Tuesday, May 10, 2011

Lei non potrà mai comprarlo da nessuna parte ...



I

Harganya terlalu mahal, dan tak mungkin dijual beli.

II

Setiap hari adalah memenatkan, tapi kepuasannya tidak tergambarkan.
Kecintaan terhadap profesion mulia ini semakin bernyala.
Jika awal pagi diiringi niat kerana Allah, maka eloklah keseluruhan hari.
Jika awal pagi tiada niat disertai, atau niat yang selain Allah, maka merudumlah prestasi.
Kesimpulannya,
bekerjalah kerana Allah untuk mendapat redha Allah
insyaAllah tidak akan ada istilah jemu dan lesu.

III

Maha Suci Allah
Yang mempertautkan hati saya dengan anak-anak didik saya
Sepantas masa berkelip
Tautan kasih sayang dan keikhlasan
Saling memberi dan menerima
Hingga menjadikan mereka semua
Amat istimewa di hati saya

IV

Guru yang garang?
Tidak perlu dan saya tidak pandai untuk melakukannya
Saya lebih suka mendekati mereka
Berkongsi cerita, memecah kejanggalan
Bersama tawa, merungkai segan
Tapi masih dalam had dan batasnya
Berempati pada situasi tertentu
Bertegas bila keadaan perlu



V

Antara konstektualisme vs konstruktivisme
Guru sepanjang masa perlu kreatif
Perlu rajin
Perlu bersemangat
Perlu riang-ria
Perlu datang ke sekolah dengan berkotak teaching aids yang gempak
Antara menggalakkan pelajar meneroka dunia
Dan hambatan masa mengejar sukatan yang banyaknya tak terhingga

VI

Alhamdulillah. Allah knows best, always.

No comments:

Post a Comment