Thursday, October 8, 2009

Fiqh Musafir II


Alhamdulillah. Program Fiqh Musafir II telah selamat berlangsung dengan jayanya minggu lalu. Sekali lagi mengambil tempat di Muslim Welfare House, North Terrace seperti tahun sebelumnya, juga mengundang penceramah yang sama, iaitu Ustaz Maszlee Malik dari Durham, yang juga merupakan seorang penulis prolifik yang telah menghasilkan banyak karya, termasuklah buku Fikah Luar Negara yang kini menjadi rujukan kebanyakan perantau-perantau di tempat orang ini.

Sambutan sangat menggalakkan, alhamdulillah. Bukan saja adik-adik first year undergrad yang hadir, malah abang-abang dan kakak-kakak postgrad pun turun padang sama. Yang dah beryear-year kat sini pun, aku tidak nampak sebarang sebab mengapa menolak untuk datang. Walaupun mungkin dah tahu, dah pernah belajar, dah dengar etc, but everytime you listen to something, you will definitely learn something new, kan? =)

Masih mengupas persoalan yang sama seperti sebelum ini (bertepatan dengan namanya) mengenai isu fiqh semasa di perantauan - cara solat, tempat solat, pemakaian semasa solat, menyesuaikan diri dengan perubahan waktu solat yang ekstrim, solat jamak dan qasar, khuf, arah kiblat, isu khinzir, makanan halal dan sebagainya - telah dikupas dengan gaya yang begitu santai oleh ustaz.

Semoga majlis ilmu selama 3 jam ini telah dimanfaatkan sepenuhnya oleh semua dan semoga segala kekusutan, kekonfiusan, kebluran, ketidak tahuan dapat dileraikan dengan adanya program seumpama ini.

Tribute to jawatankuasa penggerak, terutama ketua rumahku dan kuncu-kuncunya. =)


No comments:

Post a Comment