Saturday, January 15, 2011

Lil' Bro Goes To School!

Gajah is now in Standard 1. How fast time flies, he's already approaching 7 this coming April. But for me, he'll always be my baby forever. I accompanied him for the very first day of his orientation in school, and he seemed so excited to mingle around with the new friends, new teachers and new environment (...and he totally ignored his big sister who came along with him on that day *sigh*)

So far Gajah enjoys school so much except for the homework - he keeps complaining to ayah and mak that the teachers only assign colouring activity everyday - he had done it millions back in his couple of years in kindergarten, no wonder he expects something more challenging in primary school.

To Gajah, may Allah guide you my dear lil' bro, to be a good slave of Him and proactive worker of Islam, one day insyaAllah.

Datang awal, duduk diam-diam dalam kelas.


Tunggu cikgu habis uruskan yuran. Dah mula menggeliat bosan.


Beratur dengan kawan-kawan baru. Sekali lagi, muka bosan sebab lama menunggu.


Cikgu tunjukkan cara membeli makanan di kantin.

Monday, January 10, 2011

Indecisive

OK. I have to decide where should I start my career. But it's not going to be easy. So I'm gonna list down all the pros and cons first, for each of the place that I'll put under my consideration.

Kelantan

Pros
1. Boleh duduk rumah dengan parents
2. Living cost sesuai dengan pendapatan
3. Tidak akan homesick lagi
4. Boleh jaga mak ayah dan pantau adik-adik
5. Boleh save duit banyak untuk kahwin dan sebagainya
6. Boleh deliver P&P dalam bahasa Kelantan, lebih lawas
7. Boleh selalu balik kampung temankan nenek dan atuk yang kesunyian
8. Mak dan ayah restu
9. Susah hendak beraktiviti kerana ada tapisan yang ketat dari mak ayah

Cons
1. Kelantan negeri paling susah nak masuk for first posting
2. Traffic jam kat KB yang super-duper kronik
3. Nak masuk kerja Kelantan kena pakai kabel dan saya tak mahu
4. Senario kerja yang melebihkan orang yang ada line politik even kerja hampeh
5. Tak berdikari sampai bila-bila
6. Tak boleh explore tempat orang
7. Susah nak sambung masters kalau nak ambil MSc sebab payah nak pergi bertapa dalam lab, kalau MEd boleh buat distant learning tapi saya tak minat education

Johor

Pros
1. Seceruk-ceruk mana pun, pedalaman Johor tak terlalu dahsyat
2. Senang nak sambung masters kat UTM especially in pure chemistry
3. Ada ramai kenalan kat sana
4. Ada adik lelaki sedang belajar di sana walaupun tak tahu membantu ke tak
5. Kalau dapat area selain JB, living cost insyaAllah affordable
6. Memang akan berdikari habis
7. Possibility untuk dapat Johor agak cerah sebab macam ada kekosongan postItalic
Cons
1. Ditentang keras oleh mak ayah
2. Jauh dari Kelantan, +/- 12 jam dengan bas, dengan tren lebih lagi
3. Kalau dapat JB, living cost tinggi tak terampun
4. Susah nak balik segera kalau ada emergency
5. Susah nak balik kampung dengan kadar yang terlalu kerap

Selangor/KL

Pros
1. Ramai sanak-saudara dan teman-teman di sana
2. Senang nak berukhuwwah dan beraktiviti
3. Kemajuan yang tak dapat disangkal lagi
4. Mak memberi sokongan
5. Senang nak sambung masters kerana universiti berlambak
6. Senang nak balik kampung kalau emergency, ada flight!

Cons
1. Saya tak suka tinggal di bandar besar!
2. Living cost tinggi dari segenap segi - sewa rumah, tol, etc
3. Sesak dan menyesakkan
4. Saya tak fikir mampu cope dengan student bandar yang pelik-pelik
5. Saya dan bakal suami memang sama-sama tak mahu settle down di sana
6. Saya rasa ia bukan tempat yang selamat untuk saya
7. Saya mungkin tak mampu untuk buat saving kerana ada banyak tempat shopping yang tempting

Melaka

Pros
1. Dicadangkan oleh ayah, sebagai jalan tengah dan dipersetujui oleh mak
2. Ayah suka Melaka for no reason
3. Melaka tak besar sangat
4. Tak terlalu jauh dengan KL dan Johor
5. Masih boleh diusahakan kalau nak sambung masters dekat UTM/UKM
6. Juga akan berdikari dengan jayanya

Cons
1. Masih dikira jauh dari Kelantan, susah juga nak balik ketika emergency
2. Saya akan sebatang kara di sana
3. Dengarnya seperti juga tiada kekosongan penempatan

Perak

Pros
1. Mak yang cadangkan, dan dah tentu dia setuju
2. Tak jauh dari Kelantan
3. Masih boleh berulang-alik kalau mahu sambung masters di UKM/UM
4. Boleh berdikari juga
5. Senang juga nak balik kalau ada emergency
6. Boleh balik dengan kerap juga sebab dekat dan tak sampai naik pening dalam kenderaan

Cons
1. Tak pernah terlintas atau terfikir untuk ke sana, jadi tak pernah buat kajian
2. Sebatang kara juga, kerana tiada sesiapa di sana

Isnin ini dah kena submit borang permohonan penempatan, macamana ni?!!!!

Ya Allah, aku sesungguhnya memohon petunjuk dari-Mu, lapangkanlah dadaku agar aku dapat membuat pilihan yang terbaik untuk masa depan kerjayaku, untuk keluargaku, untuk agama-Mu dan untuk diriku sendiri. Bantulah hamba-Mu yang lemah lagi tidak berupaya ini..

Saturday, January 8, 2011

Hujung Minggu

Hujung minggu, waktu yang paling sangat saya nantikan. Hanya waktu inilah dapat mengurus diri, berehat, membaca buku kegemaran dan membebaskan fikiran saya yang selalu saja semak.

Pagi Jumaat, awal-awal pagi lagi keluar menikmati roti telur dan secawan nescafe panas di kedai mamak. Kemudian terus ke Tasik Darulaman, untuk membuat halaqah. Seronok juga sesekali berusrah di tempat awam begini, kerana selalunya usrah kami hanya di bilik asrama saja. Liqa' kali ini kami berbicara tentang rezeki dan syukur. Berkait dengan isu kelewatan menerima elaun, sehingga masing-masing mulai merungut kerana ada banyak perkara yang perlu dilunaskan. Saya juga tidak terkecuali, kerana selain sudah menanggung ansuran kereta setiap bulan, saya juga hendak menghulur seratus dua kepada adik-adik yang masih di universiti dan sekolah bagi meringankan beban ayah di musim-musim awal persekolahan ini, servis kereta, hendak update antivirus laptop dan sebagainya.

Study circle - 3 dari 5

Apa yang saya insafi pada pagi Jumaat ini, mungkin saya tidak mewah dari segi wang kerana sedar saya punya tanggungjawab yang besar, tapi Allah mengurniakan saya nikmat kesihatan yang berpanjangan dan macam-macam lagi yang tentunya tidak mampu saya senaraikan. Alhamdulillah. Mari jadi hamba yang sentiasa bersyukur dengan apa yang ada.

Selesai berusrah, pergi ke Alor Setar bersama partner praktikum saya Anis untuk meninjau sekolah. SMKA Kedah di Lebuhraya Sultanah Bahiyah, lebih kurang 20 minit dari Jitra. Mungkin kami perlu turun lebih awal, bermula pagi 30 Januari ini, kerana jalanraya mungkin sesak. Selesai ke SMKA Kedah, kami menghala pula ke SMK Sultanah Bahiyah sebelum singgah ke Kolej Sultan Abdul Hamid, yang juga merupakan tempat praktikum teman sekelas kami.

Kolej Sultan Abdul Hamid yang sungguh kolonial dan klasik

Kembali ke asrama sekitar 12 tengahari, selepas Zohor saya ke Alor Setar lagi, kali ini pergi berlima. Lama juga saya menghabiskan masa memilih buku di Popular Star Parade sebelum memilih yang terbaik. Rindu untuk memborong buku di Amazon UK yang semurah 1 pence pun ada. Serius buku mahalllllllll di Malaysia!

Weekend depan, saya cuti 3 hari kerana Ahad adalah Hari Keputeraan Sultan Kedah. Tak sabar!

Wednesday, January 5, 2011

2000 + 11

Kasihan kamu.

Dah lama saya tak bercerita apa-apa kepada kamu. Sesungguhnya sejak pulang ke tanah air Julai lalu, kekangan masa amat dekat dengan saya. Saya ketandusan waktu lapang. Pun begitu, saya tidak pasti apa yang saya sibukkan sebenarnya.

Kalau kamu nak tahu, kehidupan ini tak pernah semudah yang disangka.

Mungkin saya selalu petik jari merancang itu dan ini, melihat masa depan dengan yakin dan pasti, seolah-olah seperti sayalah yang mengatur hidup saya sendiri. Tapi saya lupa yang Allah jauh lebih hebat perancangannya. Dan saya lupa, yang saya bukanlah sesiapa untuk menentukan bahawa dalam hidup ini, saya boleh memilih jalan mana yang saya sukai dengan semudah-mudahnya.

Setinggi langit saya memasang angan, dan setara itulah juga saya jatuh tanpa keseimbangan.

Kesannya, semestinya sakit bukan?

Allah masih sayangkan saya, kerana itulah Dia menyelamatkan saya lari jauh dari anganan yang tidak berkesudahan.

Kehidupan bukanlah boleh dilakar-lakar lariannya.

Saya tidak tahu apa ada pada 2011 untuk saya.

Praktikum selama 10 minggu bermula 30 Januari, diikuti peperiksaan akhir semester dan menamatkan kursus. Diikuti panggilan ke kursus induksi, dan mungkin juga BTN. Dan akan memulakan kerjaya secara rasmi, sebagai pendidik, sekitar akhir Julai atau awal Ogos insyaAllah.

Cuma saya masih dalam dilema untuk membuat keputusan ke manakah saya mahu melangkah.
Pilihan emak, mahukan saya berkhidmat di kampung halaman, sedang hati meronta untuk merantau. Lembah Klang, mungkin tidak akan termasuk dalam senarai pilihan. Jiwa saya tidak betah untuk tinggal dan berkhidmat di kota.

Saya serahkan hanya kepada-Nya untuk menentukan. Saya yakin, ketentuan-Nya adalah yang terbaik.

Kalau kamu hendak tahu,

Kehidupan ini sentiasa penuh dengan kejutan dan tanda tanya. Juga cabaran yang tiada penghujungnya.

Berdoalah, semoga Allah memegang hati-hati kita sepanjang masa.

Penghulu Istighfar

اَللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّيْ لاَ إِلَـهَ إِلاَّ أَنْتَ،
خَلَقْتَنِيْ وَأَنَا عَبْدُكَ،
وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتُ،
أَعُوْذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ،
أَبُوْءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ،
وَأَبُوْءُ بِذَنْبِيْ
،
فَاغْفِرْ لِيْ،
فَإِنَّهُ لاَ يَغْفِرُ الذُّنُوْبَ إِلاَّ أَنْتَ

Ya Allah Engkau adalah Tuhanku,
Tidak ada sesembahan yang haq kecuali Engkau,
Engkau yang menciptakanku sedang aku adalah hamba-Mu,
Dan aku diatas ikatan janji -Mu (iaitu selalu menjalankan perjanjian-Mu untuk beriman dan ikhlas dalam menjalankan amal ketaatan kepada-Mu) dengan semampuku,
Aku berlindung kepadamu dari segala kejahatan yang telah aku perbuat,
Aku mengakui-Mu atas nikmat-Mu terhadap diriku,
Dan aku mengakui dosaku pada-Mu,
Maka ampunilah aku,
Sesungguhnya tiada yang boleh mengampuni segala dosa kecuali Engkau.

Fadhilat mengamalkan sayyidul istighfar

Barangsiapa mengucapkannya disiang hari dalam keadaan yakin dengannya kemudian dia mati pada hari itu sebelum petang hari, maka dia termasuk penduduk syurga dan siapa yang mengucapkannya di waktu malam hari dalam keadaan dia yakin dengannya, kemudian dia mati sebelum subuh maka dia termasuk penduduk syurga.
(HR Al-Bukhari – Fathul Baari 11/97)

Peringatan untuk diri dan perkongsian untuk sesiapa sahaja. Semoga kita sentiasa tergolong dalam golongan orang yang diterima taubat dan diperkenankan doa.