluarga berkumpul bersama, macam zaman kecil-kecil dulu.

Aku melanjutkan demam dua hari lagi. Tapi alhamdulillah bebas dari wabak itu. Legaaaa...

Cuti panjang lagi, nak ke mana pulak ya?

=) =) =)

No comments:

Post a Comment