Sunday, July 31, 2011

The 7 Spiritual Habits You Can Do This Ramadhan


1. Praying the sunnah prayers before and/or after prayer.

2. Remembrance of Allah each time after solat and upon going to bed - zikr.

3. Morning/evening remembrance of Allah - du'a.

4. Night prayer.

5. Dhuha prayer.

6. Supplications before sleep.

7. One-hour of Quran reciting everyday.

May Allah bless us with His rahmah & barakah in this Ramadhan,
and may this Ramadhan better than the previous.

Wednesday, July 20, 2011

...

All the best Mr. T in starting your new job, on this coming 1st of Ramadhan. May Allah bless your journey and make everything ease for you along your career path. Be a dedicated, trustworthy employee and may Allah count every single good deeds that you do as ibadah, to gain His blessings in the world, for the everlasting happiness in Jannah, insyaAllah. Remember that there's always good reasons behind why Allah sketched our journey like this. Do not ever regret the past, but take them all positively to create better future, at least for yourself. And I, will never stop praying the best for you, as I did before.

Saturday, July 16, 2011

Prevention Is Always Better!

Minggu lalu saya menziarahi seorang saudara di Perdana Medical Centre, usianya lebih kurang 50-an, dimasukkan ke hospital kerana osteoporosis. Salah satu bahagian kecil dari tulang belakangnya telah patah, yang menyebabkannya sakit pinggang, tak boleh baring dan rasa ngilu di waktu malam. Saya sangat tidak arif tentang penyakit dan dunia perubatan, dan saya amat takut kepada hospital, doktor, darah, nurse, injection malah doktor gigi juga!

Selepas menziarah saudara saya itu, saya tiba-tiba jadi takut. Osteoporosis? Saya jadi ngeri mendengar perkataan itu, kerana :

1. Saya tak suka, tak boleh dan akan muntah kalau minum susu - yang merupakan sumber kalsium terpenting. Dari kecil saya memang bermasalah dengan susu. Sewaktu di UK, teman-teman serumah begitu bangga dan ketagihkan susu segar Iceland yang murah dan diwar-warkan sedap itu tapi saya dah tentulah tidak ambil peduli. Kalaupun rasa pemakanan tak sihat sangat, saya hanya beli chocolate milkshake Iceland atau pun susu soya Tesco. Itu sahaja yang saya boleh telan. Err..tapi susu soya kaya protein, bukan kalsium!

2. Saya tak makan sayur hijau dan buah-buahan. Bukan tak makan semua, tapi yang dimakan boleh dibilang dengan jari. Kalau mak buat sup sayur di rumah, saya ambil sehelai dua saja sayur hijau dan lebih hirup kuahnya saja. (Saya amat percaya dengan dogengan bahawa zat-zat dalam sayur turun dalam kuah semasa dimasak.) Memang saya senang dapat penyakit, mudah demam, mudah selsema, luka lambat sembuh dan sebagainya.

3. Saya takut saya tergolong dalam golongan berisiko untuk dapat osteoporosis. Walaupun golongan yang berisiko untuk mendapat osteoporosis lebih kepada wanita yang sudah berusia dan mereka yang punya family history dengan penyakit ini, tapi saya tetap takut!!

Jadi sebelum terlambat, saya perlu lakukan sesuatu dari sekarang. Mulakan dengan yang kecil dahulu.
Azam saya :

1. Ubah sedikit diet harian saya - cuba berbaik-baik dengan susu - oleh kerana tak boleh minum susu putih, maka cuba alternatif lain seperti susu berperisa coklat - dan teruskan pengambilan sumber kalsium lain seperti cheese juga. Kat Malaysia cheese mahal dowh, isk~

2. Wajibkan makan sayur hijau setiap hari, kuantiti lebih sedikit dari selalu, dan ambil supplement kalsium atas nasihat doktor.

3. Bertegas dengan diri sendiri agar kedua-dua azam di atas tercapai dan saya lebih beristiqamah dalam mengamalkannya. Ya Allah bantulah hamba-Mu yang lemah ini!
     

Sunday, July 10, 2011

Penganggur Berjaya?


Masih tidak tahu bila saya akan dipanggil bekerja. Jadi untuk sementara waktu ini, jadilah penganggur berjaya. Cuba juga mencari kerja sambilan di mana-mana, tetapi sukar untuk menemukan kerja yang boleh tamat sebelum waktu Maghrib.

Buat masa ini saya menjawat jawatan suri rumah sepenuh masa - kata mak, wang saku diberi dalam bentuk beras, hehe - mengajar tuisyen individu Chemistry di hujung minggu (lepaslah duit minyak dan kredit telefon, alhamdulillah, sudah memadai) dan baru mendapat kontrak membuat kuih raya secara kecil-kecilan untuk julung kalinya dalam hidup ini - saya amatlah kurang berkeyakinan, dengan kadar kesabaran yang tidak berapa tinggi serta seni membuat kuih yang nyawa-nyawa ikan, mampukah diriku bertahan untuk mengulang proses membancuh-menguli-mencanai-menerap-membakar-membubuh topping biskut raya agar ianya berkualiti luar dan dalam untuk dijual kepada pelanggan? Oh sungguh dilema.

Wahai bakal majikanku nun di Cyberjaya sana, tolonglah bagi hitam-putih perihal penempatan PPPS PPC 2011 ini. Janganlah dibiarkanku terus-terusan menjadi penanam anggur yang tidak berbuah, yang hanya masuk angin keluar asap saban hari. Tolonglah!

Enjit-enjit Semut

Enjit-enjit semut
Siapa polis naik atas
Enjit-enjit semut
Siapa BERSIH kena cantas

~ A. Samad Said, Sasterawan Negara

p/s : Padanlah negara ini 'kotor' dari segenap segi.

Bersih 2.0

Sembilan puluh satu watak disekat,
Tiga puluh dua laluan ditutup;
Demokrasi tampaknya mula mangkat,
Negara polis kini mula termaktub.

~Sasterawan Negara A. Samad Said

Wednesday, July 6, 2011

Kursus Induksi Dan...

Alhamdulillah saya telah selesai menamatkan Kursus Induksi dan temuduga Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) yang telah berlangsung 2 minggu sebelumnya. Temuduga, biasa-biasa saja. Sejujurnya saya memang tidak berusaha sangat untuk itu, sekadar baca beberapa perkara sahaja, itu pun hanya pada malam sebelum temuduga berlangsung. Tidak ada perasaan, meskipun tahu ianya penting untuk pengesahan jawatan.

Kursus Induksi, juga berlalu seperti angin. Dua hari diisi dengan 5 slot ceramah, yang saya rasa amat sangat bergantung kepada personaliti penceramah untuk menghidupkannya. Dan alhamdulillah kebanyakannya seronok dan inputnya berguna untuk didengar dan dihayati. Kalau penceramah duduk saja di kerusi selama 2 jam dan cakap berleter-leter, em..maaflah. Jangan salahkan audiens kalau semua orang buat muka toya sepanjang ceramah.

Ujian Kursus Induksi di hari terakhir. Tentang perintah am, dasar kerajaan, pekeliling pentadbiran awam, pengurusan, kewangan dan etika. Soalan objektif agak horror, tak boleh fikir logik dan sukar untuk 'ditembak' jawapannya. OK itu memang salah saya sebab tak study betul-betul nota komprehensif kursus yang diberi. Soalan esei, alhamdulillah, sebab kebanyakannya keluar tajuk-tajuk hot tahun ini - cuti haji, pengurusan mesyuarat, Wawasan 2020 dan kebetulannya, keluar soalan mengenai Manual Prosedur Kerja dan Fail Meja yang juga merupakan tajuk tugasan saya sebelum menghadiri kursus. Alhamdulillah.

Kursus Induksi tamat dengan meninggalkan saya dan rakan-rakan sekelas dengan status 'pemiutang'. Oh sungguh rawan hati ini, terasa ingin berdemonstrasi saja apabila menerima notis 'Kutipan Semula Elaun Jun'. Apakah ertinya semua ini?

Saya merenung notis dengan rasa tidak percaya. Elaun bulan Jun yang menghiasi akaun tepat 1 Jun lalu wajib dipulangkan semula tepat-tepat jumlahnya RM 1336.71 kepada IPG! Dengan alasan terlebih bayar! Dan tambah mengeruhkan 'poket', yuran kolej kediaman yang tidak dipotong sejak dari bulan Januari juga dituntut bersama sebanyak RM 395.20, lalu menjadikan jumlah hutang saya kesemuanya berjumlah RM 1731.91!! Adoi...apart from loan kereta, tidak pernah saya berhutang sebanyak ini!!

Saya masih boleh terima jika saya diberi notis supaya dijelaskan yuran kolej kediaman yang tertunggak (walaupun ianya salah pihak kewangan yang tidak melakukan pemotongan elaun seperti semester sebelumnya tapi tidak mengapa kerana saya telah menghuni dan memanfaatkan segala kemudahan kolej kediaman hingga ke akhirnya!)


Saya akan berusaha untuk melangsaikan hutang berkenaan, sudah semestinya. Tetapi saya amat musykil apabila elaun bulan Jun ditarik balik secara tiba-tiba, tanpa penjelasan sewajarnya.

Kalau ada elaun, bukankah bermakna ada peruntukan dari IPG induk, yang juga datang dari kerajaan?


Bukankah sewaktu kami menandatangani kontrak perjanjian biasiswa Program Pelajar Cemerlang, 6 tahun lalu yang menyatakan elaun akan dibayar selama 12 bulan sewaktu mengikuti KPLI?


Kalaupun elaun itu ditarik kembali, maka wang itu akan kembali kepada siapa, dan untuk apa? Saya redha jika ianya untuk disalurkan kepada elaun pelajar lain yang miskin dan tidak berkemampuan, tetapi kalau dapat ke tangan mereka yang tidak sepatutnya, em....."lu fikirlah sendiri akibatnya"

Kalau tidak dibayar elaun Julai saya terima kerana urusan saya dengan IPG sudah selesai sepenuhnya, tetapi pada bulan Jun, saya telah berulang-alik ke Kedah untuk temuduga SPP dan Kursus Induksi - bermakna urusan rasmi saya dengan IPG belum selesai!

Tambahan 'mengeringkan' poket, saya dan rakan-rakan bukan berinduksi seperti yang selalunya kakitangan kerajaan lain dilayan. Kursus induksi yang saya tahu biasanya diadakan di hotel, peserta disediakan penginapan dan makan, sekurang-kurangnya sekali. Kami tidak minta dilayan dengan penuh kemewahan, juga tidak minta kursus induksi diadakan di hotel berbintang-bintang, kami cuma memohon untuk menginap (dengan bayaran) di kolej kediaman IPG, dan kalau tiada bilik yang available, bilik serbaguna yang tak berperabot itu pun tak apa! Ditawarkan tinggal di rumah sewa pelajar (dengan kadar bayaran yang lebih kurang sama dengan sebuah homestay untuk satu malam) yang terletak di bawah pengurusan yang sama, akan tetapi bagaimana hendak menginap kalau lantainya sekali pijak kaki bersalut sarang labah-labah, tandasnya pula rosak dan keadaannya tidak ubah seperti rumah 'Hantu Kak Limah' saja. Kesudahannya kami terpaksa menyewa homestay sendiri beramai-ramai, mencari alternatif pengangkutan sendiri, dan semua itu memerlukan pengaliran wang, obviously!

Setelah menempuh keadaan sedemikian, saya fikir elaun bulan Jun kami tidak berhak untuk ditarik kembali bukan?

Saya tidak bermaksud untuk menuding jari menyalahkan sesiapa, tetapi kita patut sama-sama berfikir dan bermuhasabah mengapa boleh terjadi perkara sedemikian.

Bekerjalah dengan telus dan amanah, kerana setiap detik pun kita tidak terlepas dari pandangan Allah!