Monday, December 9, 2013

Limpahkan Kasih Sayang, Sebarkan Kebahagiaan

"Apabila kita memberi nasihat kepada orang lain, dan orang itu tak mahu menerima nasihat kita,
renungkan kembali, apakah kita telah beri kasih sayang yang cukup kepada orang yang kita nasihatkan itu."
- Prof. Dr. Muhaya Mohamad

Mendengar ini, banyak membuat saya termenung. 

Sebagai seorang pendidik, tentu sahaja saya sentiasa mahukan anak-anak didik saya menjadi insan yang terbaik. Terbaik ibadah, akademik, akhlak, sahsiah, moral, etika, common sense dan sebagainya.
Tetapi, dalam menuju ke arah semua itu, adakah saya telah memberi kasih sayang yang cukup buat mereka?

Pendidik adalah da'ie, mesti kaya dengan empati dan kasih sayang. Agar bisa melenturkan hati yang rawan, jiwa yang tidak keruan.

Tanamkan di dalam jiwa mereka, rasa kebergantungan, pengharapan hanya kepada Allah semata. Semaikan di dalam hati mereka, rasa takut dan gerun hanya kepada-Nya. Suburkan dalam diri mereka, kenikmatan memburu pahala dan padah berbuat dosa.

Easier said than done, as always.

Azam saya menjelang sesi persekolahan 2014, mahu lebih memberi kasih sayang kepada anak didik, dan tidak berkira dalam memberi kasih sayang kepada mereka. Love unconditionally, lillahi ta'ala.

Benar, pendidikan hari ini, tidak mendapat A+, A ibarat tidak dipandang sebelah mata. Tetapi boleh dibanggakah semua itu kalau solatnya tidak terjaga, al-Quran tidak dijadikan amalan dan panduan, bersikap kurang ajar dan lain-lain yang negatif?

Banyak perkara yang perlu direnung dan diperbaiki. Dan sebagai pendidik, sayalah yang perlu lebih dahulu bermuhasabah diri!

No comments:

Post a Comment