Monday, January 25, 2010

Post-Exam

Alhamdulillah, exam dah selesai.
Cuma berdoa, bertawakal dan mengharap yang terbaik untuk peperiksaan yang telah berlalu.
Juga telah kembali ke meja belajar seperti asal. Sebulan waktu mengulangkaji dan peperiksaan, aku memang memilih untuk mengulangkaji di lantai sambil menyepahkan segala nota di keliling pinggang - kononnya lebih santai, kurang stress dan kurang sakit belakang.

Semester terakhir, untuk tahun terakhir ini juga sudah bermula.
Agak hectic untuk 5 minggu pertama, kemudian untuk minggu-minggu seterusnya, cuma bersekolah 2 hari seminggu - Isnin dan Khamis.

Alangkah infinitinya nikmat masa lapang yang aku perolehi di tahun akhir pengajian ini.
Semoga aku tak biarkan ia berlalu begitu saja, kerana 3 kertas yang menanti pada penghujung Mei ini akan menjadi penentu samada aku akan grad atau tidak pada bulan Julai nanti.
Tolong doakan ye semua!

Tengoklah,
Allah dah beri nikmat masa yang sebegitu banyak (belum kira nikmat lain lagi ye, tak terhitung!)
Kita, tanpa segan silu setiap hari
buat dosa, buat maksiat - mata, telinga, hati, tangan, kaki
amal ibadat, mungkin buat, tapi jauh dari sempurna
tambah lagi komplen itu dan ini
yang tu tak best, yang ni tak kena
masa exam, sujud bukan main lama
doa penuh kudus, khusyuk dan tulus
hanya mengharap pada-Nya, sepenuhnya
tapi, bila sudah bebas merdeka
kenapa mesti susut prestasi ibadahnya?
lepas exam, dah tak perlu pergantungan pada Allah
macam tu ke?

Sungguh
tak akan terhitung nikmat yang kita kufuri
sedang Allah, yang Maha Pengasih pada hamba-Nya,
terus memberi

Tak malukah kita dengan Allah?

Sekadar muhasabah bersama, lebih-lebih lagi kepada empunya tangan yang mencoret!
p/s : Selamat tinggal Encik Jablonski! Maaf daku tak berupaya mencintaimu sepenuh hati,
kau memang membawa mimpi ngeri, semoga kita tak ketemu lagi!

No comments:

Post a Comment