Sepanjang cuti
summer 3 bulan hari tu, tak adalah setiap hari masuk dapur memasak dan menyediakan hidangan sepenuhnya sendiri. Setakat tolong-tolong mak tu adalah. Tapi alhamdulillah merasa jugalah bermacam-macam jenis juadah yang memang dah lama 'kempunan'.
Ayam percik, dalca daging, kurma daging, sambal taucu, ikan kering, ikan bawal masak merah, sambal belacan dan tembikai.
Pakej lengkap lauk kenduri di majlis pertunangan emak saudaraku. Dimasak bergotong-royong oleh orang kampung. Orang kampung aku masak memang tip-top.
Ikan keli percikDah lama teringin makan keli percik. Nak buat, kurang kerajinan + kurang pandai bab-bab percik ni. Nak beli, tak tahu di mana yang sedap. Yang ni ada orang bagi hadiah, dahlah besar ikan kelinya, isinya lemak dan kuah perciknya pula
perfect. Kepada yang memberi, terima kasih daun keladi, lain kali bagi lah lagi, hehehe.
Kerabu perut ala-SiamSelalunya orang Kelantan buat kerabu perut bersantan. Rasanya lebih lemak tapi aku lebih tertarik pada kerabu perut jenis ini selepas mencubanya di Restoran Wira Klasik Seksyen 17 Shah Alam semasa di INTEC dulu. Ianya sangat mudah disediakan, dan guna cuka makan
instead of santan. Macam acar lebih kurang. Letak cili api banyak-banyak sampai berasap telinga ye, baru
thrill.
Nasi goreng Pattaya seafoodIni biasa saja. Nasi goreng taruk sotong, udang dan
chicken ball yang dibalut dengan telur. Tambah
hotdog untuk menambahkan lagi ke'mewahan'nya. Kalau kat kedai, mahu harganya sampai RM 5. Buat sendiri, RM 2 pun tak sampai kot.
Chicken rice hentam sajalahMasak nasi ayam dengan adikku Syahirah. Konon-konon nak suruh emak berehat dari rutinnya hari tu. Sama je dengan nasi ayam biasa yang lain, cuma ayam diperap lama sikit resepi
marinade main hentam - bawang putih, halia, tomato,
oyster sauce, madu dan kicap pekat yang di
blend halus.
Begedil ayamSangat teringin untuk cuba buat sendiri begedil, maka di rumah hari tu sempat cuba dua kali. Pertama kali buat, rasa begedil tu dah ada cuma terlalu lembik sikit. Kali kedua cuba, tambah sikit tepung jagung,
then it works! Ketayap kari ayam dan kentangSelalu kuih ketayap orang buat inti kelapa, tapi aku dan adik-adik tak berapa gemarkannya, jadi ganti dengan inti kari ayam dan kentang yang kering (tak guna santan) untuk memenuhi
demand. Tat nenasAku tak
participate semasa mak dan adikku Syahirah membuat tat nenas, kerana ianya agak leceh bagi orang-orang yang kurang kesabaran macam aku. Raya tahun ini kami
decide untuk buat dua jenis saja kuih raya memandangkan tahun ni rezeki sangat murah, orang bagi hadiah kuih raya berkoyan-koyan kot, terutama dari
student ayah. Alhamdulillah.
Almond chocolate cookiesYang ni, aku bergotong-royong buat dengan Syahirah juga. Aku bancuh dan buat doh, kemudian kami sama-sama terap dan dia jaga
oven.
Simple aje
cookies ni, amik dalam buku resepi Chocolates & Bakings.
Topping kat atas tu kami berdua yang mengada-ngada nak buat guna
white chocolate, konon-konon nak suruh cantik.
Roti jala & kuzi ayamKuzi ayam untuk hari raya, macam biasa mak yang buat sebab semua orang belum lulus lagi memasak benda-benda berat macam ni. Aku cuma tolong
prepare bahan-bahannya saja. Roti jala, Abby yang bancuh, kemudian aku, Mudd dan Syahirah bergilir-gilir 'menebar jala', menggulung dan merasa! Kemudian bergaduh pulak, semua pun mahu mempertahankan kehalusan roti jala hasil tangan masing-masing. 'Pemenang'nya ialah ayah. Hehehe.
LontongWalaupun tiada antara kami yang ada darah Johor atau kahwin dengan orang Johor, tapi lontong tetap menjadi kemestian di hari raya. Ini pun mak buat sepenuhnya, kami semua tolong 'tibai' aje, hehehe.
Sate-sate MalaysiaAyah teringin nak makan sate, lalu senyap-senyap dia tempah dari kawan dia. Kuah kacang mak yang buat, dan nasik impit, segera punya aje. Ini hidangan pagi raya pertama.
Masuk ke dapur, yang menjadi kepuasan ialah apabila dapat mengenyangkan orang.
Setuju dengan aku?