Saturday, July 16, 2011

Prevention Is Always Better!

Minggu lalu saya menziarahi seorang saudara di Perdana Medical Centre, usianya lebih kurang 50-an, dimasukkan ke hospital kerana osteoporosis. Salah satu bahagian kecil dari tulang belakangnya telah patah, yang menyebabkannya sakit pinggang, tak boleh baring dan rasa ngilu di waktu malam. Saya sangat tidak arif tentang penyakit dan dunia perubatan, dan saya amat takut kepada hospital, doktor, darah, nurse, injection malah doktor gigi juga!

Selepas menziarah saudara saya itu, saya tiba-tiba jadi takut. Osteoporosis? Saya jadi ngeri mendengar perkataan itu, kerana :

1. Saya tak suka, tak boleh dan akan muntah kalau minum susu - yang merupakan sumber kalsium terpenting. Dari kecil saya memang bermasalah dengan susu. Sewaktu di UK, teman-teman serumah begitu bangga dan ketagihkan susu segar Iceland yang murah dan diwar-warkan sedap itu tapi saya dah tentulah tidak ambil peduli. Kalaupun rasa pemakanan tak sihat sangat, saya hanya beli chocolate milkshake Iceland atau pun susu soya Tesco. Itu sahaja yang saya boleh telan. Err..tapi susu soya kaya protein, bukan kalsium!

2. Saya tak makan sayur hijau dan buah-buahan. Bukan tak makan semua, tapi yang dimakan boleh dibilang dengan jari. Kalau mak buat sup sayur di rumah, saya ambil sehelai dua saja sayur hijau dan lebih hirup kuahnya saja. (Saya amat percaya dengan dogengan bahawa zat-zat dalam sayur turun dalam kuah semasa dimasak.) Memang saya senang dapat penyakit, mudah demam, mudah selsema, luka lambat sembuh dan sebagainya.

3. Saya takut saya tergolong dalam golongan berisiko untuk dapat osteoporosis. Walaupun golongan yang berisiko untuk mendapat osteoporosis lebih kepada wanita yang sudah berusia dan mereka yang punya family history dengan penyakit ini, tapi saya tetap takut!!

Jadi sebelum terlambat, saya perlu lakukan sesuatu dari sekarang. Mulakan dengan yang kecil dahulu.
Azam saya :

1. Ubah sedikit diet harian saya - cuba berbaik-baik dengan susu - oleh kerana tak boleh minum susu putih, maka cuba alternatif lain seperti susu berperisa coklat - dan teruskan pengambilan sumber kalsium lain seperti cheese juga. Kat Malaysia cheese mahal dowh, isk~

2. Wajibkan makan sayur hijau setiap hari, kuantiti lebih sedikit dari selalu, dan ambil supplement kalsium atas nasihat doktor.

3. Bertegas dengan diri sendiri agar kedua-dua azam di atas tercapai dan saya lebih beristiqamah dalam mengamalkannya. Ya Allah bantulah hamba-Mu yang lemah ini!
     

No comments:

Post a Comment