Friday, January 4, 2013

Genius vs Berusaha

Allah tidak memandang betapa geniusnya kita, tetapi sudah pasti Allah akan hitung setiap usaha kita.
Orang yang berusaha, pasti tidak akan sia-sia.

Ayat yang sama saya ulang-ulang dalam dua kelas yang berbeza. 5 Farabi dan 5 Haytham. Tahun ini, mereka 60 orang adalah amanah buat saya dan saya tidak mahu mensia-siakannya.

Di samping pung-pang pung-pang HCl + NaOH --> NaCl + H2O, tazkirah perlu diselit sepanjang masa. Bukan untuk mereka sahaja, tapi lebih peringatan untuk telinga yang paling dekat mendengar dengan mulut yang berkata-kata juga.

Semoga Allah permudahkan semuanya untuk tahun ini. Ameen.

No comments:

Post a Comment