Thursday, October 15, 2009

Tak Boleh Pakai Jeans?

Ada suatu hari tu, aku telah terdengar pertanyaan ini, dari sepupuku kepada ibunya.

"Ustaz kat maahad abang cakap orang perempuan tak boleh pakai jeans. Kak Amy kan sekolah agama dulu, kenapa dia pakai jeans?"

Gulp! Makanya dirikulah yang telah menjadi subjek pertanyaan sepupuku yang usianya baru menginjak 14 tahun itu (dia merupakan pelajar di sebuah maahad tahfiz!)

Terasa pedaslah juga kerana akulah yang memakan cilinya.

Tapi aku tidaklah berkecil hati dengan teguran secara indirectly dari seorang budak yang masih boleh dikira 'hijau' ini, malah aku berterima kasih kerana sepupuku itu rupanya concern dengan cara pemakaianku dan sepupu-sepapat perempuannya yang lain selama ini - samada betul atau salah. Kalau orang tak tegur, mungkin aku tak akan tahu dan sedar, dan kalau betul tak apa, kalau salah, malanglah kerana akan berbuat kesilapan sampai bila-bila.


Teringat zaman sekolah dulu, ustaz-ustaz di Naim memang against perempuan-perempuan yang pakai jeans. Apalagi kalau mereka pernah terserempak dengan mana-mana student atau ex-student di luar yang pakai jeans, maka selepas itu semua orang akan difire, baik di perhimpunan mahupun di masjid sekolah.

"Kalau semua orang pakai seluar jean, nanti jin nak pakai apa?" Begitu kata Ustaz Mohamed Awang dulu yang masih aku ingat.

Kerana takutkan ustaz jugalah, sepanjang lima tahun bersekolah menengah, memang jeans tidak pernah termasuk dalam senarai pakaian dalam almari. Kalau keluar, mesti berbaju kurung lengkap - sebab takut terserempak dengan ustaz di mana-mana. Sungguh la jahil diri ini waktu itu, menutup aurat sebab takut ustaz, bukan sebab takut Allah!

Namun aku kembali berjinak-jinak memakai jeans sewaktu 'zaman gelap'ku kembali selepas tamat persekolahan, dan terus pakai sehingga sekarang, cuma mungkin sekarang dalam versi yang sedikit insaf.


Habis tu, tak boleh ke ni nak pakai jeans?

"Bukan tak boleh pakai langsung, cuma pandai-pandailah menilai agar pemakaian tidak sampai mendedahkan aurat. Kalau dari segi kesopanan pula, darjatnya tentulah lebih 'rendah' berbanding pakaian lain yang lebih sopan. Kalau keadaan tidak mendesak, cubalah untuk tidak memakainya."

Dush!! Alamak, kena batang hidung sendiri lagi!

Wahai semua penggemar jeans sekalian (tidak kira apa jua kategori - straight, boot, flare, skinny etc) terutamanya diri yang menulis ini, selami jauh ke dasar hati kita - adakah pemakaian jeans itu telah menutupi aurat kita dengan sempurna seperti yang telah digariskan syariat?

Cubalah berbicara dengan diri sendiri, kerana sebagai wanita muslimah, sepatutnya akan ada rasa malu bertandang dalam diri sekiranya ada sesuatu yang 'tidak kena' pada pemakaian kita. Aku tiada jawapan muktamad untuk berkata ya atau tidak kerana aku sangatlah tidak sempurna juga tidak layak untuk berhujah mengenainya - bahkan aku adalah penggemar jeans yang setia!

Tepuk dada, tanya iman!

p/s : Entry ini akan bersambung jika perlu =)

2 comments:

  1. lawa blog akak! best tgk...

    ReplyDelete
  2. sakitnya batang hidung asyik terkena je.

    meni

    ReplyDelete