Hari ini buat macam-macam benda dari pagi hingga berbuka
Terasa penat dan sangat perlukan rehat
Tapi ingkar, terus bekerja
Maka natijahnya satu hasil pun tiada
Semua benda tak menjadi malam ni! Nak tidur dulu, selamat malam.
Sunday, August 28, 2011
Situ Sini Sesak
Ramai orang balik beraya
Sesak di jalan raya, di pasar raya
Ini jalan kampung, jangan dibuat sesuka hati seperti jalan di kota
Dan kau tak perlu berlagak seperti raja
Hanya kerana kau bermastautin di kota raya
Kerana tiada sedikit pun yang boleh dibangga
Sekadar kereta mewah dan pakaian berjenama
Yang perempuan, sepertinya kau merasa hebat kerana berfesyen arus semasa
Walhal lebih ramai yang jelik dari sopan pakaiannya
Masjid, semakin akhir Ramadhan semakin kurang safnya
Akhir bulan mulia dicemari perilaku manusia yang rendah akhlaknya
Ya Allah, bantulah kami untuk mencelikkan mata generasi muda
Agar meletakkan-Mu di tempat paling utama, dalam segala perkara
Sesak di jalan raya, di pasar raya
Ini jalan kampung, jangan dibuat sesuka hati seperti jalan di kota
Dan kau tak perlu berlagak seperti raja
Hanya kerana kau bermastautin di kota raya
Kerana tiada sedikit pun yang boleh dibangga
Sekadar kereta mewah dan pakaian berjenama
Yang perempuan, sepertinya kau merasa hebat kerana berfesyen arus semasa
Walhal lebih ramai yang jelik dari sopan pakaiannya
Masjid, semakin akhir Ramadhan semakin kurang safnya
Akhir bulan mulia dicemari perilaku manusia yang rendah akhlaknya
Ya Allah, bantulah kami untuk mencelikkan mata generasi muda
Agar meletakkan-Mu di tempat paling utama, dalam segala perkara
Moga Dipertemukan Lagi
Ya Allah
Temukan kami dengan bulan mulia-Mu yang penuh barakah ini di tahun hadapan
Kurniakanlah kami keampunan & rahmat-Mu
Semoga Ramadhan kali ini
Menjadi tarbiah buat kami untuk meneruskan kelangsungan hidup di bulan-bulan akan datang
Temukan kami dengan bulan mulia-Mu yang penuh barakah ini di tahun hadapan
Kurniakanlah kami keampunan & rahmat-Mu
Semoga Ramadhan kali ini
Menjadi tarbiah buat kami untuk meneruskan kelangsungan hidup di bulan-bulan akan datang
Friday, August 26, 2011
Misi Servis & Make Over!!
Bukan rumah saya, tapi rumah atuk. =)
Atuk tinggal berdua je dengan nenek sekarang, bertemankan kucing-kucing. Dah tak larat nak berkemas bagai macam muda-muda dulu untuk berhari raya, jadi apa salahnya saya tolong mereka.
Misi yang kecil tapi menggembirakan mereka, membuatkan saya bertambah-tambah gembira. Sayangnya saya tak bekerja dan tak berduit pula, kalau tak mahu saja saya borong langsir-kerusi-meja-karpet-pinggan mangkuk-periuk belanga-etc baru untuk atuk dan nenek. Tapi tak mengapa, insyaAllah ada rezeki lebih nanti bolehlah saya berbelanja untuk mereka pula.
p/s : Tak sabar nak makan nasi dagang ikan tongkol masakan nenek di hari raya. Saya nak makan tiga pinggan!
Atuk tinggal berdua je dengan nenek sekarang, bertemankan kucing-kucing. Dah tak larat nak berkemas bagai macam muda-muda dulu untuk berhari raya, jadi apa salahnya saya tolong mereka.
Sebelum
Semasa (Tok ayah in action)
Selepas
Misi yang kecil tapi menggembirakan mereka, membuatkan saya bertambah-tambah gembira. Sayangnya saya tak bekerja dan tak berduit pula, kalau tak mahu saja saya borong langsir-kerusi-meja-karpet-pinggan mangkuk-periuk belanga-etc baru untuk atuk dan nenek. Tapi tak mengapa, insyaAllah ada rezeki lebih nanti bolehlah saya berbelanja untuk mereka pula.
p/s : Tak sabar nak makan nasi dagang ikan tongkol masakan nenek di hari raya. Saya nak makan tiga pinggan!
Ku Mengharapkan Ramadhan Kali Ini Penuh Makna
Patience is not the ability to wait, but the ability to keep a good attitude while waiting - Unknown
Ramadhan kali ini, saya banyak belajar tentang...
1. Sabar dan syukur itu indah
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ اسْتَعِينُواْ بِالصَّبْرِ وَالصَّلاَةِ إِنَّ اللّهَ مَعَ الصَّابِرِينَ
Wahai orang-orang yang beriman, mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar. [2:153]
Saya menempuh Ramadhan kali ini dengan pelbagai dugaan. Menunggu panggilan kerja yang entah bila, bebanan hutang, emosi tertekan kerana rasa diri semacam membebankan mak dan ayah sejak jadi penganggur, kereta accident, sakit lutut yang tidak diketahui sebabnya, kuih raya hangus beratus biji kerana oven buat hal, baju raya tak siap dan sebagainya. Allah, besar sangatkah dugaan ke atas saya sampai saya sudah hendak mengeluh itu dan ini? Alangkah terasa malu dan hinanya diri ini di mata Tuhan. Bukankah setiap apa yang berlaku itu adalah atas keizinan dari-Nya juga, dan pastinya telah dijanjikan hikmah tersendiri? Orang bersabar tak akan rugi, kan?
2. Menangis itu menenangkan
Kadang-kala, bersendiri dan menangis itu lebih baik. Resah terhambur, gundah terlebur. Moga Allah terus kurniakan ketenangan yang dicari.
3. Berdoa dengan sepenuh penghayatan dan pengharapan
Kita selalu mengharap sesuatu daripada manusia, dan lupa yang segala-gala kurnia adalah datang dari-Nya. Berdoa dengan penuh pengharapan, memohon keampunan merafak kesyukuran, moga terangkat segala hajat tanpa sebarang hijab. Sesungguhnya tiada satu apa pun di dunia ini yang berkuasa ke atas diri kita, hanya Dia! Mari terus berdoa di sisa-sisa akhir Ramadhan ini, semoga berlalunya Ramadhan ini adalah dengan menyaksikan kita menjadi hamba-Nya yang lebih baik, hari ke hari.
p/s : Dah khatam Quran dah Ramadhan kali ni? =)
Tuesday, August 9, 2011
9 Golongan Orang Yang Bersolat
Golongan 1
Kita boleh lihat hari ini sudah ramai umat Islam yang tidak sembahyang, bahkan ramai juga yang tidak tahu cara bersembahyang. Imam Malik berkata bahawa sesiapa yang tidak sembahyang akan digolongkan sebagai orang kafir kalau tak sembahyang tanpa sebab.
Imam Syafi pula berkata bahawa golongan yang tidak bersembahyang ini ialah fasik (pun masuk neraka juga) kalau ia masih yakin sembahyang itu fardu tetapi masih tidak bersembahyang.
Golongan 2
Orang yang mengerjakan sembahyang secara zahir sahaja, bacaan pun masih tak betul, taklid buta, main ikut-ikut orang saja. Belajar sembahyang maupun secara resmi atau tak resmi tak ada. Ilmu tentang sembahyang tiada. Golongan ini tertolak bahkan berdosa besar dan hidup dalam keadaaan derhaka kepada Allah Taala.
Golongan 3
Orang yang mengerjakan sembahyang, bahkan tahu ilmu mengenai sembahyang, tetapi tak boleh lawan nafsu terhadap tarikan dunia yang kuat. Jadi mereka ini sekejap sembahyang, sekejap tidak. Kalau ada masa dan mood baik ia sembahyang, kalau sibuk, ada program kenduri, pesta ria, berziarah bermusafir, letih dan penat, maka ia tak sembahyang.Orang ini jatuh fasik.
Golongan 4
Orang yang sembahyang, kalaupun ilmunya tepat, fasih bacaannya,tetapi tak khusyuk kalau diperiksa satu persatu bacaannya, lafasnya banyak yang dia tak faham, fikirannya tak terpusat atau tak tertumpu sepenuhnya pada sembahyang yang dilaksanakannya itu disebabkan tak faham apa yang dia baca. Cuma main hafal saja. Jadi fikirannya terus tertumpu pada dunia dan alam sekelilingnya. Fikirannya mengembara dalam sembahyang, orang ini lalai dalam sembahyang. Neraka wail bagi orang ini.
Golongan 5
Golongan yang mengerjakan sembahyang cukup lima waktu, tepat ilmunya, faham setiap bacaan sembahyang, fatihahnya, doa iftitahnya, tahiyyatnya, tapi tak dihayati dalam sembahyang itu. Fikirannya masih melayang mengingatkan perkara dunia, kerana faham saja tetapi tidak dihayati. Golongan ini dikategorikan sebagai sembahyang awamul muslimin.
Golongan 6
Golongan ini baik sedikit dari golongan yang ke lima tadi, tetapi mereka sekali sekala khusyuk, sekali sekala lalai pula. Bila teringat sesuatu didalam sembahyangnya, teruslah terbawa bawa, berkhayal dan seterusnya. Bila teringat Allah secara tiba tiba maka insaf dan sedarlah semula, cuba dibawa hatinya serta fikirannya untuk menghayati setiap kalimat dan bacaan didalam sembahyangnya. Begitulah sehingga selesai Sembahyangnya. Ia merintih dan tak mahu jadi begitu, tapi terjadi jua.
Golongan ini adalah golongan yang lemah jiwa. Nafsunya bertahap mulhamah (ertinya menyesal akan kelalaiannya dan cuba baiki semula, tapi masih tak terdaya kerana tiada kekuatan jiwa). Golongan ini terserah kepada Allah. Yang sedar dan khusyuk itu mudah mudahan diterima oleh Allah, mana yang lalai itu moga moga Allah ampunkan dosanya, namun tiada pahala nilai sembahyang itu. Ertinya sembahyangnya tiada memberi kesan apa apa. Allah belum lagi cinta orang ini.
Golongan 7
Golongan yang mengerjakan sembahyang dan tepat ilmunya, faham secara langsung bacaan dan setiap lafaz didalam sembahyangnya. Hati dan fikirannya tidak terbawa-bawa dengan keadaan sekelilingnya sehingga pekerjaan atau apa pun yang dilakukan atau yang difikirkan diluar sembahyang itu tidak mempengaruhi sembahyangnya.
Walaupun ia memiliki harta dunia, menjalankan kewajiban dan tugas keduniaan seperti perniagaan dan sebagainya namun tidak mempengaruhi sembahyangnya. Hatinya masih dapat memuja Allah didalam sembahyangnya. Golongan ini disebut orang-orang soleh / golongan abrar / ashabul yamin.
Golongan 8 Golongan ini seperti juga golongan tujuh tetapi ia mempunyai kelebihan sedikit iaitu bukan saja faham, dan tak mengingati dunia didalam sembahyangnya, malahan dia dapat menghayati setiap makna bacaan sembahyangnya itu, pada setiap kalimah bacaan fatihahnya, doa iftitahnya, tahiyyatnya, tasbihnya pada setiap sujudnya dan setiap gerak gerinya dirasai dan dihayati sepenuhnya.
Tak teringat langsung dengan dunia walaupun sedikit . Tapi namun ia masih tersedar dengan alam sekelilingnya. Pemujaan terhadap Allah dapat dirasai pada gerak dalam sembahyangnya. Inilah golongan yang dinamakan golongan Mukkarrabin (Yang hampir dengan Allah )
Golongan 9
Golongan ini adalah golongan yang tertinggi dari seluruh golongan tadi. Iaitu bukan saja ibadah sembahyang itu dijiwai didalam sembahyang malahan ia dapat mempengaruhi di luar sembahyang. Kalau ia bermasalah langsung ia sembahyang, kerana ia yakin sembahyang punca penyelesai segala masalah. Ia telah fana dengan sembahyang. Sembahyang telah menjadi penyejuk hatinya.
Ini dapat dibuktikan didalam sejarah, seperti sembahyang Saidina Ali ketika panah terpacak dibetisnya. Untuk mencabutnya, ia lakukan sembahyang dulu, maka didalam sembahyang itulah panah itu dicabut. Mereka telah mabuk dengan sembahyang. Makin banyak sembahyang makin lazat, sembahyanglah cara ia nak lepaskan kerinduan dengan tuhannya.
Dalam sembahyanglah cara ia nak mengadu-ngadu dengan Tuhannya. Alam sekelilingnya langsung ia tidak hiraukan. Apa yang nak jadi disekelilingnya langsung tak diambil peduli. Hatinya hanya pada Tuhannya. Golongan inilah yang disebut golongan Siddiqin. Golongan yang benar dan haq.
Setelah kita nilai keseluruhan 9 peringkat sembahyang itu tadi, maka dapatlah kita nilai sembahyang kita di tahap yang mana. Maka ibadah sembahyang yang boleh membangunkan jiwa, membangunkan iman, menjauhkan dari yang buruk boleh mengungkai mazmumah, menanamkan mahmudah, melahirkan disiplin hidup, melahirkan akhlak yang agung ialah golongan 7, 8 dan 9 sahaja. Sembahyangnya ada kualiti, manakala golongan yang lain jatuh pada kufur, fasik dan zalim.
Jadi dimanakah tahap sembahyang kita? Perbaikilah diri kita mulai dari sekarang. Jangan tangguh lagi. Soalan pertama yang akan ditujukan kepada kita di akhirat nanti ialah solat / sembahyang kita. Marilah bersama membaiki solat kita agar segera dapat bantuan dari Allah, agar terhapuslah kezaliman, semoga tertegak kembali daulah Islam.
Monday, August 1, 2011
Berhibur : Bersederhana & Dalam Batas Agama
Amni Safiah tag saya di Facebook, pada sekeping poster yang tertera tajuk Bicara Selebriti, yang menampilkan panelis-panelis hebat. Tempatnya, dalam daerah saya ini juga. Dalam hati saya berkata, oh saya mesti pergi! Mesti! Semacam sudah menjatuhkan hukum wajib pula kepada diri sendiri untuk pergi. Sejujurnya, saya sudah lama tidak menghadiri majlis ilmu, sejak balik ke rumah. Terasa benar hausnya spiritual saya kebelakangan ini, kerana seringkali berasa serba tidak kena pada diri akhir-akhir ini. Allahu.
Saya amat berharap dan berdoa, agar mak dan ayah tiada halangan untuk membenarkan saya dan adik, Syahirah untuk menghadiri forum berkenaan. Risau juga kalau-kalau mak tidak benarkan, tambahan pula waktunya malam, dan sudah tentulah tamatnya pun di tengah malam. Tapi Alhamdulillah Allah mendengar suara hati saya, mudah saja mak memberi izin untuk saya pergi!
Live on stage - Dr. MAZA (bekas mufti Perlis), Wardina Safiyyah, akhi Amin Idris (TV Al-Hijrah, ex-Falahiah), Sham Kamikaze & Ustaz Hasrizal Abdul Jamil (saifulislam.com)
Pengisiannya, Alhamdulillah mantap-mantap belaka. Kupasan isu, perkongsian pengalaman, ulasan dibuat dalam suasana yang sangat santai tetapi amat bermakna. Apart from punctuality, saya berikan lima bintang untuk pihak penganjur yang telah bertungkus-lumus menjayakan program seumpama ini. Ramai yang hadir memenuhi ruang di Balai Islam Lundang, yang kebanyakannya adalah golongan muda yang cintakan ilmu dan agama. Islam bukanlah agama yang melarang hiburan, tetapi mestilah mengikut lunas dan batas syariatnya, serta bersederhana. Ianya sesuatu yang sangat indah. Syukur kerana negeri kesayangan saya ini dinaungi oleh pemimpin yang tidak jumud sehingga menutup semua ruang hiburan, tetapi tidak pula terlalu terbuka sehingga halal haram semua dibolehkan! Kalau pemimpin yang seumpama ini pun kau masih tak mahu, maka kau patut rasa malu pada kucing di jalanan.
Moderator saudara Amin Idris berjaya mengemudi forum dengan amat santai, tidak terlalu formal hingga membuatkan audiens bosan, dan saya percaya beliau yang merupakan lulusan undang-undang ini bukanlah sebarangan individu. Dr. Asri, yang amat saya hormati pandangan dan tulisan minda tajdid beliau, telah berjaya mengupas dan mengulas setiap persoalan dan isu berkaitan hiburan dan Islam dengan penjelasan yang mudah difahami. Ustaz Hasrizal, ini kali kedua saya mengikuti program bersama beliau - kali pertama lama dulu pada Perhimpunan Ukhuwah Insaniyah Seluruh Ireland (PUISI) 2007 di Waterford - dan sebagai follower setia Saifulislam.com, sudah tentulah saya amat menantikan perkongsian dari beliau. Wardina Safiyyah dan Sham Kamikaze - dua insan hebat, dua insan yang dipilih Allah untuk disuluh jalan hidayah-Nya - dan apabila mendengar perkongsian dari mereka, terasa malu diri ini dengan istiqamah dan keazaman mereka untuk berubah. Sedangkan saya, Allah telah pilih untuk menimba ilmu agama di SMKA, sudah punya asas tetapi, sejauh mana sahajalah saya memanfaatkan itu semua untuk kehidupan saya dan orang lain. Allahu Allah, ampunkanlah segala khilaf hamba-Mu yang lemah ini. Semoga hari esok lebih baik untuk kita semua berbanding sebelumnya.
Saya kongsikan di bawah ini, rakaman video forum berkenaan. Apa yang baik, ambillah manfaatnya. Kalaupun tidak banyak, sedikit pun tidak mengapa.
Bicara Selebriti Hari Hiburan Islam
Subscribe to:
Posts (Atom)